Saturday, November 7, 2020

FOOD REVIEW | MCDONALD'S SEASALT MCFLURRY, DOUBLE CHOCOLATE OREO MCFLURRY & BLUEBERRY CREAM CHEESE PIE

Welcome to another food review! Hari ni Kai nak review desserts McDonald's yang paling latest. Korang dah pernah try tak? Kalau dah, share lah review korang kat dalam ruang komen! :D 

Seasalt McFlurry (RM7.50)


First time dengar ais krim masin, Kai rasa ragu-ragu nak try. Tapi sebab tengok review Syedot kat YouTube, Kai rasa tertarik. So, Kai pun beli sebab color biru cair tu pun nampak aesthetic xD 

Rasa ais krim tu sedap! First suap je rasa masin tu just nice. Mostly rasa manis. Ada crunchy-crunchy tu yang buat ais krim ni makin sedap. Bila tulis review ni air liur pun meleleh... rasa macam nak beli lagi tapi mahal uhuk. 

Overall, rasa dia tak pelik pun. Serious sedap. Rasa masin seasalt tu blend dengan vanilla ais krim memang kena gila. Compatible ah bak kata omputih. 

Double Chocolate Oreo McFlurry (RM7.50)


Yang ni manis tapi rasa pahit chocolate tu lagi dominant. Honestly, Kai tak suka sangat pun ais krim chocolate tapi sebab ada reviewer cakap ais krim ni rasa Hershey's buat Kai tertarik untuk cuba. 

Rasa dia okay la. Kai takdelah suka sangat sebab memang kurang gemar chocolate, tapi untuk penggemar chocolate, ais krim ni sangat sesuai untuk makan sambil duduk depan TV goyang kaki. 

Blueberry Cream Cheese Pie (RM4.51)


Pie ni sedap gila! Kai suka rasa masam blueberry tu, then cream cheese counteract rasa masam dengan rasa berlemak. Bila makan ni, rasa kejap je dah habis sebab sedap sangat. Tapi kalau korang tak suka masam, maybe pie ni tak berapa sesuai untuk korang cuba. 


(Disclaimer: The price stated is the price in GrabFood)

14 comments:

  1. oreo tu dah manis, then tambah chocolate plak, tak muak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau makan sorang muak jugak sebenarnya, tapi Kai share dengan adik xD

      Delete
  2. Ikut tekak ada suka sea salt ada tidak. Ada suka rasa masam terlampau ada tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu! rambut sama hitam, hati lain-lain gitu

      Delete
  3. tengah trend kan seasalt flavour . Nampak pun mmmg dah aesthetic hehe . Yang chovholate tu yummy dahlah dark hershey tapi klau sophea pun rasa mahal kalau dah cecah RM 7 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, try seasalt ni pun sebab trending hahaha. kan! even yang tak suka aiskrim coklat pun suka hehe

      Delete
  4. tak try lagi mcflurry ni. aaaa rasa nak pergi beli sekarang hahaa

    erin | littlesipsoftea.com

    ReplyDelete
  5. Saya pun pikir mula2 tu aiskrim seasalt masin then tak sedap . Buat actually sedap ja aiskrim tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? tak sangka aiskrim masin ni sedap rupanya :D

      Delete
  6. aduh silap besar baca blog ni waktu satu pagi xD tapi kan, manis dengan masin memang sedap... dulu pernah jugak rasa chocolate cookie dgn salt flakes...sedaaaappp!!! heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha alamak sorry terbuat you terliur xD

      Delete

Popular Posts