YES 4G FREE SIM CARD WITH 40GB DATA FOR STUDENTS


Hello guys! Dah study untuk finals? Hehe. Sekarang tengah musim exam kan? Tapi risau line lambat, macam mana nak submit on time? Don't worry! Harini Kai nak share data yang Kai pakai kat rumah. Dahlah laju, free pulak tu! Yup, it's free! Korang tak salah baca 😀

So, sempena PKP ni, ramai yang terkesan. Lagi-lagi student yang terpaksa menggunakan data untuk sesi pembelajaran online. Jadi, Yes telah melancarkan sim card 4G percuma khusus untuk student. Ni untuk student tau, bukan untuk B40 je. So kalau korang dari golongan M50 or T20 pun boleh apply. Tak perlu lagi bayar mahal-mahal untuk beli data. Sebab sim card ni ada 40gb! Banyak gila kan?

Bukan setakat tu je, walaupun internet 1gb percuma akan berterusan sampai bulan december, tapi dah tak boleh guna untuk entertainment. Basically, internet tu cuma untuk belajar semata-mata. Tapi dengan sim card yes ni, korang boleh stream video, bukak social media dan macam-macam lagi. 

So, without further ado, Kai nak share macam mana nak dapatkan sim card ni 😊

LANGKAH 1:

Firstly, korang boleh tekan link ni untuk ke YTL Foundation



LANGKAH 2:

Next, korang pergi kat option 'Learn From Home' pada penjuru belah kanan then pilih 'Universities (IPT)'. 


LANGKAH 3: 

Nanti korang akan nampak list universiti yang offer sim card ni. So korang boleh pilih korang dari universiti yang mana.


LANGKAH 4:

Next, isikan nombor IC pada ruangan yang disediakan.




LANGKAH 5:

Selesai isi nombor IC, korang kena isi semua details yang dia mintak and upload gambar IC and student ID. 


LANGKAH 6: 

And then, korang akan receive satu email daripada pihak Yes untuk confirmkan email address. Tekan kat butang biru 'Verify My Email/Sahkan Emel Saya'. Nanti akan dibawa terus ke website Yes.


LANGKAH 7:

Lepas dah confirmkan email, korang kena tunggu beberapa hari untuk email yang akan bagitau korang dapat sim card tu. Dalam email tu ada diberikan link untuk check sama ada korang punya mobile device compatible atau tak dengan Yes sim card and Yes coverage kat area rumah korang.

Check compatibility: here.
Check coverage: here.

LANGKAH 8:

Selang dua hari macam tu, korang akan dapat email yang bagitau sim card korang dah dihantar keluar. Dalam email tu ada tracking number and link untuk activate sim card. 

LANGKAH 9: 

Lastly, korang kena activate sim card through link dalam email tu dulu before masukkan sim card dalam phone. And then, 40gb data dah boleh digunakan.

LANGKAH 10:

Step ni optional, tapi recommended. Korang boleh download Yes app untuk keep track berapa banyak data yang dah digunakan, and berapa banyak lagi yang tinggal.


Kai dah gunakan sim card ni dalam sebulan and so far line memang laju. But it depends on where you live jugak. Kai selalu guna untuk online class sebab wifi kat rumah lambat sangat 😅 Kai tak sure if semua orang dah tahu ke belum pasal sim card ni sebab tu Kai nak share kat korang hehe. Oh tapi terlupa pulak nak bagitau, 40gb ni cuma available untuk dua bulan je. So korang gunakanlah sebaiknya 😊

Selamat mencuba! 









4 Comments

  1. Selamat men study kan diri dik :)

    ReplyDelete
  2. bole apply sampai bila ni kai? mcm nk apply..tpi nk upload ic yg maleh ni..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha xD rasanya takde tarikh tutup. sekarang pun masih boleh apply :)

      Delete