Beberapa hari lepas, saya ada cerita tentang kucing saya yang tiba-tiba gatal dalam Bilakah Umur Kucing Mula Mengawan. Oleh sebab perangai Hitam yang gatal tu, saya pun merajuk dan tak main dengan dia lagi.
Tapi, sehari selepas Hitam buat perangai, tiba-tiba dia sakit. Dia dah lemah, pasif dan tak main-main macam selalu. Saya mula peliklah sebab dia tidur je seharian. Bagi makan ikan pun dia tak pandang. Selalunya dialah yang paling kuat makan, duduk kat dapur tengah2 jalan, meleset kat kaki time masak sebab mengharapkan ada rezeki dapat makanan.
Dah dua hari Hitam berkelakuan pelik, saya pun Google tanda-tanda kucing sakit. Saya rujuk laman web The Mamamiaow sebab ayat mudah faham.
Antara tanda-tanda kucing sakit ialah:
- Perubahan selera makan ✅
- Nafas berbau
- Kencing/berak di luar kotak pasir
- Perubahan berat badan
- Perubahan tingkah laku ✅
- Perubahan dalam merapikan diri ✅
- Perubahan aktiviti ✅
- Perubahan pola tidur
- Tingkah laku menjurus kepada stress
- Perubahan dalam bunyi ✅
Yang mana saya tanda dengan ✅ tu adalah antara tanda yang Hitam tunjukkan. Sekarang, Hitam dah tak miao langsung. Dia senyap je. Badan menggigil, mata berair dan ada cecair pelik kat mulut dia. Ada sesiapa pernah kena macam ni tak pada kucing?
Hari ketiga Hitam sakit (semalam), dia jauhkan diri dari rumah. Ibu dan ayah saya cakap mungkin dia dah tunjuk petanda untuk ‘pergi’. Tapi saya rasa tak sedaplah kalau redha je dia dalam kesakitan, saya pulak tak berusaha.
Jadi, saya pun hubungi kawan saya yang memang bela banyak kucing cantik-cantik. Kucing saya ni kucing kampung je. Memang mak ayah malas nak bawak pergi vet. Lagipun vet mahal. Kawan saya pergi vet kat area rumah kena charge sampai RM150.00 untuk sakit perut semata-mata.
Kawan saya cakap mungkin Hitam selsema. Jadi, dia syorkan beberapa ubat dari Shopee yang saya boleh cuba memandangkan dia pun dah pernah bagi kucing dia sebelum ni. Saya pun belilah, tapi nak tunggu shipping dari Kelantan ke Johor macam lama pulak. Saya risau kalau Hitam tak sempat bertahan.
Sementara tunggu ubat sampai, kawan saya suggest untuk bagi kucing minum air kelapa sebab boleh hilangkan keracunan. Takut-takut kucing saya ada termakan racun je. Yang buat saya lagi risau, Hitam dah lama tak makan. Macam mana dia nak sihat kalau imun sistem dia rendah? 😢
Jadi, saya pun belilah air kelapa muda dari Grab Food sebab saya tak ada lesen nak drive. Mahal sikit pun takpelah yang penting saya nak Hitam sihat balik.
Saya paksa Hitam minum gunakan syringe. Nasib baiklah saya memang ada syringe untuk buat kerja Endodontics kat rumah. Pertama kali bagi kucing minum secara paksa, rasa seram jugaklah. Takut makin teruk pulak keadaan Hitam. Lagi-lagi bila dia tersedak. Tapi, alhamdulillah pagi ni Hitam masih ada 🥺
Sejak Hitam mula sakit, saya selalu tertanya-tanya, what went wrong? Dahlah saya merajuk dengan dia, tiba-tiba sakit pulak. Buat saya rasa menyesal dengan diri sendiri.
Ada sekali tu saya kurung Hitam kat luar dan biarkan Putih je kat dalam rumah sebab Hitam asyik nak terkam Putih lepas tu Hitam miaow untuk masuk dalam kuat-kuat. Tapi sekarang Hitam dah tak miaow langsung 😢 Saya betul-betul rindu nak tengok Hitam jadi gila lagi. Dia selalu macam kena rasuk bila tengah lapar. Saya rindu nak tengok dia kacau kat dapur, gaduh dengan Putih, meleset kat kaki masa makan dan kacau saya sapu sampah. Jadi, tolong ya semua doakan Hitam cepat sembuh 😢 Dah banyak kali saya menangis sebab takut kehilangan Hitam. Tapi a little part of me dah cuba terima kalau dah sampai ajalnya. Ya Allah, nak taip ni pun sakit 💔
Bila saya teringat pada hari dia jatuh sakit, kebetulan saya ada terjumpa bangkai tikus kat sebelah motor. Jadi, saya rasa mungkin Hitam keracunan. Tapi, entahlah. Saya betul-betul nak pergi vet, tapi saya pun bukanlah orang kaya 😔 Kalau terkena racun, saya tak pastilah boleh diselamatkan lagi ke tak.
Antara tanda-tanda kucing terkena racun:
- Air liur meleleh pekat dan tiada ulser dalam mulut
- Pasif tiba-tiba
- Lemah
- Mulut dan hidung berdarah
- Kencing dan najis yang berdarah
Buat masa sekarang, saya cuma mampu tunggu ubat selsema sampai, bagi minum air kelapa dan pantau nadi Hitam. Nadi Hitam agak rendah semalam; 140 per minit. Hari ni belum check lagi. Tapi saya pelik, nadi Hitam macam tak regular. Macam mula-mula kuat, lepastu sayup-sayup dan akan berulang macam tu. Kalau dalam medical term yang saya belajar; regularly irregular.
Tengok keadaan Hitam, saya tak tahulah nak cakap macam mana. Rasa sebak bila teringat macam mana cerianya dia sebelum sakit. Muka dan bulu pun bersih. Sebab dah lama tak jilat bulu, bulu Hitam banyak gugur. Saya rasa betul-betul hopeless.
Saya tengok Hitam macam dah makin pulih sebab dia dah mula baring sambil letak kepala kat kaki tu, tapi betul ke tu tanda kucing makin sihat?
Setakat ni pernafasan Hitam masih normal. Takde bunyi tercungap-cungap atau wheezing. Apa-apa pun saya cuma mampu berserah pada Allah je sekarang.
10 Comments
semoga hitam cepat sembuh..
ReplyDeleteAminnn. Sekarang dia cirit jee huhu
DeleteAla kesian miow.. swdih bila dia tak sihat
ReplyDeleteBetul. Rasa nak menangis je tiap masa. Rindu masa dia aktif 😔
Deleteallahu memang something wrong tu..tapi Nad tak rasa die selsema, sebab klo kucing selsema die tak senyap sangat..mesti ada something tu..betul la, nad pon bagi air kelapa klo kucing tak sihat.
ReplyDeleteRasanya dia ada ulser, tapi pelik sebab sampai sekarang dia dah tak miaw lagi. Hmm
DeleteSelalunya kicing kalau sakit mesti selera makan tu berubah dan selalu cirit-birit.
ReplyDeleteBetul. Sekarang pun dia masih cirit lagi, tapi selera dah mula datang sikit2
Deletebusyra paling takut bila Tuah & Luna x lalu makan.. risau sngt.. kucing busyra 2 ekor.. hehe..
ReplyDeletesmoga Hitam sihat selalu.. comel je dia
Risau kan? Sampai tak tenang nak buat apa2. Alhamdulillah, Hitam dah makin okay cuma dia macam selalu terbelahak bila makan hmm
Delete