5 BARANG KEPERLUAN ‘ONLINE LEARNING’ DARI SHOPEE


Bersempena dengan 9.9 SHOPEE SALES yang akan datang, saya nak cadang beberapa barang yang boleh dibeli untuk keperluan online learning. Bukan setakat belajar sahaja, untuk sesiapa yang work from home pun boleh beli juga!  


Kesemua barang yang dicadangkan adalah berdasarkan review saya sendiri. Ada barang yang dah lama saya beli dan ada juga yang baru digunakan beberapa minggu. Yang pasti, semua barang ni memang patut dimiliki! Pernah tak anda rasa macam tak perlukan sesuatu, tapi bila dah beli, barulah rasa hidup jadi lebih senang? Ha, itulah perasaan saya lepas beli! 



1. Wood Laptop Stand Holder by xgamer.my (RM7.99-17.49)



Laptop Stand ni diperbuat daripada kayu, bukan yang besi tu ya. Sebab tu harga dia murah sikit. Stand ni best untuk digunakan sebab boleh jimat ruang kat atas meja. Lagi-lagi meja kecik macam saya punya. Bila dah letak laptop, dah tak ada tempat nak menulis. 


Macam mana stand ni boleh jimat ruang? Kita boleh letak keyboard atau tablet pada ruang bawah stand tu. Tak perlulah letak tablet bersepah lagi. Keyboard pun dekat dengan laptop. Kita pun boleh tegakkan stand. Jadi, kita kena letak laptop tu mengiring. Dengan ni, lagi banyak ruang yang kita boleh gunakan.


Laptop Stand datang dalam dua saiz; 12 inci dan 15 inci. Bergantung pada saiz laptop masing-masing. Saiz 15 inci lebih mahal berbanding saiz 12 inci sebab lebih besar.


Batang kayu untuk sambungkan dua sisi stand agak ketat untuk dipasang, tapi boleh je masukkan tanpa masalah. Cuma perlu kudrat sikit.


Mula-mula saya teragak nak beli, tapi sejak gunakan stand ni meja saya nampak lebih kemas dan teratur.



2. Computer Desk by iuuxy35zdu (RM16.90-117.90)



Bagi saya, meja study ni sesuai untuk student macam saya. Harga berpatutan untuk saiz sederhana. Ada 3 jenis warna dan pelbagai saiz available. Jadi, boleh pilih nak yang mana.


Yang saya perasan, harga meja ni dah naik sedikit berbanding masa saya beli dulu. Saya beli saiz 100cmx80cmx73cm, warna putih. Warna putih dia taklah putih suci gitu, tapi lebih ke arah ungu sikit.


Barang ni pre-order, hampir sebulan jugak saya tunggu untuk sampai. Saya tak nak cancel order walaupun tunggu lama sebab kedai lain shipping fee agak mahal. 


Meja saya taklah besar mana. Tapi saya rasa okay je sebab beli laptop stand. Pada ruang rating ada yang komplen kenapa saiz kecik, sedangkan kita yang tak ukur betul-betul. Saiz meja yang disediakan oleh tuan kedai boleh dipercayai.



3. Modern Plastic Chair by livingmaster (RM19.20-22.00)



Bila dah beli meja, mestilah dipadangkan dengan kerusi kan? Saya beli kerusi plastik yang sangat selesa dan cantik dengan harga berpatutan! Saya suka kerusi ni sebab kat tempat punggung tu besar, jadi selesa nak duduk bersila atas kerusi (nampak tak Melayunya di situ).


Cumanya, kerusi saya sampai dalam keadaan yang ada calar-balar di beberapa tempat. Tapi saya maafkan jelah sebab bukannya ganggu saya duduk pun. Tak sedap mata memandang aje. 


Seller balut kerusi menggunakan bubble wrap tanpa kotak, tapi lapisan bubble wrap tu berlapis-lapis. Memang dijamin keselamatannya.



4. Phone Stand by cantik520520 (RM4.90-8.39)



Sebelum saya beli phone stand, saya selalu sandarkan handphone pada botol air untuk tengok anime sambil makan. Bila nak beli phone stand rasa macam membazir. Lagi-lagi bila fikir kena bayar shipping fee. 

Tapi bila dah beli ni rasa seronok pulak. Nak letak handphone atas meja pun cantik, nampak kemas. Kita ada rumah untuk tinggal dengan selesa, macam tu jugaklah handphone nak ada tempat yang selesa. Kahkah.

Kepada sesiapa yang menggunakan handphone untuk online lectures atau pun meeting, saya memang syorkan untuk beli phone stand. Tak perlu bersakit dan lenguh tangan lagi sebab pegang fon terlalu lama. 

Yang lagi best, ada macam-macam warna yang boleh dipilih. Kalau tanya saya, mestilah saya pilih warna pink! 


5. Sony WH-CH510 Wireless Bluetooth by sony.os (RM159.00)


Saya dah gunakan headphone SONY WH-CH510 sejak bulan Oktober tahun lepas. Memang tak dinafikan, bunyi SONY tak pernah mengecewakan. Mula-mula saya nak beli, rasa takut jugak bunyi tak sedap. Saya dah terbiasa dengar menggunakan Apple earpods jadi saya memang agak cerewat bab muzik ni. Kalau nak dengar lagu tu, kalau boleh nak rasa macam lagu tu datang dari otak saya sendiri, bukan dari corong earphones tu. Faham tak? Hahaha


Tengok harga pun agak berpatutan lah berbanding dengan headphones lain, jadi saya pun beli je, malas nak pikir lagi. Bila dah beli, memang rasa best! Sebabnya, bukan setakat boleh guna untuk kelas online, tapi boleh dengar lagu sambil basuh tandas, mop lantai dan masak. Takdelah berpintal dengan wayar lagi. 


Saya akan beri review tentang headphones ni lebih panjang dalam post yang berasingan.



Itu sahaja untuk cadangan barang yang saya ada guna. Untuk barang yang tak pernah guna, saya takut pulak nak cakap lebih-lebih. Barang nak beli dah ada dalam cart, promo code pun dah claim. Apa tunggu lagi, check out segera!

7 Comments

  1. hari tu terbeli juga phone stand, siap beli untuk family lagi sebab murah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Murah dan memang guna setiap hari jadi tak rasa membazir hehe

      Delete
  2. yang laptop stand holder tu comel lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba! Ada orang siap lukis dan colour kt stand tu untuk jd hiasan tapi saya tak sepandai tu 😂

      Delete
  3. Very useful info. I have been looking for laptop stand and that one looks great <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup and it’s one of the cheapest from Shopee!

      Delete
    2. Yup and it’s one of the cheapest from Shopee!

      Delete