BILAKAH UMUR KUCING MULA MENGAWAN?


Bilakah kucing mula mengawan? | Post kali ni lebih kepada pertanyaan berbanding perkongsian. Awal tahun ni, nenek saya ada beri dua ekor anak kucing sebab kat kampung dah banyak sangat kucing. Dah lebih daripada 10 ekor 😅 



Nak dijadikan cerita, dua ekor anak kucing ni, seekor jantan dan seekor lagi betina. Yang hitam putih tu jantan, yang putih comot tu pulak betina. Nama diorang Hitam dan PutihCliche, kan? 🤣 


Sejak dua ekor ni ada kat rumah, hari-hari rasa lagi seronok hahaha. Bangun pagi pun bila turun bawah, benda pertama saya buat ialah cari kucing untuk ucap good morning. 


Kucing-kucing ni tak tidur kat dalam rumah malam-malam. Jadi, setiap maghrib kitorang keluarkan. Bukan apa, takut berak dalam rumah je. 



Si Hitam tu kuat makan dan tamak. Kalau bagi makan tengah hari, diorang selalu makan sama-sama tapi dalam bekas berasingan. Masa makan, diorang suka curik pandang mangkuk yang lain 😂 Hitam makan laju, jadi kalau makanan Putih ada lagi nanti Hitam curik. Teruk betul perangai.



Dua ekor ni selalu bergaduh. Bukan tu je, hari-hari smackdown, gigitlah, kejarlah. Tapi baru-baru ni tiba-tiba si Hitam mula menggatal. Saya tak pernah bela kucing betul-betul. Selalunya kucing liar je yang masuk rumah untuk makan dengan tidur (macam hotel pulak) lepas tu nanti diorang keluar.


Jadi, bila pertama kali tengok Hitam gigit Putih sampai tak nak lepas, bila ketuk penyapu pun siap marah balik, saya jadi pelik. Mula-mula ingatkan gigi Hitam tersangkut kat bulu Putih ke apa, sekali tu nampak pulak tut tut Hitam bergoyang-goyang 😭😱 (faham-faham jelah apa yang goyang tu) 


Masa tu dah agak dah ni mesti budak ni tengah hormonal. Tapi yang peliknya, kucing-kucing tu kecik lagi. Putih tu kecik lagi 😣 Takkanlah kucing saya ni rape minor 😭 


Bila Hitam dah lepaskan Putih sebab kitorang ketuk penyapu lidi, Hitam ikut je Putih ke mana-mana. Putih tengah makan pun Hitam nak terkam. Kenapa aggressive sangat ni 😳 Kalau Putih tengah main lipas, nanti Hitam tunggu dan perhati je Putih. Ke mana Putih pergi, mesti Hitam ikut sekali. Saya pulak yang risau kalau Putih diapa-apakan 😭 


Saya terfikirlah, sebab saya selalu belai dan manjakan Hitam ke sampai dia jadi miang tiba-tiba ni lepas tu dia nak lepaskan kat Putih. Saya tak faham sebab dia nampak macam remaja lagi, ke kucing cepat matang? 🤔 Mak saya cakap Hitam jadi macam tu sebab terpengaruh tengok video YouTube 😂 


Sejak hari Hitam mula gatal, saya dah tak belai dia lagi dah hahaha. Padan muka dia. Saya rasa macam nak sepak je Hitam (sepak manja je). Haih, lelaki semua sama je. This is why I hate men 😞


Jadi, kalau ada sesiapa yang ada pengalaman tengok kucing mengawan, selalunya masa umur berapa? Atau normal je kucing mengawan masa remaja? Saya betul-betul nak tahu 😢

12 Comments

  1. Comel hitam dan putih..tak pasti bila. Tapi kalau induk yang sama kemungkinan baka tak elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tapi sampai sekarang, rasanya Putihntak bunting pun. Mungkin takde pape yang jadi kat dia hahaha

      Delete
  2. Kucing jantan kalau dah pandai mengawan,
    mulalah kencing merata2 nanti, menanda kawasan

    ReplyDelete
  3. Nak cakap umur ni macam tak boleh nak agak sebab kucing kan.
    Tapi kalau remaja kucing tu normal je saya rasa. Cumanya kesian la sebab kita nampak mereka kecik lagi. Remaja lagi. Tapi remaja kucing tak sama dengan remaja manusia. Kadang kucing yang mengandung usia awal ni, tak reti nak uruskan anak anak. Macam kucing saya la, dibiarkan je anak tu melalak, mak nya sedap tidur hahaha. Jadi, kalau tak nak mereka mengawan, boleh mandulkan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha aduh ibu mida ni 🤣 ooo menarik, tak tahu pulak boleh mandulkan

      Delete
  4. takk sure la umur brape mengawan.. ade kucing jantan kat luar umah ummi, badan die macam itam ni jugak..pantang bukak pintu duk serbu umah ummi..haha..buat macm umah sendiri..tp keje ny lapar je pastu main2 ngn kucing kucing kecik kt luar.. nampak macam belum nk menggatal lagi.. sb mmg suke main je..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya tak menggatal la 😂 ni dah suka2 main, lama2 melebih pulak huhu

      Delete
  5. hahahaha.. Tuah & Luna baru je lepas mengawan.. adeyyy. sebenarnya busyra malas lagi nak bg dorang mengawan tp kesian bila tngok masing2 murung.. kali ni dh masuk batch ke4 la kalau dia mengandung.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha xD tula bila dgn kucing, rasa sedih je kalau dia sedih. Tapi kalau dah banyak anak kucing, penatnya nak jaga huhu

      Delete
  6. bukan senang nak tahu umur kucing rescue

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau ikut saiz, kucing saya ni macam tak boleh besar-besar lagi haha

      Delete