Culture Shock di Universiti

Source: Google


Culture Shock di Universiti | Kepada adik-adik yang baru daftar minggu ni atau minggu lepas, apa khabar? Alhamdulillah saya dapat sambung ke tahun keempat. Walaupun dah senior, semalam masa daftar, ada freshies tanya saya, saya ni freshies jugak ke? Sebab dia kata saya nampak muda 😂 bila saya cakap dah tahun keempat, dia terkejut bukan main haha. 

Tak tahulah nak tersinggung ke nak kembang sebab dikata nampak muda atau sebenarnya saya nampak macam budak mentah? Haih entah bilalah saya nak hit puberty ni.

Oleh sebab kampus pun dah bukak, hari ni saya nak cerita tentang pengalaman saya dengan istilah ‘culture shock’ di universiti tengah-tengah bandar.

Sebelum saya masuk asasi dulu, ramai jugak kawan cakap tentang culture shock. Lagi-lagi saya ni anak orang biasa je dan memang tak suka keluar rumah. Saya risaulah kalau saya terjebak dengan entah apa-apa kat universiti.

Pulak tu saya dulu sekolah kat SM Sains Muar. Kepada sesiapa yang tak tahu, walaupun sekolah tu bukan SBPI tapi ramai yang tanya saya, tu SBPI ke? Sebab unsur islamik memang sangat ditekankan kat SAMURA. Jarak 3 hasta kalau nak bercakap dengan kaum berlainan jantina tu perkara biasa. Kalau nak tahu 3 hasta tu jauh mana, sorang berdiri kat pintu depan, sorang lagi kat pintu belakang. 

Bila dah terbiasa terlindung daripada kaum lelaki, tiba-tiba masuk PASUM blok perempuan sebelah blok lelaki. Padahal boleh je buat blok perempuan sebelah menyebelah. Masa tu dah terkejut tapi saya diam jelah. Lagipun bilik yang saya dapat, jauh daripada blok lelaki tu.

Mungkin ada sesetengah yang culture shock bila masuk universiti sebab ada kebebasan 24/7 dan jauh daripada keluarga. Tambah pulak dengan shopping mall yang macam cendawan tumbuh lepas hujan, kita pun hanyut. Nak lepak dengan kawan lelaki pun senang, turun je kafe boleh jumpa. Takde siapa akan judge macam kat sekolah dulu sebab semua orang sama macam tu.

Lagipun banyak kerja kumpulan yang kena buat, makin selalulah luang masa dengan kawan lain jantina. Untuk orang yang sekolah all girls mungkin lagi senang culture shock.

Saya mengaku, saya sendiri antara orang yang lepak dengan kawan lelaki tu. Lama-lama rasa selesa duduk semeja. Kalau nak dibandingkan diri saya yang dulu dengan yang sekarang memang jauh beza. Kadang-kadang rasa sedih jugak bila dah mula normalize benda yang tak betul. 

Tapi saya bukanlah sentuh-sentuh lelaki tu, cuma bilik saya sekarang betul-betul menghadap tingkap bilik budak lelaki, tangga pun kongsi tapi saya takdelah terkejut sangat. 

Kepada adik-adik yang nak sambung belajar, kena bersedialah. Boleh nak berkawan, yang penting jaga batas. Dan jangan lalai sangat dengan keluar setiap hari sebab ikut kawan. Orang kaya takpelah ada duit, kita yang biasa ni ukur baju di badan sendiri je. Nasib baik saya tak ramai kawan haha. Itupun saya rasa saya dah berhabis banyak duit.

Kalau ada kawan ajak, jangan takut untuk cakap ‘tak nak’. Walaupun saya sendiri susah nak tolak sebab rasa terharu bila ada orang ajak, bukan selalu hahaha.

Kesimpulannya, culture shock ni boleh berlaku kat mana-mana. Yang penting kita jaga diri. Biasalah kalau kita berubah sikit, semua orang membesar. Mungkin ada jugak kawan sekolah yang akan terkejut dengan kita yang sekarang. Tapi bagi saya, bila dah habis sekolah ni barulah kita jadi diri yang sebenar.

Saya pun tak tahulah tujuan post ni untuk nasihat atau galakkan korang culture shock haha.

Okay tu je nak bebel, tahniah untuk freshies yang dapat UM!

(PS: Saya dah lama tak baca komen sebab ambik masa yang agak lama, sekarang tengah busy sikit huhu)

1 Comments

  1. jaga lah diri bebaik..jangan mudah terpengaruh..risau dengan gelaja culture shock ni

    ReplyDelete