Dah malam-malam macam ni, tiba-tiba craving nak makan kuey tiao pulak. Kalau makan kuey tiao ni, sedap dipasangkan dengan jeruk cili. Tapi ada ke kedai jual jeruk cili pada waktu macam ni? Tak usah risau! Jeruk cili ni senang je dibuatnya.
BAHAN-BAHAN
1. Lada hijau (kuantiti bergantung pada banyak mana yang korang nak buat. Kalau nak jeruk cili yang banyak, maka banyak jugalah lada hijaunya)
Tips: Lada hijau lagi rangup dari lada merah sebab tu lebih baik gunakan lada hijau.
2. Gula
3. Garam
4. Cuka
CARA-CARA
1. Basuhkan lada hijau.
3. Masukkan separuh lada ke dalam bekas kaca yang bersih.
4. Masukkan pula dua sudu gula dan garam mengikut cita rasa.
5. Masukkan lagi separuh lada ke dalam bekas.
6. Tuangkan cuka sehingga semua lada tenggelam.
7. Terbalikkan bekas kaca beberapa kali. Biarkan jeruk cili selama sehari sebelum boleh dimakan.
Itu saja! Senang kan? Tapi kalau craving nak makan jeruk cili tak bolehlah makan on the spot hahaha. Kena buat sehari awal. Selamat mencuba!
(Disclaimer: kredit resepi kepada ibu saya hehe)
10 Comments
Senang sahaja buat.
ReplyDeleteYa betul, mudah saja 😀
Deletetq sharing..kai
ReplyDeleteSama sama 😃
DeleteJeruk cili best makan dengan char kway teow. 😀
ReplyDeleteSetuju! Meleleh pulak air liur ni hahaha
DeleteMudah je kan .
ReplyDeleteBetul tu!
Deletesedap ni makan dgn kueteow goreng!
ReplyDeleteKan! :D
Delete