DINDING GERENTI BERSIH DENGAN CARA INI | Baru-baru ni saya telah bersihkan dinding bilik yang ada banyak kesan contengan hasil tangan adik-adik saya semasa kecik dulu. Setelah sekian lama ada niat untuk bersihkan, akhirnya terlaksana jugak. Saya tak pernah pindah rumah. Dah menghuni rumah ni sejak memori zaman kanak-kanak pertama yang saya masih ingat. Sekarang umur saya pun dah cecah dua dekad, jadi boleh bayangkan lah macam mana keadaan rumah ni 😂
Dulu masa kecik-kecik conteng dinding tak ingat dunia, sekarang dah besar baru menyesal. Kat tepi dinding katil saya, siap ada tulis ‘Sifir’ lagi sebab kononnya dulu senang nak ingat 😂 Tapi saya pun tak faham kenapa dulu tak terfikir nak tulis pada kertas kemudian tampal.
Disebabkan dinding comot, nak buat video TikTok pun malu sebab dalam kamera nampak kesan contengan. Tapi, dengan adanya tips untuk bersihkan contengan dan kotoran dinding ni, sekarang dinding bilik saya dah bersih macam baru (hiperbola je ni).
Bahan-bahan diperlukan untuk bersihkan dinding:
1. Soda bikarbonat
2. Air paip
3. Kain buruk/tuala kecil
Cara untuk membersihkan dinding:
1. Basahkan sedikit sahaja kain buruk, tak perlu rendam semua ke dalam air.
2. Taburkan soda bikarbonat pada kain yang telah dibasahkan. Pastikan serbuk soda bikarbonat turut dibasahkan untuk mengelakkan serbuk berterabur.
3. Gonyoh kain buruk pada kotoran di dinding. Anda akan dapat lihat perbezaannya.
![]() |
| Sebelum |
![]() |
| Selepas |
Kalau perasan, kesan pensil tu dah hilang. Abaikan je kesan pelekat dan dinding yang terkopek tu 🤣 Agak lenguh jugak tangan kena sental dinding. Lagi-lagi nak bersihkan seluruh dinding dalam bilik. Saya ambil masa dalam satu jam lebih jugak, itu pun baru separuh saja.
Tips:
1. Tak perlu sental terlalu kuat, nanti dengan warna catnya sekali pudar (bercakap dari pengalaman)
2. Lebihkan penggunaan soda bikarbonat. Semakin banyak soda bikarbonat, semakin mudah kesan contengan hilang.















![やがて君になる 1 [Yagate kimi ni naru 1]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1453581145l/28668864._SX50_.jpg)








