Kai tengok
cerita ni kat YouTube. Kebetulan masa tu tengok channel Tok Ayah pasal Amerul
Affendi kena reject berlakon sebab follower instagram tak reach 500k (which is
ridiculous right?). Pastu movie ni muncul kat tepi as recommended for you.
Sebab nampak Que Haidar kat thumbnail, Kai pun klik lah. And tak sangka, belum
sampai 30 minit cerita berlangsung je Kai dah mula menangis sebab cerita ni
sedih sangat (plus Kai memang hati tisu).
Cerita ni sebenarnya dah ditayangkan kat TV3 time 31 July masatu sempena Hari Raya Aidiladha. Tapi sebab Kai bukan jenis yang tengok TV sebab tak suka iklan, rasanya dah sebulan jugak tak tengok TV lol. Anyways, cerita ni dah dimuat naik kat YouTube. Kai ada letak kat hujung post. So if interested, boleh terus tengok!
Movie ni pasal dua beradik lelaki yang baru kematian mak. Abang daripada adik beradik tu, Zaman tak suka kat adik dia, Zee sebab dia tu lembut. Tak lama lepas mak diorang meninggal, Zaman keluar dari kampung pastu pindah KL. Then, Zee pun pindah KL jugak tanpa pengetahuan abang dia.
Time kat KL, Zee jumpa dengan seorang bekas pelacur and budak perempuan yang jual buku kat depan kedai jahit tempat Zee kerja. Zee anggap dorang macam family. Kai suka found-family trope, and chemistry antara Zee dengan dua orang ni memang serasi teruk. Lawak and perbualan dorang pun tak rasa forced.
Apa yang Kai suka pasal cerita ni, dia pasal how far kita sanggup berkorban demi melindungi orang yang kita sayang. Even tho orang tu takde pertalian darah pun dengan kita. Kai suka jugak tengok macam mana kuatnya iman Zee and yang lain sebab walaupun dorang hidup susah, selalu kena uji tapi dorang tak give up dengan Tuhan. Sekalipun dorang tak pernah persoalkan takdir or salahkan Tuhan. Dorang tak pernah bandingkan life dorang dengan orang-orang kaya langsung. Sebab ni Kai menangis. Kai sedar, hidup Kai yang lagi elok ni pun Kai selalu bandingkan dengan orang lain, tak bersyukur dengan apa yang ada.
Cerita ni agak slow bagi orang yang suka plot-driven sebab cerita ni more to character-driven. Kai memang jenis yang lagi pentingkan character daripada plot, that’s why cerita ni memang my cup of tea. Bagi orang yang suka quotes yang poetic, cerita ni sangat sesuai untuk ditonton.
Dalam Pencipta Pegang Waktu ni, dialog flow sangat smooth and real. Kai suka bila dialog realistik, buatkan penonton rasa cerita tu bukan lakonan semata-mata tapi sebenarnya realiti. Kalau tengok barisan pelakon, dah boleh agak lakonan memang mantap. Tak kayu langsung. Even the small detail dalam expression pun ditunjuk dengan baik. Memang boleh bawa penonton hanyut dalam perasaan.
Selesai bercakap pasal benda baik dalam movie ni, kita beralih pada benda yang Kai tak berapa berkenan. Kai tahu cerita ni bukan nak romanticize poverty, tapi in a way it feels like that? Bila tengok orang homeless yang duduk bawah jambatan tu happy seadanya, and bila fikir orang atasan yang sepatutnya make sure setiap rakyat ada bumbung untuk berteduh seronok tidur dalam rumah agam, buat darah Kai menggelegak. Pada pendapat Kai, semua orang patutnya ada rumah. And bukan salah dorang jadi homeless sebab kita tak tahu apa yang terpaksa dorang lalui dalam hidup. Dorang pun berusaha untuk cari rezeki. Cuma nasib tak menyebelahi dorang je. Kai faham apa yang cuba disampaikan; supaya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Even kita tak kaya-raya sekalipun, tapi kalau kita dikelilingi dengan orang yang sayang kita tu pun dah cukup. Cuma... entahlah. Macam tak kena pulak kita gunakan orang susah untuk buat kita feel better about ourselves.
Overall, cerita ni penuh dengan pengajaran sepanjang satu jam 29 minit ditayangkan. Kai seronok dapat berkenalan dan berada dalam dunia yang sama dengan karakter-karakter. Banyak benda yang Kai belajar dan boleh ambil pengajaran. Highly recommended untuk buat kita sedar tentang realiti kehidupan.
Rate: ★★★★★
4 Comments
tengok barisan pelakon pun dah rasa wow , que haidar kot . tapi tulah mesej kat cerita ni pun just we dont have to judge people punya appearance sewenangnya .
ReplyDeletetolak berlakon sebab tak reach 500k follower ? munasabah lah sikit reason nya pn lol
i pun hati tissue , tapi selalu lbih touching kalau since yang mengharukan macam if Malaysia dapat gold medal olimpic ke bnda mcm tu hehe
betul, cerita ni sebenarnya more tu nak cerita pasal que haidar yang lembut. kan?! berlakon best kot, lantak la followers tu aduh. hahaha kiranya lebih senang terharu la ya? i see! hehe
DeleteAmerul Affendi tu berlakon mantop gila..ntah kenapa diorg nak rules follower mcm tu plak...
ReplyDeletetahu takpe, followers tu takde kena mengena langsung dengan lakonan dia. apa nak jadi la industry seni ni *geleng kepala*
Delete