DIGITAL ART #1 | MY FIRST TIME BRINGING HAIJI KIYOSE TO LIFE

 


Okey, tajuk tu macam overdramatic sikit tapi dari kecik kalau colour apa-apa, Kai selalu bayangkan kalau objek/orang tu dah di-colour, Kai anggap objek/orang tu hidup. Korang pernah fikir macam tu tak? 

So, ni first time Kai lukis digitally hehe. Tapi Kai tersalah color tu. Patutnya color semua kulit dia warna cream dulu, then baru color shade gelap sikit warna coklat and kurangkan opacity. Tapi Kai pergi color warna coklat dengan cream tu asing, so nampak macam Haiji ada sakit kulit pulak. 

Kalau tengok betul-betul kat warna cream tu, sebenarnya ada shade. Color tengah-tengah warna cream pekat sikit compared dengan edge kulit tu, cream cerah sikit. Mula-mula Kai tak tahu macam mana nak buat shade since first time guna app tu, tapi Kai play around dengan brushes yang ada, tup-tup jadi pulak hehe. Tapi shade tu pun maybe tak jadi sangat kalau tengok betul-betul hahaha.

Process nak siapkan ni dalam tiga hari. Tu pun Kai tak spend straight tiga hari siapkan sebab nak buat benda lain. First day, Kai sketch. 


And then the second day, Kai buat lineart. First time buat lineart memang susah bagi Kai sebab brush tu tak stable, or maybe tangan Kai yang tak stable kot taktau la. Tapi brush tu berubah thickness ikut pressure yang Kai tekan, so susah sikit nak dapatkan garisan yang smooth, yang tak nampak macam ada stop-stop. So, banyak kali jugak Kai padam then redraw sampai dapat line yang smooth in one go. Selalunya part curve susah sikit 😞


Kalau perasan, part rambut lineart lain sikit daripada sketch. Bagi Kai, still susah lagi nak lukis digital directly without tracing. Dalam second art yang Kai buat, lama jugak Kai spend masa lukis digitally sebab sketch tak berapa cantik, so tak boleh trace.

Lastly, hari ketiga baru Kai color. Untuk color, Kai buat layer by layer. Means, satu layer untuk rambut, satu layer untuk shade rambut and so on. This way, senang nak amend apa-apa kat color tu. 

Hasilnya, macam dalam gambar first tu! Kai dah siapkan art kedua and baru siap sketch untuk art ketiga harini hehe. Can't wait to show it to you guys! ;D

11 Comments

  1. Wow,, bukan senang nak lukis ni, saya ada kawan yang pandai melukis time skolah menengah , then belajar dgn dia pergh susah gile,, good luck kai, yg penting nak kena bnyak praktis,caiyokkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you! kai pun tak belajar teknik betul2. kalau belajar ikut teknik mesti lagi susah kan? ni kai lukis ikut sedap mata memandang je hehe

      Delete
  2. cantiklah kai ! lawa je for me . Yeah drawing takes time , especially kalau tkde mood it wont happen .

    sadly , saya nak try digital art but never try

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww thank you! kai pun tengah belajar lagi, kalau nak buat full body tak pandai lagi uhuks. it's okay, boleh start tengok kat youtube basic step nak buat digital art. kadang2 lepas tengok orang lukis, inspire kita untuk start sekali hehe.

      Delete
  3. tapi i nmpk mcm ada shadow .. yg cerah tu matahari, yg gelap tu sbb dia terlindung dgn something

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe fuh nasib baik shadow kai buat menjadi xD

      Delete
  4. Replies
    1. hehe thank you! kai masih belajar lagi >.<

      Delete
  5. wah cantik nyaa art ^^ saya smpai skrg still bljar lukis di adobe illustrator, sbb belum pndai lukis lgi ehekk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kai tak pandai lukis kat AI xD sebab susah nak guna mouse. ni kai guna digital pencil, senang sikit la hehe. good luck for your drawing!

      Delete