COOKINGWITHKAI #1 | RESEPI BUTTER CHICKEN CONFIRM TAK MUAK 💯


Memandangkan sekarang tengah cuti sem, dapatlah Kai spend masa kat dapur hehe. Tapi nak ke dapur ni pun kena ada greenlight daripada ibu 😂 Harini Kai nak share resepi Butter Chicken yang mudah dimasak! Kalau tak reti masak pun inshaAllah menjadi punya gitu.



Personally, Kai suka guna tepung goreng PakLong sebab crunchy!

CARA-CARA MEMASAK: 

1. Potong ayam bahagian dada menjadi bentuk dadu. 


2. Cincang bawang besar Holland, bawang putih dan cili padi. Yang ni letak tepi kejap. Kita settlekan ayam dulu.

3. Pecahkan telur ke dalam ayam dadu tadi. Kemudian, gaulkan.


4. Salut ayam ke dalam tepung. Lepas tu, goreng ayam tu hingga bertukar warna golden brown.


5. Cairkan butter ke dalam kuali yang lain. 

6. Setelah butter cair, tumis bawang putih hingga kekuningan untuk menaikkan aroma masakan.

7. Masukkan bawang besar dan daun kari. Setelah daun kari layu, masukkan pula cili padi.

8. Kemudian, tuangkan susu cair ke dalam kuali tadi. Apabila susu cair telah menggelegak sikit, masukkan ayam yang sudah digoreng.

9. Gaulkan ayam tu kasi sama rata. 

10. Masukkan gula sikit (dalam hujung-hujung sudu je tapi taklah sikit sangat), garam (nak dekat satu sudu teh tapi masukkan sikit dulu takut termasin) dan ajinomoto sikit. 
Tip: Kalau boleh biar masak masin sikit sebab nanti dah sejuk akan jadi lagi tawar (ni ibu yang cakap).
11. Gaulkan sekali lagi sampai gula, garam dan aji larut. Dah settle gaul, boleh rasa masakan. Kalau ada apa-apa yang kurang, boleh tambah hingga cukup rasa. Yang ni depend pada taste masing-masing.

12. Dah siap! 

13 Comments

  1. Tidak muak itu yang menarik hendak cuba.

    ReplyDelete
  2. this is one of my favorite!!! thanks sharing the recepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. butter chicken the best!! hehe you're welcome

      Delete
  3. thank you for the recipe! dah lama nak try tapi still tak buat2 ^^"

    ReplyDelete
  4. It's easy,, dh lama tak buat butter chicken ni,, tapi skrang tengah diet memang tahan jelah cite dia😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu it's okay, good luck with your diet ;)

      Delete
  5. Wahh.. Macam sedap. Dah lama tak buat butter chicken. Tetiba pulak craving nak makan. Thank you for the recipe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bagi Kai memang sedap la xD you're welcome!

      Delete
  6. Nampak sedap!! Pernah buat tapi rasa macam terlebih susu pun ada. Should try your recipe soon! tq kai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's okay, boleh cuba lagi hihiks. No problem!

      Delete