FOOD REVIEW | EMPIRE SUSHI



Hello guys! Harini Kai nak buat korang terliur sikit hehe. Untuk kawan-kawan yang kenal Kai personally, korang mesti tahu yang Kai tak makan sushi sangat. Kalau pergi Sushi King pun Kai just order bento je sebab family Kai tak suka sushi (tekak jawa kononnya) so daripada kecik Kai tak pernah dibawa ke kedai sushi.

Tapi sebab haritu terbaca review orang pasal Empire Sushi ni kat Twitter, tiba-tiba Kai rasa macam nak try makan sushi. So, lepas je exam haritu Kai terus order sushi as a reward dah penat study 😆 Hmm sebenarnya, malu jugak ni sebab tak pernah makan sushi hahaha. Tapi korang jangan judge tau, sila beri tunjuk ajar 🙇

So, tak nak buang masa tulis panjang-panjang, let's get to the review part!


1. Grilled Lobster (RM2.20)
Hmm, ingatkan yang ni sedap tapi masa first bite tu rasa macam pelik sikit. Tapi still okay la boleh telan huhu.
Rate: ⭐⭐⭐⭐

2. Grilled Cheese Salmon (RM2.20)
The main reason why Kai hesitate nak makan sushi sebab Kai tak suka sangat salmon. Tapi bila makan sushi ni rasa sedap pulak, rasa menyesal beli satu je aha. Maybe sebab ada cheese kot 🤔 or salmon sebenarnya memang sedap.
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐

3. Chicken Floss (RM1.10)
Yang ni average je. Tapi serunding (?) tu sedap kalau makan gitu je.
Rate: ⭐⭐⭐

4. Chicken Meat Slice Roll (RM2.60)
Ahh yang ni sedap gila! 💞 First bite je terus fall in love. Daripada tak suka makan sushi, terus nak try macam-macam flavour lagi. Next time, nak beli Chicken Meat Slice Roll ni banyak sikit hehe.
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐

5. Potato Mayo (RM1.10)
Yang ni pun sedap! Masa pilih tu macam tak confident yang ni sedap, tapi lenjan jela beli. And tak menyesal beli sebab memang sedap pun. Nanti nak repeat order lagi ;)
Rate: ⭐⭐⭐⭐

6. Takoyaki (RM2.20)
Yang ni a bit disappointing :( Kai suka takoyaki, so ingatkan kalau combine dengan sushi mesti sedap. Tapi... rasa dia pelik sikit la. Maybe tak kena dengan tekak Kai kot hm :/
Rate: ⭐⭐⭐

7. Tamago (RM1.10)
Hmm, sebab telur dia sejuk so rasa macam pelik sikit...
Rate: ⭐⭐

8. Cheese Roll (RM2.60)
Last but not least, yang ni pun sedap! Inti (?) dia sedap tapi cheese dia berlemak sikit.  
Rate: ⭐⭐⭐⭐


Overall, Kai enjoy makan sushi 😊 Tapi sebenarnya Kai terlupa nak beli soy sauce or wasabi, maybe kalau ada pencicah lagi sedap kot. Kalau korang nak beli Empire Sushi ni, boleh order kat Grab Food atau kat mall. Kai dah plan next time nak try Tempura Ebi Roll, Unagi Cheese Roll and Salmon pulak. Tapi nak makan salmon mentah still takut 😖

Kalau Sushi King buat Sushi Bonanza, boleh lah Kai cuba Sushi King pulak hehe. Rasa dah upgrade weeb level sikit la sebab dah boleh makan sushi 😂

Anyway, korang boleh share jugak which sushi is your favourite! Nanti Kai boleh try ✌


4 Comments

  1. Read this entry buat saya patut order sushi esok

    ReplyDelete
  2. Sye pun suka sngt sushi tpi biasa makan sushi yg jual tepi jalan tu je hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha boleh la next time Kai nak try jugak xD ni pun baru first time makan beli kat grab je, kalau nak order kat kedai tergagap lagi 😅

      Delete