REVIEW BUKU | DHEO’S BY ANJELL (SPOILER FREE)


Tajuk: Dheo’s
Penulis: Anjell
Bilangan muka surat: 653 
Penerbit: Karya Seni
Tarikh terbit: Julai 2018
Genre: Romance




Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya.

Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han.

Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya.

“You can’t have things for me. I’m out of your league.” – DHEO HAN

Namun bagaikan magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti rasa dekat dalam hati. Bagaikan déjà vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu. 

“Kenapa pura-pura tak kenal saya?” – NURISSA ROSE

“Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci.” – DHEO HAN

Jadi, siapakah Dheo Han yang sebenarnya? Seseorang yang tiba-tiba muncul setelah empat tahun pasti punya motif sendiri, kan? Dalam mencari kebenaran, kejutan demi kejutan diterima Nurissa. Rupanya hidupnya sebelum ini memang jauh dari normal. Dan apabila semua kebenaran terbongkar, mampukah Nurissa menerimanya? (Sumber: Goodreads)




Ini merupakan novel pertama oleh Anjell yang saya pernah baca walaupun selalu jugak baca novel Melayu zaman sekolah dulu. Jadi, saya baru tahu gaya penulisan beliau agak ringkas dan mudah difahami. Ditulis dalam gaya santai, seperti berborak dengan member. 


Suka ingin saya maklumkan terlebih dahulu, novel ini tidak sarat dengan adegan aksi. Sangkanya, saya akan ditujah dengan pelbagai aksi dan situasi kejar-mengejar melarikan diri dari Mafia. Maklumlah, tengok cover buku nampak menyeramkan. Siap dengan rose yang berdarah-darah. Saya tunjuk buku ni pada kawan pun dia tanya, ini cerita hantu ke?



Saya juga rasa tertipu bila baca kebanyakan review orang lain mengagungkan karya ini dan sedikit memaksa untuk cuba membaca. Maka saya pun terpedaya. Saya tahu, tak semua buku boleh diterima oleh semua orang. Antaranya buku ini lah.


Dari watak hinggalah jalan cerita, saya memang tak boleh terima. Saya tahu, Anjell seorang yang berbakat. Masakan beliau mampu menerima anugerah demi anugerah kalau tidak, betul tak? 


Cumanya bagi saya, sebagai seorang yang suka tonton Anime aksi dan baca novel Inggeris, saya rasakan buku ni punya idea yang menarik, tapi pelaksanannya kurang memuaskan. 


Macam yang saya cakap tadi, gaya penulisannya sangat santai, jadi kalau anda lebih gemar gaya penulisan yang melankoli, mungkin buku ni kurang sesuai. 


Wataknya juga sukar untuk digambarkan. Saya rasa personaliti mereka kurang menonjol dan tak konsisten. Sekejap cakap saya tak suka paksa orang, tapi tiba-tiba muka surat sebelah tunjuk adegan watak tu tengah memaksa? (Contoh saja)


Heroine dia pulak, Nurissa terlalu naif dan lembap sehinggakan saya rasa macam dibuat-buat pulak. Lagi menyampah bila dia selalu cakap sesuatu demi mengharapkan pujian orang lain. Nurissa ditulis seperti ‘pick me’ girl. Apa itu ‘pick me’ girl? Ia adalah terma untuk sejenis perempuan yang rasakan dia lain daripada perempuan lain. Kononnya spesial dan cool la macam tu.



Macam mana pulak pick me girl tu? Contohnya bila keluar pakai bedak asas sahaja, malas nak join bergosip, tak boleh terima pendapat orang lain yang bertentangan dengannya dan tak tuduh orang sembarangan tanpa bukti. 


Sejujurnya, saya memang tak suka Nurissa. Banyak kali saya rasa nak campak buku ni sebab dia. Dengan perangai acah-acah cantik dan baik, saya memang tak boleh terima. Tak sebulu langsung. Dan lagi satu, kenapa semua lelaki perlu suka Nurissa? Kenapa lelaki cuma layan Nurissa tapi tak layan perempuan lain? Hina sangat ke jadi selain Nurissa? 



Dheo Han pulak ditulis sebagai seorang yang hot and cold. Dia ingat Dheo Han ni coway kot, boleh pilih nak suhu air yang mana. Secara peribadi, saya memang tak suka lelaki macam ni. Pulak tu bila garang kat semua orang tapi dengan awek je baik. Memang menyampah. Tapi Dheo ni bukanlah kurang ajar pun. Dia menjaga kebajikan pekerja dia (memang diberitahu banyak kali dalam buku). Cuma dia sejenis yang jarang senyum dan hati beku.


Saya lebih suka lelaki yang murah dengan senyuman. Senang ketawa dan mudah diajak berbual. Macam Lucca, kawan kepada Dheo. Lucca ni okay sikit lah tapi ada satu scene tu Lucca tak mesra dengan sorang pekerja perempuan ni, tapi mesra dengan Nurissa pulak. Saya rasa macam sedikit menyampah di situ. Saya faham mungkin Lucca bersikap profesional sebab Nurissa ni lebih kepada kawan berbanding pekerja. BUT STILL. Apesal nak diskriminasi pulak? Sebab pekerja perempuan tu tak secantik Nurissa ke? Tolonglah.


Bila cakap pasal cerita romance ni, hero dan heroine kenalah kamcing baru rasa seronok baca pasal dorang. Tapi Nurissa dan Dheo kurang chemistry. Saya tak dapat nak tumpang gembira bila dorang gembira.


Jalan cerita pun suam-suam kuku. Banyak je benda yang boleh disunting keluar. Plot twist pun dah boleh diagak. Tapi thumbs up untuk penulis sebab mampu tulis sesuatu yang buat pembaca tak boleh berhenti baca. 


Lawak yang ditulis pun tak kena dengan saya. Hambar sangat. Kalau sekali dua guna hiperbola tu saya boleh terima, kalau dah setiap muka surat rasa macam try hard sangat. Ada beberapa lawak bermasalah jugak. Contohnya bila Nurissa bertanya tentang seksualiti Dheo. Saya rasa, benda tu sensitif. Lagi-lagi kalau betul Dheo tu gay dan belum bersedia untuk come out


Satu lagi isu yang saya rasa mungkin orang terlepas pandang. Ada satu scene ni Nurissa bermonolog tentang Hilman dan Hazel, sepasang suami isteri kawan kepada Dheo. Nurissa cakap walaupun Hilman tu marah-marah Hazel, tapi bila keluar dari rumah Dheo dia tetap pimpin tangan isterinya. Kiranya Hilman tu sayang Hazel sebab pimpin tangan Hazel yang tengah mengandung. Saya tahu mungkin maksud marah tu macam marah-marah manja. Tapi kena ingat, emotional abuse pun dikira abuse jugak walaupun suami tak pukul isteri. Entahlah, mungkin saya yang terlebih sensitif kot bab-bab ni sebab saya tahu mangsa emotional abuse. Dan benda ni boleh kacau mental seseorang. Kalau dah nampak red flag, lebih baik kita keluar cepat-cepat dari toxic relationship tu. Bagi saya tak cute pun hubungan lelaki yang suka marah-marah ni dengan perempuan. Mungkin lelaki tu perlu berjumpa pakar psikologi. 


Adegan aksi tu cuma ada kat hujung-hujung saja. Dalam 100 muka surat terakhir. Itu pun tak memuaskan sebab tibeh sangat. Tapi ada sesuatu yang sedih berlaku masa tu. Saya rasa mungkin itulah scene sedih hingga menangis yang dimaksudkan oleh orang lain sebab saya tak menangis dalam mana-mana point. 


Secara menyeluruh, saya rasa buku ni sesuai kalau anda jenis yang tak kisah dengan gaya penulisan ringkas, watak perempuan yang acah baik dan cantik dan suka lelaki yang dingin. Kalau tak, tak perlulah baca buku ni. Boleh cuba baca Dia Tetap Sempurna karya Anjell jugak. Yang itu lebih menarik. Nanti saya dah habis baca, saya akan buat review


Rate: ⭐️⭐️

8 Comments

  1. Nak pinjam boleh? Haha rasa menyesal pulak kalo beli tapi tak best, based on your review. But I 💚 Anjell. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh!! Mungkin best je sebab ramai suka, cuma saya je yg mengada 🤣 kalau betul2 nak pinjam, boleh je contact hehe

      Delete
  2. dah lama baca novel ni, i pun dah tak ingat sangat jalan ceritanya..haha

    nice review :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Membaca kai :)
    kak shida dtg singgah blog kai!

    ReplyDelete
  4. macam menarik tapi kalau untuk AD memang AD takkan baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA 🤣 tapi ramai yg suka buku ni, mmg hyped betol

      Delete
  5. hype sangat la buku ni, lebih-lebih lagi kat tiktok, tapi serius tau cover dia cantik hahaha. thanks sebab tulis review ni, rasa macam hmm tak jadi kot nak baca, maybe kalau saya ni umur 15 or 16 memang confirm baca tapi tu la dah tua dah, kureng dah baca buku yang jenis macam ni

    ReplyDelete