Selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam 😁 Semalam puasa sunat arafah tak? Kai harap korang yang baca ni puasa, sebab nanti banyak dosa kita yang akan diampunkan. InshaAllah.
Hari raya Kai biasa-biasa je, tak special pun. Pagi tadi lepas bangun solat Subuh, Kai sambung study sebab malam tadi tertidur. Pagi tadi pulak hujan. Peh memang sedap nak sambung tidur, tapi tulah study banyak lagi huhu. Lepas study tu terus edit gambar hari raya sebab nak post kat blog. Tapi masa mandi tadi boleh pulak terlupa niat mandi sunat. Aduh rasa rugi betul. Pahala Kai dahlah tak seberapa.
Lepas family Kai dah balik dari solat sunat hari raya, kitorang satu family sarapan sama-sama. Nenek Kai ada kat rumah Kai hari raya ni. Kitorang tak balik kampung pun. So bawak nenek yang ke sini. Lepas breakfast pulak pergi photoshoot haha. Layankan ayah Kai nak ambik gambar penat jugak. Kai rasa, satu gambar pun Kai tak senyum kot sebab before photoshoot tu Kai boleh pulak ternangis teringat Kai fail 😅 Setelah tiga hari, akhirnya Kai menangis. Rasa lega sikit.
Okey, tu je! Balik photoshoot tu Kai tukar baju then terus study. Macam biasalah. Sampai sekarang pun masih kena study, tapi rehat kejaplah. Ceh padahal tadi dah tidur petang, lama jugak rehat ni.
Kai saja nak tulis post ni untuk ucapkan selamat hari raya aidiladha! Harap korang punya hari raya lebih menarik daripada hari Kai 💞
4 Comments
Alhamdulillah berpeluang puasa arafah semalam! yeay hahahah. Happy Eid Adha Kai :)
ReplyDeletehttps://akubebelkobaca.blogspot.com/2020/07/overthinking-ke-ok-ke-takpe.html
alhamdulillah :)
Deleteselamat hari raya :)
ReplyDelete❤
Delete