Siapa perasan nak dekat seminggu Kai menghilang? Sebenarnya Kai bukan tak nak post apa-apa, Kai dah siapkan blog schedule tapi tiba-tiba hari Selasa lepas Kai demam. Pagi tu Kai dah rasa sejuk lain macam, tapi Kai abaikan je rasa tak sedap badan tu pastu pergi paint canvas (nanti Kai tunjuk paint apa hehe). Then, tak siap painting lagi Kai give up sebab dah menggigil padahal masa tu tak hujan pun.
Kai bukanlah selalu demam pun. Selalunya dalam setahun tu berapa kali je demam. Tapi ni tak kena hujan tak ada apa, tiba-tiba boleh pulak demam. Tak tahulah sebab Kai stress fikir pasal rumah sewa ke hahaha. Banyak sangat fikir pun boleh demam, ye dak.
Lagipun, before hari Selasa tu, Kai selalu tengok banyak episode cerita dalam sehari. Kai bukan binge-watcher, so tu pun boleh jadi sebab kenapa Kai demam. Dengan tidur lambat, bangun lambat, memang tak sihat betul.
Masa Kai demam tu, suara dalam kepala Kai tak boleh senyap tau. Kai nak rehat pun tak senang. Kai kan tengah tengok Bleach, pastu suara kepala Kai tak habis-habis cakap pasal Shinigami xD Pastu Kai pun tengah baca Shadowhunter series, and time Kai tengah rehat tu kepala Kai macam tengah baca novel. Tak tahu nak describe macam mana, tapi memang pelik lah and memenatkan.
So, nak lelap tu susah sebab bising sangat suara dalam kepala. Pastu pagi-pagi buta tu boleh pulak Kai mamai macam tengah ada meeting dengan persatuan wanita apa entah xD Kai rasa high ambik banyak sangat ubat kot sampai macam tu hahaha. Tapi pening kepala nak pecah tu memang tak boleh bawak bincang.
Harini dah pening balik sebab Kai tak rest properly buat kerja untuk event fakulti masa dah bukak sem nanti. Kai ter-push sangat buat kerja pulak. Sejak bila entah immune system ni lemah sangat huhu.
Anyway, thank you kepada yang tinggalkan mesej kat chat box and follow! Nanti Kai visit blog korang hehe. Tak expect pulak ada orang akan singgah blog ni sebab Kai dah tak aktif sekejap. And sorry jugak dah lama tak post apa-apa, inshaAllah minggu ni Kai akan mula beroperasi seperti biasa. Kai dah tak sabar nak post pasal RenRuki, tapi ada benda sikit Kai nak tambah so kena tunggu jap >.<
5 Comments
ouu demam rupanya . saya pun perasan juga Kai menghilang tu hihi 😄 semoga cepat sihat yaaa🥰
ReplyDeleteOh patut ler,, jangan stress sngat kai, bnyakkan rest ye
ReplyDeletesusah demam, tapi klu skali demam mmg teruk kan.... rest well and eat healthy tau :)
ReplyDeletetake care ya ~
ReplyDeleteget well soon :)
get well soon dear :)
ReplyDelete