Sunday, February 28, 2021

FOOD REVIEW | SAMBAL KENTANG VIRAL BY KAK ASIAH

Siapa kat sini suka makan pedas? Kai suka makan pedas, tapi lepastu mesti toilet memanggil 😂 Kalau makan nasi dengan lauk tak pedas and tak ada sambal belacan, memang terasa kosong. Makan pun jadi tak kenyang, nafsu pun tak puas.

Baru-baru ni Kai ada beli sambal kentang viral by Kak Asiah ni daripada Nadia Jamhari, and rasa dia memang sedap giler! Kai paling suka sebab sambal tu crunchy. Kai memang suka makan benda rangup, kalau goreng ayam pun sampai rentung sebab nak rangup heheh. 


INGREDIENTS


Kalau korang tengah diet, korang boleh check dulu kalori intake. And korang tak perlu risau, sambal ni ada logo halal! 

Harga: RM17.00

Cuba korang tengok isi dalam balang tu? Penuh kan? Sebab tu pembelian sambal ni sangat berbaloi! Walaupun penuh satu balang macam tu, Kai habiskan dalam masa seminggu je sebab sedap gila hahaha. 

Yang bestnya, sambal kentang ni bukan je boleh dimakan dengan nasi as a side dish, tapi kalau nak makan macam tu as a snack lagi sedap! Honestly, Kai prefer makan macam tu je. Ambik sudu then makan direct daripada balang 😋 

Kalau makan dengan nasi, rasa sambal tu macam tak cukup hmph. Kalau makan macam tu je agak pedas, tapi pedas la sedap hehe. Selain daripada tu, nak makan dengan roti jadi sandwich pun nice. Nampak tak betapa bestnya sambal kentang ni?


PERISA & HARGA

Disebabkan Kai suka ikan bilis, Kai rasa ikan bilis dalam sambal ni agak sikit. Tapi yelah sebab ni kan sambal kentang 😆 Kalau korang tak makan kentang, sambal by Kak Asiah ni ada jual perisa lain jugak dengan harga yang berbeza tau. 


OVERALL

Kalau korang suka makan pedas, memang rugi kalau tak cuba sambal ni! Makan banyak kali pun tak muak. Kai tulis review ni pun terliur, lepastu sebab tak tahan sangat Kai pun pergi dapur bawak sambal tu masuk bilik, sambil type review sambil mengunyah. Menyelam sambil minum air gitu. 


CONTACT

Kita dah sampai penghujung review ni mesti korang tertanya-tanya macam mana nak beli sambal ni kan? Senang je nak beli sebab ada ramai agent. 

Untuk area Selangor/KL, korang boleh contact:

IG: sambalkakasiah.bynadiajamhari

(Disclaimer: Thank you Nadia Jamhari for providing one free product for a review)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts