FIXI: Jahat karya Syafiq Ghazali


Tajuk: Jahat
Penulis: Syafiq Ghazali
Tahun terbit: 22 Januari 2016
Penerbit: FIXI
Rating Goodreads: 3.46 ⭐️

Kerana sehelai sut, seseorang mati di tangan Affan. Hari-hari Affan sebagai orang bebas akan tamat jika dia terus di KL, jadi dia perlu melarikan diri. Namun apalah advencer tanpa perempuan di sisi. Di sinilah munculnya Jude, seorang kashier 7-Eleven. Affan mengajak perempuan itu mengikutnya dalam kembara jalan ke utara. 

Satu lagi pembunuhan berlaku, kali ini oleh Jude. Maka secara rasminya, Affan dan Jude bersalah dalam dua pembunuhan berbeza. 

Seorang melarikan diri dari polis, seorang lagi dari penjahat. Dan masing-masing menyembunyikan rahsia dari satu sama lain. Ini kisah tentang pelarian, pengkhianatan, dan lagu Jazz yang menemani perjalanan mereka. (Sumber: Goodreads)




Memandangkan saya dah lama tak baca Fixi dan kebetulan saya terjumpa review Jahat di Bookstagram, bila dapat tahu buku ni berunsurkan muzik Jazz telah berjaya mencuri perhatian saya.


Bukanlah saya seorang peminat muzik mendayu-dayu itu tapi kebanyakan anime dengan adegan aksi yang saya minat pasti memainkan lagu Jazz sebagai muzik latar. Antaranya cerita Baccano.


Baccano!

Secara ringkas, Jahat berkisarkan dua orang pembunuh, Affan dan Jude, yang melarikan diri daripada pihak polis dan penjahat. Dipertemukan atas keadaan yang terlarang, mereka mula mengenali satu sama lain dalam perjalanan yang ditemani lagu Jazz. Sejauh manakah mereka mampu bercintan-cintun sebelum polis menemui mereka? Siapakah Jude sebenarnya?


Bagi saya, separuh awal cerita ni agak bosan dan mendatar lebih-lebih lagi ia ditulis dalam first person POV yang saya tak minat. Awal-awal watak Affan dan Jude diperkenalkan agak menarik sebab saya terhibur dengan pick-up line Affan untuk memikat Jude walaupun agak creepy sebab Affan dah 30-an manakala Jude baru berusia 20 tahun. 


Bila perjalanan mereka bermula, momentum pembacaan merudum. Saya rasa bosan baca Affan berfalsafah yang dirasakan belagak pandai pun ya jugak. Saya pun kurang berkenan dengan watak Affan yang miang dan lucah. Mungkin untuk fan service tapi buat saya jadi takut dengan lelaki. Ada satu adegan yang buat saya betul-betul hilang minat pada Affan sebab dia bersikap sambil lewa bila orang tak bersalah yang ditembak disebabkan dia. Takde perasaan bersalah langsung. 



Personaliti Jude tak mampu buat saya tertarik untuk mengenali dia. Kadang-kadang ditulis seperti pick-me girl menerusi POV Affan. Saya cuma suka rambut merah dia je sebab buat saya teringat kat Hayley Williams dan perempuan berambut merah ni selalunya memang tak dinafikan cantik. 


Hayley Williams

Macam yang saya cakap, Affan banyak bebel pasal hidup, pasal politik, genre muzik dan perangai manusia. Saya rasa mungkin penulis nak luahkan pendapat yang dipendam, tapi tak tahu nak luah pada siapa. Sudahnya ditulis dalam buku fiksyen yang jadi macam buku teks. Dalam buku ni sendiri penulis ada mention buku ni menuju ke arah non-fiksyen.


Ada jugak scene yang saya ingatkan signifikan tapi rupanya Affan cuma nak sambung membebel. Saya tertunggu-tunggu sesuatu akan berlaku tapi hampa. Perasaan dia sama macam nak bersin tapi tak jadi.


Ada seorang watak sampingan muncul bernama Hakimi di tengah-tengah cerita. Hakimi yang merupakan seorang backpacker menumpang Affan. Banyak kali Affan kutuk Hakimi dalam hati sebab banyak bercakap. Hakimi ni merupakan seorang penulis. Jadi dia banyak bebel pasal buku dia.


Saya berminat baca apa yang Hakimi cerita sebab Hakimi ni macam comel. Nerd yang suka buku dan tak merokok. Lagipun cerita Thriller yang dikongsi ada kaitan dengan cerita benar. Nak tahu cerita apa? Kena baca sendiri lah haha.



Separuh kedua baru mula adegan aksi dan pengkhianatan. Saya suka betul cerita pasal pengkhianatan. Mungkin sebab saya teringin nak mengkhianat orang ke tak tahulah. 


Saya suka cara Affan tenang berdepan dengan geng samseng. Walaupun diacu pistol, tapi Affan tetap berfikiran rasional. Walaupun dalam hati sebenarnya takut, tapi Affan tak tunjuk. Saya rasa kualiti tentang Affan ni buatkan dia dirasakan macam watak sebenar yang boleh dijadikan contoh.


Hubungan yang terjalin antara Affan dan Jude terlalu pelik untuk saya terima. Baca scene dorang berdua buat saya tak selesa. 


Nasib baik Hakimi muncul balik lepas dia dah pergi. Saya rasa nak kenal dia lebih dalam haha. 


Gaya penulisan Syafiq Ghazali yang sangat indah mampu menyelematkan buku ni daripada satu bintang. Banyak metafora dan simile yang menarik walaupun saya tak suka Affan yang sebut metafora tu.  


Secara menyeluruh, baca buku ni sambil dengar lagu Jazz mampu kurangkan rasa bosan. Banyak lagu Jazz yang Affan perkenalkan.


Rate: 3/5



4 Comments

  1. I never really read this anymore. This kind of novels and genres. Well, I used to enjoy reading it but these days I am focusing on other reading materials. As always, great review btw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It’s okay, we should always read what we love!

      Delete