APA ITU KARANG GIGI?

Untuk tajuk hari ni, korang tahu tak apa tu karang gigi? Cuba korang tengok dalam mulut, nampak tak ada lapisan putih yang keras kat kawasan antara gigi dan gusi?

Sebenarnya karang gigi ni mudah dijumpai kat gusi gigi depan bahagian bawah lidah. Nak tahu tak sebab apa? Kalau nak, kena baca post ni sampai hujung!

MAKSUD & SEBAB


Asalnya, karang gigi ni cuma satu lapisan pada gigi di mana bakteria dalam mulut hidup atau dipanggil juga plak. Untuk jaga kesihatan gigi dan mulut, plak kena selalu dibersihkan dengan cara gosok gigi dan flossing. 

Ingat tak Kai ada cakap karang gigi ni selalu ada kat bahagian gigi bawah lidah? Sebabnya, kat bawah lidah kita ada salur air liur. Dalam air liur kita mengandungi ion kalsium. Ion kalsium akan mengeraskan plak yang ada pada gigi tadi. Macam jugak kita minum susu untuk menguatkan tulang, macam tulah plak dalam mulut mengeras.

Bila plak dah mengeras, maka terbentuklah karang gigi. Atau dalam bahasa sainsnya, kalkulus. Bukan kalkulus yang kira-kira tu ya. 

Kalkulus ni tak boleh dibersihkan dengan sekadar gosok gigi atau flossing saja. Kiranya, bila plak dah jadi kalkulus, dah terlambat untuk dibersihkan. 

Habis tu, kalkulus ni kekal sampai bila-bila ke? Jawapannya tidak. Cara untuk bersihkan kalkulus hanyalah dengan mencuci gigi di klinik kerajaan atau swasta. Proses mencuci gigi ni dalam bahasa inggerisnya dipanggil scaling and polishing. Kalau ada sesiapa yang nak cuci gigi dengan Kai kat klinik fakulti pergigian UM, boleh contact Kai kat sini. Kai tengah desperate nak cari patient untuk check gigi ni 😅 


KEBURUKAN

Korang mesti tertanya-tanya, bahaya ke karang gigi ni? Semua orang ada karang gigi tapi nampak sihat je? Sebenarnya, karang gigi ni boleh buatkan gusi kita bengkak dan mudah berdarah atau dalam bahasa inggerisnya ialah gingivitis. 


Bila gusi dah bengkak dan berdarah secara spontan, kita pun jadi tak selesa. Senyuman pun dah kurang menawan. Tapi jangan risau, gingivitis ni boleh diundur. Kalau korang bersihkan karang gigi tu, bengkak pada gusi akan berkurang. 

Yang bahayanya bila kita biarkan karang gigi tu sampai gusi makin teruk. Kadang-kadang gigi pun boleh goyang sebab gusi dah tak boleh nak pegang gigi tu. Keadaan ni dipanggil periodontitis. Periodontitis ni commonly ada dalam perokok sebab merokok boleh lemahkan immune system kita. Periodontitis ni perlu dirawat di klinik. Kalau dengan penjagaan gigi semata sahaja tak cukup. 


Tambahan pula, nampak tak cantik kan kalau kita senyum ada karang gigi? Bila tak cantik, kita pun kurang keyakinan. Jadi, apa tunggu lagi, jom cuci gigi dengan Kai kat sini


HUBUNGI SEGERA ❗❗

Whatsapp: 019-5380948 (Kai)

Imbas kod QR 


4 Comments