URGENT! SEDANG MENCARI PESAKIT DENGAN KEADAAN GIGI YANG BERIKUT

🔊 PERHATIAN đŸ”Š

Assalamualaikum kepada semua pembaca, macam yang saya cerita dalam post yang lepas, Culture Shock di Universiti, saya dah kembali ke kampus untuk tahun ke-empat dalam bidang Pergigian.

Kepada sesiapa yang tak tahu, pelajar tahun ketiga hingga tahun kelima perlu merawat pesakit dengan kriteria tertentu. Kalau tak berjaya penuhi kriteria dalam masa yang ditetapkan, berkemungkinan besar kitorang akan gagal tahun. Bermaksud kalau saya tak berjaya rawat pesakit dengan cukup pada tahun keempat, saya tak boleh naik tahun kelima dan saya perlu ulang tahun keempat semula.

Kalau anda yang baca ni tak ada masalah gigi sekali pun, saya nak mintak jasa baik semua untuk tolong sebarkan link post ni ke mana-mana saja ya. Sebelum hubungi saya, sila pastikan anda menepati kriteria yang ditetapkan. Kalau tak menepati, saya akan cuba yang terbaik untuk tanyakan pendapat pensyarah.

Butiran:

Waktu: to be decided
Semua prosedur akan dipantau sepenuhnya oleh Pensyarah Universiti Malaya

Syarat-syarat:

1. Tinggal di sekitar kawasan Kuala Lumpur/Selangor

2. Boleh menghadiri appointment beberapa kali (2-3 kali)

3. Boleh berunding untuk mengikut jadual yang ditetapkan


Kriteria:

1. Tampal gigi hadapan 

Contoh keadaan gigi:



2. Root Canal Treatment pada gigi hadapan

Contoh keadaan gigi:

Hubungi segera jika anda mengalami simptom berikut:

1. Sakit gigi hadapan
2. Tak boleh tidur sebab sakit gigi
3. Gigi hadapan sensitif pada makanan/minuman yang sejuk/panas/manis
4. Sakit gigi tidak hilang walaupun tak buat apa-apa


3. Hilang beberapa batang gigi 

Kepada sesiapa yang berminat nak buat gigi palsu separa dengan saya, boleh hubungi untuk susun temujanji. 





4. Cabut gigi 

Kalau nak cabut gigi, sangat digalakkan untuk hubungi saya. Tak perlu risau, semua prosedur akan dipantau oleh pensyarah yang merupakan pakar.

Sebab untuk cabut gigi:
1. Nak buat gigi palsu
2. Gigi goyang
3. Nak pakai braces
4. Sakit gigi
5. Dll 

Perhatian

1. Memandangkan saya masih pelajar, jadi sesi klinikal saya terhad dan tak boleh diubah.

2. Tiada sesi klinikal pada hujung minggu.

3. Jika ada kesalahan yang saya lakukan sepanjang komunikasi, sila tegur dengan baik. Tak perlu buat laporan pada pensyarah atau sebagainya. Saya hanya seorang pelajar, banyak benda yang saya perlu perbaiki.




2 Comments

  1. kai, klo selain daripada itu boleh ke?mcam nak buat whitening gg ke, or nak remove tampalan ke?

    ReplyDelete
  2. Berapa caj harga pesakit gigi yang dapat rawatan?

    ReplyDelete