FOOD REVIEW | MCDONALD ROCKIN BBQ BURGER NI ROCK SANGAT KE?

 

McDonald Rockin BBQ Burger rock sangat ke? Pada bulan August, McDonald telah keluarkan burger terbaru mereka iaitu Rockin Burger ayam dan daging. 


Kebetulan pula saya baru mencecah 100 followers, jadi saya belilah satu set ayam. Adik saya tumpang beli Cookies and Cream Pie. Kalau bila sama-sama dapatlah jimat caj penghantaran dari Grab Food. Dalam zaman ni, kita kenalah sentiasa berjimat, betul tak? 


Saya tengok review Syedot ASMR kata bun burger ni tebal, tak hidup segan dan mati tak mahu macam selalu. Tu yang buat saya tertarik nak cuba burger ni. Pulak tu dengan nama Rockin, buat saya terfikir kalau kita makan burger ni boleh buat saya transform kepada rambut panjang dan seluar kembang macam Queens ke? 



Bila buka bungkusan burger, wah nampak lah improvement berbanding barisan burger yang lebih murah harganya. 



Bun lembut macam roti Subway. Patty pun sedap, macam makan nugget ayam tapi versi besar. Patty ayam tebal dan ada rasa pedas2 sikit, ditambah pulak dengan sos BBQ buatkan pengalaman makan tu hmph. Tak dinafikan dapat makan tu salah satu nikmat Allah beri, tapi bila makan burger Rockin BBQ ni nikmat dia naik beberapa level. 


Saya sangat syorkan anda untuk cuba burger Rockin BBQ. Sangat berbaloi dan pasti tak menyesal. 



Untuk Cookies and Cream pie, rasa cookies and cream dia tak jumpa pulak. Sebab rasa tepung je. Mungkin sebab inti dia tak banyak. Memang saya takkan beli untuk kali kedua. 


Alang-alang semalam payday, bolehlah beli Rockin BBQ Burger sebagai self-reward 😃


6 Comments

  1. haritu pegi mcd nak beli ni, pastu habiss. taktaula maybe sebab saya pegi malam.
    thanks recommended! menguatkan lagi rasa utk beli jugak burger ni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe burger tu mmg sedap!! Bagi sayalah >.< kalau beli yg daging punya boleh share review dgn saya xD

      Delete
  2. Tak pernah try lagi but after read your update ni terus jadi nak beli.. gotta buy it now HAHAHA.. thank u for this review!! :3

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah..alhamdulillah jumpa blog aktif..so i follow ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungan dan follow. Saya cuba follow balik dan blogger kata saya dah lama follow dulu2 :)

      Delete