GOOGLE AKAUN KENA DELETE?!


Google Akaun Kena Delete?! | Pernah tak, satu hari nak bukak Google Photos tapi google cakap ‘this account is deleted. Please contact admin’

Baru-baru ni, saya baru tersedar selama ni gambar dari fon dah tak di-upload secara automatik ke Google Photos sebabnya, akaun yang saya pilih untuk back up tu dah kena delete. Dahlah masa dapat tahu tu saya tengah pening banyak benda nak fikir, lepas tu Google pun carik pasal. Memang rasa nak maki je.

Tapi, salah saya jugaklah kena delete. Nak dijadikan cerita, sebenarnya akaun Google tu saya beli dari Shopee untuk unlimited storage. Ingatan untuk diri sendiri, jangan beli benda haram dari Shopee lagi. 

Saya ada perasan, link Google Shopee tu dah tak valid masa saya nak share dengan kawan. Dulu pun kawan saya yang share beli Google akaun dari Shopee aje. So, saya pun share kat kawan yang lain. 


Bila tengok link tu dah tak ada, saya ingatkan seller dia ada lagi. Saya pun tak syak apa-apa. Sampailah baru-baru ni dapat tahu akaun saya dah kena buang. Bila saya masukkan email dan password, Google cakap akaun saya tak wujud dan dah kena delete

Masa tu hati memang remuk, hancur berkecai kena gilis dengan lori beratus tan pun tak boleh nak describe betapa sakitnya. Bukan aje Google Photos, tapi semua buku rujukan dan lecture notes saya simpan dalam akaun tu sebab unlimited pun hilang.

Lecture notes boleh mintak kawan lagi, tapi gambar-gambar saya hilang kat mana nak cari? Gambar saya pergi Comic Fiesta 2019 semua hilang 😭 Gambar dengan crush pun sama 😭😭 Saya ada post story Instagram gambar-gambar tu, tapi IG saya pun tak boleh bukak sebab password salah 😭 Nasib baiklah gambar saya jumpa Midnight Fusic ada back up kat akaun Google peribadi.


Bila dah hilang tu, tak boleh nak contact seller sebab dia pun dah menghilang. Bila saya Google kenapa boleh jadi macam tu, saya syak akaun saya yang kena delete tu sebenarnya Google Workspace. Sebenarnya kena bayar setiap bulan untuk gunakan khidmat Workspace tu, tapi disebabkan beli kat Shopee, jadi bayar sekali aje. 

Domain akaun saya pun bukannya @gmail.com tapi @gdrve.com. Saya terbaca, Workspace ni benarkan kita gunakan untuk dalam sesebuah syarikat atau institusi macam tula. Kiranya boleh guna ramai-ramai dengan domain yang sama dan akan ada seorang admin yang control senarai akaun.

Saya syak, domain saya kena delete. Maksudnya, semua orang yang guna domain tu pun hilang akaun. Rasanya jela *nak sedapkan hati tak nak akaun saya kena delete sorang-sorang*

Sepatutnya kalau dah kena delete, kita boleh contact admin untuk tanya kenapa. Tapi sebab seller pun dah MIA, maka saya pun redha jela mampu. Balasan la siapa suruh buat benda jahat kan. 

Saya pun satu, patutnya dah boleh bau something wrong kat seller bila dia chat guna ayat budak rempit macam tu. Seronok lah dia hidup menipu orang, dah dapat duit terus lari. 


Konklusinya, kalau nak selamat, belilah Hard Disk yang ada banyak storage untuk simpan banyak dokumen dan gambar. Jangan beli pelan di Shopee. Selain daripada kedai yang saya beli, ada berlambak lagi kedai lain yang masih menjalankan benda yang sama. Kalau Shopee dah syak dan kena tutup akaun kedai, pembeli ni yang mati kutu. 

7 Comments

  1. kenapa tak guna akaun google gmail, saya simpan semua photo dan backup dalam google photo dan drive dan setakat ni memang tak ada masalah. tapi itulah kalau nak lebih selamat baik guna hardisk..

    ReplyDelete
  2. paling takut benda penting semua hilang đŸ˜„đŸ˜­

    ReplyDelete
  3. Setuju, better beli hard disk untuk simpan semua benda. Saya jarang backup photo guna google photo ke icloud ke sebab takutlah, tiba tiba ada godam ke apa ke. Better simpan dalam hard disk je. Mahal la sikit harganya, tapi tahan lama kalau guna dengan cermat. Alamakkkkk terasa la pulakk part jangan beli benda haram tu sebab selalu buat jugak >.<

    ReplyDelete
  4. Baik ada pula beli akan google daripada Shopee.
    Hehe memang perkataan 'recieved' salah eja.

    ReplyDelete
  5. ya Allah sayangnya banyak benda dah hilang. Gambar kot mesti sayang gila. :( Okay lesson to me too takkan beli benda benda ni di shoppee dah

    ReplyDelete
  6. susah ooo google akaun kena delete..huhu bertabah lah kai!

    ReplyDelete
  7. Bahayanyaaa... Allah ... risau dengar.. apa cer gambar semua tu? Huwaaa sedihnyaa.. *HUG*

    ReplyDelete