Sunday, March 28, 2021

FOOD REVIEW | SEDAP SANGAT KE ABSOLUTE THAI?


Sempena 13 Syaaban semalam, Kai decide untuk puasa sebab malas nak fikir nak makan apa hahaha. So, Kai dengan kawan pun keluar la petang tu untuk cari makan buka puasa. Since kitorang berdua tak pernah makan kat absolute thai sebelum ni, so kitorang pun saje nak cuba hehe. Dengar cerita sedap sangat absolute thai ni, tapi betul ke? Haa, kalau nak tahu kenalah baca review ni sampai habis ya ;)

MENU



Mula-mula tengok RM15.90 je rasa macam murah, tapi bila nak bayar tu terkejot sebab tiga orang makan je kena charge RM72.45 😂 Sampai orang kerja kat situ pun suruh check list makanan dalam resit tu betul ke tak. 

Suki Noodle with Seafood, RM15.90

Suki Noodle ni mula-mula hirup rasa sedap lah jugak, tapi lama-lama pening kepala Kai. Mee dia macam suun tu, transparent. Pastu seafood dia macam hidup segan mati tak mahu je. Ada lah dua ekor udang dengan sotong. Tu pun kalau pejam mata pastu gigit memang takleh beza gigit tepung ke udang lol. 

Nasib baik la Kai share je Suki Noodle ni dengan kawan, so takdelah muak sangat. Rasa dia familiar, macam salah satu menu kat Boat Noodle (ni apa kawan Kai cakap). Kuah dia rasa manis campur masin and masam sikit. 

Tom Yam Fried Rice with Chicken, RM15.90

Nasi goreng ni boleh pilih sama ada nak pedas gila atau biasa. So, Kai pilihlah yang pedas gila. Masa nak order tu dahlah awkward sebab waiter tu gelak sendiri bila sebut pedas gila. Anyway, ingatkan nasi tu yang pedas. Rupanya dia cuma tambah cili padi je. Tapi bila makan dengan cili padi tu memang pedas gila la. Kalau tak, nasi tu rasa biasa je. Agak tawar pun ada. Yang penting rasa nasi goreng kat absolute thai ni rasa tak ori. Takde rasa kuali macam makan kat kedai luar. Tak tahu la maybe sebab aircond kot.

Tom Yam Chicken Popcorn, RM5.90

Bila popcorn chicken ni sampai, kitorang ingatkan salah order sebab rupa dia lain betul daripada dalam gambar kat menu. Ingatkan lah ayam tu yang berperisa tomyam macam kat Domino's tu, tapi dia cuma tabur je serbuk tomyam kat atas ayam tu. Rasa nak gelak pun ada sebab effort Kai nak hidup pun lagi tinggi daripada effort dia masak ayam tu. 

Tapi ayam tu sedaplah sebab ayam memang sedap. Ayam dia lembut je. Kalau cicah dengan sambal yang dihidang dengan Suki Noodle tu memang bertambah sedap popcorn chicken ni. Cuma rasa tomyam tu samar-samar je. Kena cari kat celah-celah sikit.

Thai Iced Tea, RM6.90

Sebenarnya Kai nak order Iced Lod Chong sebab kawan Kai cakap air tu manis. Air tu pun nampak cantik sebab colourful. Tapi sedih, semalam air tu takde. So, Kai pun orderlah thai iced tea campur cincau. Dahlah semalam puasa, rasa macam bulan Ramadhan pulak sebab minum cincau. Selalunya Kai minum cincau time puasa je, time hari biasa tak pernah. 

Dalam banyak-banyak yang Kai order (takdelah banyak mana), Kai rasa air ni lah paling sedap. Air dia manis kena dengan tekak Kai. Basically, rasa dia sama je macam teh ais tapi tambah cincau. Ha gitu. Sedaplah bila basahkan tekak lepas puasa satu hari.


Overall, Kai tak rasa macam nak makan kat absolute thai lagi lepas ni 😅 Makan kat kedai tomyam tepi jalan jauh lagi sedap. Kat sini mahal je lebih. Husnudzon, maybe sebab kena bayar duit elektrik lampu-lampu dengan aircond kot. Dahlah tax campur service charge je nak dekat RM10.00. Memang taubat nasuha lah lepas ni tak nampak Kai makan kat sini lagi. 

4 comments:

  1. tapi kalau mahai, but makanan dia and servis dia bgos ... so its okay !

    ReplyDelete
  2. kite tak berapa suka absolute thai ni... tapi sekali sekala ok je :)

    ReplyDelete
  3. Wau.. saya pun tak pernah makan dekat Absolute Thai ni. Ada kawan pernah cakap makan sedap kat situ tapi pricey. So kalau begini reviewnya baiklah saya lupakan hasrat utk makan kat situ XP

    ReplyDelete
  4. dah la tak sedap pastu mahal..memang tak jejak da la hehe

    ReplyDelete

Popular Posts