Karya Anjell kedua yang saya baca. Sebelum ni saya baca Dheo’s dan kurang gemar dengan pembacaan, tapi Dia Tetap Sempurna buat saya sengih sorang-sorang.
Buku ini berkisarkan Dara Nailufar, seorang pelajar Master di sebuah institusi swasta yang diundang ke Majlis Reunion sekolah menengah di atas kapal. Demi membalas dendam kepada pembuli di sekolah dulu, Dara telah melaksanakan kerja gila. Dia ‘menyewa’ teman lelaki selama tiga hari sepanjang di atas kapal. Siapa lagi yang muncul sebagai teman lelaki palsu kalau bukan Eskandar Arasyah, seorang pereka perabot yang datang dari keturunan bukan sembarangan. Lama-kelamaan, perasaan Dara terhadap Eskandar mula berputik dan lebih bercambah apabila perasaannya terbalas. Namun, Eskandar punya masa silam yang hitam, masa silam yang tak dikongsi bersama Dara, masa silam yang mencacatkan kesempurnaan lelaki bernama Eskandar yang serba lengkap. Apakah masa silam yang menghantui Eskandar sehingga dia mengunci mulut dengan kemas? Mampukah Dara menerima masa silam Eskandar dengan hati terbuka?
Tak dinafikan, gaya penulisan Anjell masih sempoi dan kebudak-budakan. Tapi saya suka cara beliau masukkan terma saintifik ke dalam penceritaan. Sambil menyelam, minum air buat para pembaca.
The best revenge is to make yourself better.
Perwatakan Dara menarik dan kelakar. Kurang sedikit lawak hambar yang dibuat, jadi tak terasa try hard. Saya suka Dara sebab dia seorang yang happy go lucky, tahu harga diri dan tak buat keputusan bodoh. Cuma pada masa lalunya, Dara ada melarikan diri daripada teman lelakinya sebab tak sengaja tangkap dia curang. Disebabkan Dara yang lari tu, masalah timbul balik setelah setahun berjaya meloloskan diri. Tapi dalam novel ni Dara dah selesaikan masalah tu dengan baik dan dia pun dah sedar akan kesilapannya yang tak berani nak berdepan dengan masalah. Saya suka character development Dara dan cara masalah tu diselesaikan. Boleh dijadikan pengajaran untuk pembaca.
Eskandar Arasyah ialah seseorang yang nampak garang dan berhati batu tapi sebenarnya dalam hati ada taman. Walaupun dia ditulis seperti hot and cold guy macam Dheo, saya rasakan Eskandar lagi real. Perwatakan garang dia tu takdelah selalu. Dan dia pun banyak bergurau kasar dengan Dara buatkan saya rasa dia comel. Walaupun ‘masa silam’ Es tu dikatakan buat Es tak sempurna, tapi bagi saya tak mencacatkan pun. Kalau anda dah baca, faham-fahamlah. Kalau belum, sila beli buku ni sekarang di Shopee karyaseni kahkah.
We all have poems inside of us that paper cannot handle.
Hubungan antara Dara dan Eskandar SANGAT-SANGAT COMEL. Saya dapat rasakan perasaan sayang dorang terhadap satu sama lain. Dari sebelum berkahwin lagi, Dara dan Es selalu bertekak. Saya tak suka enemies to lovers, tapi dalam buku ni saya rasa hubungan dorang natural. Dorang takdelah benci gila-gila pun, cuma disebabkan pertemuan pertama yang memalukan, Es selalu usik Dara. Usikan dia pun takdelah menyakitkan hati sampai rasa nak tumbuk tu. Ala usik-usik manja macam nak main tarik tali.
Romantik scene dalam buku ni memang romantik betul. Bukan cringey, tapi sangat kreatif. Saya pulak rasa nak menangis kalau jadi Dara. Buatkan saya rasa nak tengok cerita romance sebab seronok.
Cuma lepas Dara dan Es berkahwin, saya rasa dorang banyak sangat gaduh. Kejap berbaik, kejap bergaduh. Macam toxic. Tapi sekurang-kurangnya saya bangga dengan Dara sebab dia dah berani berdepan dengan Es untuk berbincang masalah rumah tangga. Dan Dara selalu bagi masa dan peluang pada Es untuk bercerita tentang masa silamnya. Dara bukan jenis yang memaksa. Ada orang komen kat Goodreads, dia kata Dara makin manja lepas kahwin sampai mengada. Betul jugak tu, tapi saya okey je dengan perangai Dara tu.
When you fell, sunlight was facing you. I felt like looking at a fallen angel.
Jalan penceritaan pun menarik. Kurang unsur saspens daripada Dheo’s tapi lebih kemas dan logik. Kalau buku ni ada warna, bila baca tu saya rasa macam mandi pelangi, berwarna-warni. Sebab tone buku ni yang ceria dan ada juga diselitkan sedih. Cumanya, pada awal penceritaan, untuk memulakan cerita bagi saya agak kebudak-budakan keputusan yang dibuat oleh Dara. Dan musuh dia pada sekolah menengah yang diperkenalkan semata-mata untuk memulakan cerita buat saya rasa watak-watak tu hanya satu dimensi.
Saya kurang baca buku Melayu jadi saya tak tahu ada buku yang lagi menarik atau tak, tapi bagi saya Dia Tetap Sempurna ni keseronokan dia macam baca novel romance inggeris. Memang best!
Rate: ⭐️⭐️⭐️⭐️
4 Comments
Popular buku ni, ramai yang baca dan review. Moga bulu tulisan saya pun dapat review banyak begini juga suatu hari nanti :) kalau Kai sudi review buku saya, roger ye :)
ReplyDeleteInshaAllah satu hari nanti :D kalau nak review, saya perlu beli satu copy atau macam mana ya?
Deletesama la kurang baca buku melayu tapi klo kai cakap gaya penulisan mcm budak budak, cam best je ni
ReplyDeleteHahaha anjell punya gaya penulisan sempoi je xD
Delete