FIXI REVIEW | ONE TWO JAGA BY SAHIDZAN SALLEH (SPOILER FREE)

Title: One Two Jaga
Author: Sahidzan Salleh
Pages: 283 
Published date: 30 Jun 2018
Publisher: FIXI
Genre: Aksi

Mengisahkan tentang pergelutan hidup beberapa watak di pinggir dan lorong gelap Kuala Lumpur. Seorang buruh Indonesia yang cuba menyelesaikan masalah adiknya. Dilema dua pekerja cyber judi memegang wang suapan. Kemelut dua anggota polis yang baru ditugaskan bersama. Kamen Rider. Penjenayah yang kaya-raya. Polis jahat yang makan rasuah.
Kesemuanya saling berkait dan bersilang antara tiap satunya — menuju ke sebuah pengakhiran yang celaka. (Sumber: Goodreads)


Hasil nukilan Sahidzan Salleh yang pertama Kai pernah baca. Biasanya Kai cuma akan beli FIXI daripada penulis yang Kai dah percaya dengan cara penulisannya. Mula-mula baca One Two Jaga, Kai tak tahu nak judge macam mana. Tapi lepas habis baca buku, Kai terus tengok movie One Two Jaga pulak. And pada pendapat Kai, penulis berjaya menyampaikan emosi dan mesej yang betul kepada pembaca. Bukanlah nak cakap movie tak berjaya, tapi kurang impak. Kai tak meremang bulu roma masa tengok movie, tapi sepanjang pembacaan, banyak kali Kai tutup buku kejap untuk berfikir. 

One Two Jaga dengan berani cuba mendedahkan kebenaran pasal polis dan imigran kat Malaysia ni. Macam yang kita perasan, makin hari kat Malaysia ni makin ramai pendatang asing daripada lokal. Kai suka baca buku ni sebab banyak ajar pasal realiti. Lepas baca Kai rasa macam penat hidup dalam dunia ni sebab yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus ditindas. Yang paling Kai suka, buku ni bukan je ajar pasal imigran tapi ada jugak pasal rasuah dalam construction. Ada sekali tu ayah Kai lecture pasal rasuah kat site, and dalam hati Kai macam 'heh dah tahu dah sebab baca One Two Jaga' xD 

Apa yang best pasal buku tapi takde dalam movie, dialog dalam buku memang menusuk kalbu. Maybe ada certain orang rasa cerita ni slow sebab lebih banyak discussion antara main karakter berbanding action. Tapi Kai suka topik discussion tu sebab buat Kai cuba bagi pendapat jugak.

Lagi-lagi sekarang kan tengah hot issue pendatang asing Rohingya, jadi Kai rasa bagus baca buku ni untuk buat kita faham keadaan kedua-dua belah pihak. Bagi Kai, tak salah pendatang nak datang tapi kena datang secara halal lah. Sebab dah memang tugas polis untuk jaga negara Malaysia, tak boleh nak salahkan dorang buat kerja. Kai faham je pendatang nak cari rezeki, tapi tulah kalau boleh biarlah secara betul.

Selain daripada pasal benda-benda jahat, main karakter, Hussein ni polis baru. Dia jenis yang tegak macam pembaris. Kai yang sedih bila Hussein sedih fikir pasal keadaan Malaysia sekarang. Bagi Kai, watak Hussein ni memang penting untuk buat pembaca fikir nak berpihak pada siapa. 

Ada jugak side karakter yang diubah personaliti dalam movie. Kalau dalam buku, isteri Hasan, Rozita jenis gold digger and gatal tu. Tapi dalam movie, Rozita ni baik je. Screen time dia pun kejap je jadi kita tak dapat nak explore watak dia dengan mendalam.

Bila fikir balik, semua watak buku One Two Jaga ni memang ada personaliti yang tersendiri yang penting dalam memainkan peranan untuk sampaikan mesej utama buku ni. Kai memang jenis yang lebih utamakan watak berbanding jalan cerita, walaupun kalau baca FIXI, Kai prefer jalan cerita yang lebih banyak action, tapi disebabkan watak dalam One Two Jaga ni memang fleshed out dengan baik, Kai jatuh hati dengan buku ni. 

Cuma biasalah dalam FIXI mesti ada fan service lol. Part tu Kai rasa macam unnecessary sebab tak menyumbang pada plot.

Rate: ★★★★☆





14 Comments

  1. wauuu dengar macam menariknya cerita die🔥

    ReplyDelete
  2. i watched movie diaaaa best and i like it

    ReplyDelete
  3. macam best je buku ni :) btw saya jalan follow sini ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best! done follow back :) thank you for the follow <3

      Delete
  4. tak pernah baca buku fixi..Cuya ada satu kat rumah..tak pernah baca pon..HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kai baca fixi pun certain penulis je

      Delete
  5. saya pun perasan banyak cerita dari buku ni yang diadaptasi ke movie memang berbeza sikit watak mereka. Dalam cerita ne, Hussein ni baik, tapi tu lah pembaris mcm yang Kai ckp tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kai tak suka sebenarnya dalam movie kalau ubah daripada buku. tapi hussein dalam buku macam lagi comel xD

      Delete
  6. wow nice review..terus buat AD nak baca even tho AD sangat kurang baca novel melayu...nice..
    psstt suka ayat synopsis tu..lawaa

    ReplyDelete
  7. Saya pernah ada satu je buku Fixi tapi dah hilang lepas pindah rumah. This book's synopsis sounds intriguing enough for me to start rereading Fixi book.

    ReplyDelete