Pengalaman Menyewa di University Tower Condominium

Source: Google Images

Pengalaman Menyewa di University Tower Condominium ᛁ Pertama kali saya menyewa rumah dengan rakan-rakan adalah di University Tower Condominium pada tahun ketiga dental school. Oleh sebab tak dapat duduk kolej kediaman, saya bersepakat untuk tinggal di UT Petaling Jaya sebab lokasinya yang dekat dengan fakulti pergigian. Disebabkan masa saya nak menyewa dulu saya cari review tapi tak jumpa, jadi saya pun saje je nak berkongsi post hari ni.

Selain pelajar, ramai jugak staff dan pensyarah yang menyewa di UT. Kadang-kadang malu jugak bila terserempak dalam lif haha.


Kadar Sewa

Saya sempat sewa selama setahun kalau ikut kontrak tapi saya keluar awal masa study week sebelum finals. Kadar sewa sebulan ialah RM2,500 untuk satu rumah tak termasuk parking. Sepatutnya satu rumah, satu parking. Tapi owner rumah dah bagi parking spot pada tenant yang lain jadi terpaksalah kawan saya yang bawak kereta menyewa tempat parkir yang lain.

RM2,500 kitorang bahagikan ikut saiz bilik. Ada tiga bilik available; master bedroom, middle and bilik paling kecik. Untuk bilik paling besar, paling murah sebab ramai ahli bilik. Untuk bilik middle paling mahal sebab dua orang je yang tidur situ dan dapat ruang lebih luas. Mula-mula nak bahagi sama rata je tapi saya tak setuju sebab hakikatnya bila dah keluar dari rumah tu, saya memang kurang selesa duduk kat bilik master. Tempat nak letak meja study pun takde. Bila kawan-kawan lain selesa belajar kat meja dan kerusi yang elok, saya belajar kat katil atas meja lipat je.








Undang-undang

Ikut undang-undang UT, satu rumah cuma boleh muatkan 6 orang saja jadi cuma 6 kad akses yang disediakan. Tapi disebabkan kitorang student… faham-faham jelah. Kadar sewa UT agak tinggi berbanding dengan rumah lain tapi sebab rumah ni je yang paling dekat dengan fakulti pergigian, dekat sangat sampai boleh berjalan kaki dalam 15 minit. Jadi, reda jelah. Kalau bayar sewa murah tapi kena bayar Grab pun sama je. Nak bawak kereta kat fakulti tak ada parking. Kalau ada pun kat tempat tersorok. 


Interior










Bagi saya, ruang kat UT agak besar dan sesuai untuk tinggal beramai. Tempat selesa, ada pemandangan cantik dari balkoni (bergantung pada rumah) dan ada pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Dari luar pun nampak tersergam indah. 


Peraturan

Tapi, banyak peraturan yang kena patuh. Antara peraturan terbaru yang dikuatkuasa sepanjang saya tinggal kat situ, pakcik guard akan check kad akses setiap penghuni yang baru balik kat pagar. Siapa yang tak ada kad akses tak boleh masuk. Macam saya cakap tadi, satu rumah cuma 6 orang je boleh duduk. Jadi, selebihnya takkan dapat kad akses. Siapa yang tak dapat tu? Siapa lagi kalau bukan saya. Hari-hari hidup dalam ketakutan kat pakcik guard haha. 

Peraturan yang lagi menyakitkan hati ialah residents perlu ambik parcel on the spot kat pagar. Kalau kita takde kat rumah, terpaksalah mintak tolong orang lain ambikkan atau self-pick up di pejabat pos. Dengan jadual kitorang yang penuh dari 8 pagi sampai 5-6 petang, peraturan ni buat saya insaf untuk tak online shopping. 

Memandangkan ni kondominium, kawalan dia agak ketat. Orang luar tak boleh masuk sesuka hati, termasuklah abang rider Foodpanda atau GrabFood. Kita kena turun ambik kat pagar.


Drawback

Oleh sebab kitorang duduk beramai dan semua pulak sama jurusan, pergi balik semua pada waktu yang sama. Bila nak basuh baju tu jadi masalah sikit. Lagi-lagi kalau cuaca mendung atau hujan. Ampaian tak cukup untuk semua orang. Kalau dapat member yang tak recycle baju pun sakit jugaklah. Atau tak pakai hanger. Fuh saya paling pantang kalau orang sidai tak pakai hanger ni. Kalau kat asrama dulu senior saya campak baju orang yang tak pakai hanger sebab makan ruang orang lain. Orang macam ni selfish jugaklah haha.

Lagi satu, lokasi UT yang dekat dengan tempat kecemasan PPUM menyebabkan banyak ambulans yang keluar masuk. Jadi, 24/7 dengar bunyi siren ambulans. Bila balik kampung sendiri baru rasa indahnya kawasan yang senyap ni.


Accomodation

Kat tingkat 1 UT ada satu kedai runcit dan satu kedai makan indon. Mula-mula ragu-ragu nak beli kat kedai makan tu sebab banner dia ada tulisan Cina, tapi memanglah ada tulisan Cina sebab ramai penghuni Chinese, makanan tu tetap halal. Makanan yang dijual agak mahal bagi saya. Kalau kat kolej dapat Nasi Goreng Kampung RM5.00, kat UT RM6.50. Ini pun dikira makanan paling murah. Padahal rasa nasi goreng kolej dengan UT sama je.

Kalau tak nak makan kat kedai makan bawah, ada satu food truck kat kawasan parking seberang jalan. Kat situ harga murah dalam RM4.00 untuk nasi goreng. Burger Malaysia pun ada jual. Teh Ais makcik tu paling power. RM1.50 dapat satu plastik besar pulak tu. Memang berbaloi.

Kat tingkat 1 pun ada surau, tapi saya tak pernah nampak ada orang solat kat situ. Pintu pun selalu bermangga. Kalau nak solat terawih, kitorang pergi Masjid As-Syakirin, dekat dengan PPUM.

Selain tu, dobi pun ada jugak tapi dryer dia rosak. Saya tak pernah guna khidmat dobi kat situ. Saya selalu pergi Dobi Aladin dekat-dekat dengan UT. Tapi kena naik kereta ke sana, kalau nak jalan agak jauh. Kalau tak tahu macam mana nak guna dobi, jangan risau, boleh baca post saya di sini.

Sederet dengan dobi tu ada macam-macam kedai. Ada Speedmart, KK Mart, bakery (kawan saya cakap sedap tapi saya tak pernah beli sebab nak jimat duit haha) dan kedai makan

Terdapat jugak kolam renang kat tingkat 1, tapi memandangkan sekarang musim COVID-19, kolam renang tu ditutup sepenuh masa. Gym juga ditutup pada awalnya tapi bila kes dah menurun, gym dah boleh dibuka.

Ada gelanggang skuasy dan dewan serbaguna tapi tak pernah nampak ada orang gunakannya. Saya nak ambik gambar kemudahan yang disediakan tapi terlupa pulak sebab dah kelam kabut nak balik sebab pak guard dah sibuk halau keluar.


Kemudahan Pengangkutan

Kat luar pagar UT ada bus stop. Bas rapidkl ke LRT Taman Jaya dan bas hijau percuma tu ada lalu. Tapi saya tak pernah naik bas sebab khidmat bas kat Malaysia ni lagi lambat daripada kura-kura. Agaknya kalau saya main fon sambil tunggu bas, baik-baik ada 100% bateri kalau dah mati pun belum tentu bas sampai. 

Lagipun pernah sekali saya dengan kawan cuba naik bas nak pergi Mid Valley, tapi terlepas bus stop. Last-last bas tu dah nak balik pergi stesen menunggu barulah kitorang turun. Dah jauh sangat daripada UT jadi terpaksalah naik Grab. 

Kalau nak pergi Mid Valley, kena tunggu bas kat bus stop PPUM. Kat situ pun ada banyak teksi menunggu.

8 Comments

  1. Mahalnya sewa 2500. Tetapi peraturan ketatnya mengenai kad ases tu, mcm mana kalau family tu ada 5 orang anak. Oh stress stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal sebab tu yang duduk sini kaya belaka, naik porsche itu biasa 😂

      Delete
  2. Woah siap ada bathtub. Tapi harga sewanya kuss semangat juga ya. Tak hairan klu penyewa lebih dpd kapasiti pun utk jimat kos sbb kita sebagai student memang ramai yg poket sempit :')

    ReplyDelete
  3. Dulu saya bekerja kawasan berdekatan. Selalu nampak adik² student balik ptg² kepenatan. Kdg² kesian sebab kawasan ni jem dgn kenderaan sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang selalu jammed dan bising dgn bunyi ambulans dan hon kereta 😩

      Delete
  4. mahal juga ya..tp kalau sharing hope taklah terbeban :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, nasib baik dah dapat kolej untuk sem baru ni :D

      Delete