TEMPAT MENARIK DI JOHOR | BOOKXCESS SUNWAY BIG BOX NUSAJAYA

Location: 
Sunway Big Box Retail Park, 
Sunway Iskandar,
Persiaran Medini 5,
79250 Nusajaya, Johor.

Baru-baru ni Kai pergi kedai buku paling besar kat Johor! Untuk yang belum tahu, kedai Book Xcess ni memang terkenal dengan harga buku yang murah. Bayangkan, kebanyakan buku semua bawah RM20.00. Termasuklah hardcover 😱 Selama ni Book Xcess yang Kai pernah pergi ada kat One Utama. Tapi yang tu kecik je. Tahun ni, Book Xcess baru bukak cawangan kat Nusajaya untuk pertama kali. Dahlah besar gila, interior design pun cantik! Memang sesuai untuk photoshoot hehe.


Ramai pengunjung memang akan ambik gambar kat rak buku warna kuning tu, termasuklah Kai. Mana boleh lepaskan peluang keemasan (pun intended) kan? 

Behind the scene kononnya

Bukan setakat interior design yang cantik, tapi ada banyak range genre buku yang available. Buku kanak-kanak, permainan, komik, fiksyen, non-fiksyen, notebook and banyak lagi. Non-fiksyen terbahagi kepada self-help books, business, music, religion and history. Kalau fiksyen pulak ada genre sci-fi, fantasy, romance, young adults and thriller. Kai nak ambik gambar semua genre tapi banyak sangat, sampai tak terambik. 




Disebabkan variasi genre buku-buku yang dijual, Book Xcess ni memang tak dinafikan sesuai untuk semua golongan umur. Kalau parents yang suka baca buku and nak book-hunt tapi risau anak-anak bosan, jangan risau! Sebab boleh bawak anak-anak untuk baca buku kanak-kanak. Sebenarnya ada tempat main untuk budak-budak, tapi atas sebab SOP, tempat tu ditutup. 

Ada jugak book series yang popular macam Harry Potter, Miss Peregrine, Lady Midnight, karya Sarah J. Maas, Maze Runner. Yang paling best, bukan setakat buku paperback or hardcover yang dijual, tapi ada jual jugak special edition untuk certain buku. Senang cerita, kalau pergi Book Xcess ni memang rambang mata. Yang penting dompet kena tebal hahaha.



Selain daripada jual buku, kat dalam Book Xcess ni pun ada lounge area untuk sesiapa yang nak buat kerja. Tapi takde free wifi. Kafe pun ada, tapi Kai terlupa nak ambik gambar 😅


Yang paling best, kat lounge area tu ada piano jugak! Cuba teka, Kai ambik gambar kat piano tu tak? Kalau nak tahu, kena baca post ni sampai habis 😉


Bukan Book Xcess lah kalau takde gambar quotes yang cool macam ni. Kat poster section ni pun sesuai untuk photoshoot sebab semua gambar-gambar tu boleh jadi background, nampak hipster gitchu.


Actually, kat area poster ni ada jual notebook. Semua notebook memang cantik sangat-sangat. Tapi Kai terlupa pulak nak ambik gambar. 

Dalam tiga jam jugak Kai jalan-jalan kat dalam Book Xcess tu, mostly ambik gambar je hahaha. Lagipun time tu hujan, so kitorang lepak jap sementara tunggu hujan reda sikit.

Hasil tangkapan. Ni je mampu sebab kena jimat huhu.

Okey, sampai sini je Kai review serba sedikit tentang Book Xcess yang amazing ni. Kai datang Book Xcess jauh-jauh ni, tipulah kalau tak ambik gambar banyak-banyak kan? So, Kai nak belanja sikit gambar kitorang!

Muka-muka excited sebelum barai 

Acah sikit la hehe, Kai cuma tahu main Time Machine Stripped (Midnight Fusic) punya beginning je xD

To 9 years of friendship and still counting!

10 Comments

  1. bawah rm20 , murah la tu kan... boleh borong mcm big bang wolf... klu pegi, rasa mcm nak beli satu kedai, dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang murah sangat-sangat! rasa macam nak beli semua buku je ><

      Delete
  2. wah besarnyaa tempat tu . mesti banyak buku menarik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe rasanya ni kedai buku paling besar kai pernah pergi xD tapi sebab harga dia murah, mostly buku dah outdated jugak huhu

      Delete
  3. tak pernah la pergi book excess..tak sure dekat Melaka ada ke tak ..macam takde..
    syok la banyak buku..uish syurga2..bahaya ni..HAHA

    ReplyDelete
  4. lupa nak tanya..gift card book excess bole guna beli on9 ke ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya macam boleh, tapi tak pasti sebab tak pernah cuba

      Delete