10 REASONS WHY I THINK MY MIND WENT BLANK DURING EXAM


Hari ni Kai baru habis final exam. Dalam dua hari lagi keputusan lulus atau gagal tahun akan keluar. Cuak gila ni sebab tak sure akan lulus ke tak 😱 Lagi-lagi bila dah fail masa tu kan......

Untuk final exam, Kai ada empat paper and setiap paper mesti otak Kai blank masa jawab. Lagi-lagi first paper hari Rabu minggu lepas. Ni semua sebab cuak tak habis study lagi. Lepas jawab paper je mesti Kai sedar ada jawapan yang Kai dah terfikir tapi tak tulis. Padahal jawapan yang Kai fikir tu betul, tapi Kai tak tulis sebab takut salah. Pastu ada soalan yang senang je, tu pun Kai ter-confused dengan benda lain sebab dah banyak sangat benda yang Kai hafal. Soalan senang yang Kai salah sebab tertinggal perkataan penting lagilah banyak 😅 Contohnya, Kai nak tulis Protease Inhibitor tapi tertulis Protease je sebab dah kelam kabut tak cukup masa. And dua-dua benda tu adalah benda yang berbeza. So, kalau tertinggal inhibitor tu memang confirm salah lah :') 

So, time tengah sedih, frust, geram tu Kai terfikir, kenapa aku macam ni? Kenapa every paper, every exam selalu macam ni? Dari last year, even dari SPM lagi pun macam ni. Mesti ada something yang Kai buat dari dulu yang tak betul. So, Kai cuba listkan a few things yang Kai rasa should be improved. This way, inshaAllah in the future Kai boleh jawab dengan lebih baik. And maybe korang yang baca pun boleh learn a thing or two 😉

1. Too stressed out
Kai rasa sebab utama kita selalu blank time jawab exam ni, sebab kita stress sangat. Masa Kai jawab haritu, boleh rasa kepala ni macam nak pecah. Nak recall maklumat yang dah hafal satu hal, pastu nak keep up dengan timing lagilah menyusahkan. Pulak tu tengok nombor saat kat jam tu makin berkurang, rasa nak terkencing pun ada. 
    
Bila dah stress tu, memang sahlah lupa apa yang kita dah penat-penat belajar. Tapi Kai ni memang jenis tak chill tau. Boleh kira guna jarilah berapa kali je Kai chill. Tu yang bila dalam exam ni, level of anxiety went through the roof. Next time, Kai akan try tenangkan diri dulu before exam. And maybe try meditation or anything to remain calm under pressure. Macam quote yang Kai pernah dengar, you won't get stressed if you don't let it get to you!

🌷

2. Tak allocate time betul-betul
 Untuk problem ni, Kai sedar memang salah Kai tak alert dengan masa. At first, Kai keep track berapa minit satu soalan untuk jawab. Tapi disebabkan ada soalan susah yang buat Kai lag, Kai terus blur nak bajet berapa minit satu soalan. Pulak tu Kai tak sure habis exam pukul berapa lol. So, next time Kai akan target each question nak spend berapa minit and by 30 minit camtu Kai kena make sure dah siap berapa soalan. Selalunya kalau exam f2f Kai memang buat camni, tapi sebab ni online kan, Kai kat soalan nombor berapa pun dah tak ingat xD

🍃

3. Kelam-kabut
Ha yang ni adalah consequence untuk point nombor 2. Kalau kita allocate time elok-elok, inshaAllah takkan kelam kabut punya. 

🌻

4. Tak confident
Kai rasa nilah masalah paling susah untuk overcome. Kai ni memang takde self-confident langsung tau. Bak kata orang jepun, zen zen! So bila jawab exam tu, Kai tak yakin dengan benda yang Kai dah hafal. Rasa macam, ye ke yang ni, entah-entah yang tu kot. Apa yang Kai terfikir tu Kai tak tulis sebab rasa macam tak betul, then tulis jelah apa-apa yang make sense. Last-last, yang tak tulis tulah yang betul. Soalan objektif lagi susah. Kalau nak tahu, paper objektif lah musuh utama Kai. Semua options macam betul je hais. 

Untuk improvement, Kai kena ajar orang sampai Kai confident dengan explanation sendiri. Kalau tak ajar orang pun, ajar cermin pun jadilah.

🌺

5. Tak fikir outside the box
Dalam exam kitorang, ada banyak soalan situation dengan patient tau. Kai perasan, Kai terlalu depend on apa yang Kai hafal kat lecture notes bila soalan tanya pasal case patient tu. Sedangkan benda tu boleh fikir logik je. 

Untuk ni, maybe Kai akan rajinkan diri baca artikel. Maybe Kai takleh fikir logik sendiri sebab belum masuk klinik lagi. So, experience tu masih kurang.

🍇

6. Tak tenangkan diri
Kai ada baca artikel psikologi kat internet, macam mana nak tenangkan diri masa exam supaya otak tak blank. Dalam artikel tu ada cakap, a few hours before exam start tu kita dah tak boleh study lagi patutnya. Kita kena buat something yang kita enjoy macam dengar lagu or membaca. 

Bagi Kai, a few hours tu macam lama sangat. So, patutnya Kai dengar lagu dalam 10 minit exam nak mula. Ini tak, Kai pergi cramming lagi baca notes padahal dah tahu tak masuk otak. Untuk paper hari kedua and seterusnya, Kai dengar album folklore, and alhamdulillah masa jawab tu lebih tenang.
 
🌰

7. Cramming
Yang ni pun Kai sedar memang salah, tapi nak letak notes tu rasa berat masa first paper haritu. Sebab tak tahu soalan apa yang akan keluar. Sudahnya, lagi seminit nak start tu barulah Kai letak notes kat tepi. Baca macam nak rak tapi takleh jawab jugak lol. Bila fikir balik, Kai memang tak ingat apa-apa pun daripada notes yang Kai crammed a few minutes before exam tu. Kiranya memang sia-sia lah cramming ni. Kalau f2f exam kan selalunya kena masuk exam hall awal 10 minit sebab nak isi nama blablabla semua tu. Dapat lah rest otak sekejap, tapi sebab online kan hmm. 

🍂

8. Tak faham soalan sebab rushing
Ni lagi annoying. Kai tahu je nak jawab apa, tapi sebab kelam-kabut masa dah nak habis, Kai baca soalan pun sekali lalu je. Lagi sakit hati bila soalan tu based on diagram. Dah buang masa kena scroll atas bawah atas bawah sebab mouse Kai rosak lol. Again, untuk overcome masalah ni Kai kena pandai allocate time. Disiplin dalam exam sangat-sangat penting ya!

🌲

9. Tak boleh garis/conteng kertas soalan
Kalau f2f exam takkan ada problem ni. Kai memang jenis yang gariskan keyword and buat outline jawapan before jawab properly. So, bila online ni, pen pun tak pegang rasa macam tak kena. And nak check balik soalan yang KIV pun leceh sebab tak ingat soalan yang mana. Nak klik 'back' satu-satu pun makan masa. Exam online sumpah annoying :/

🌽

10. Senang terganggu
Yang ni memang personal problem Kai. Tak tahulah kenapa, time tengah fikir jawapan pun Kai still terfikir pasal benda lain. Kadang-kadang kalau terpandang apa-apa barang kat bilik ke kan, macam rak buku ke, tu pun boleh buat fikiran Kai menerawang. Honestly, terseksa gila sebab senang distracted ni. Macam terlebih sensitive towards surrounding. Kalau study and Kai dengar bunyi orang bukak tutup pen pun rasa nak maki, tapi Kai tak tahu nak buat apa to overcome this 😔

🌵

Source: We Heart It

Alright, tu je common mistakes yang Kai perasan Kai selalu buat. Kalau korang nak add on anything, lagi bagus! Nanti kita sama-sama boleh belajar dari kesilapan. These are just my personal reasons, but I hope it will help you guys too. I'm still working on to improve myself because living is all about learning! 

11 Comments

  1. may allah ease your way kai fightingg:)

    ReplyDelete
  2. Khai kalau kita naik 3rd year study sama2 jom, sbb kita banyak sgt lab yg stress tu yg study tak prepare awal pastu pkp x membantu for me, it make me less likely to study sbb feel cuti vibe.... Huaaa harap dapatlah lulus amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je study sama2!! aku prefer study group skrg sbb buat aku lagi fokus. kalau study sorang ada tendency to berangan hmm. aminnn, aku nak sama batch dgn korang 😭

      Delete
  3. kamon kai..kai boleh buat punya..kne ambik masa dlu utk prepare online exam ni..doakan yang baik baik utk kai..okeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, kai masih adapt dgn online exam ni. lama-lama inshaAllah kai okey. thank you ❤

      Delete
  4. always me no 6.. tatau how nak tenangkan diri hmmm

    ReplyDelete
  5. kadang2 orang ada anxiety selalu ada masalah ni...
    maybe terlalu banyak sangat fikir nak exam kan, jadi otak stress sekejap.
    sebelum exam,elok la kita berdoa,buat solat hajat ke....inshAllah diri akan tenang..
    sebab duduk rumah senang sikit kan nak buat solat sunat, ada banyak masa..
    all the best for your result!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaaaa rasa susah nak stop rasa anxious before exam ni. tu yang blur je time jawab huhu. tula, patutnya kai solat sunat before exam tu tapi kai pergi cramming pulak 😭

      Delete
  6. dah lama tggl exam but i can still imagine that feelings of anxiousness every time exam dah dekat. May Allah ease everything for you dear Kai.

    ReplyDelete