Setelah mencuba karya penulisan Anjell, saya tertarik untuk mencuba karya Anna Lee pula. Untuk pembaca novel Bahasa Melayu, nama Anna Lee tidak asing lagi di bibir mereka. Saya tertarik untuk membaca Jika Aku setelah baca sinopsisnya. Sebuah cerita tentang seorang gadis yang boleh membaca fikiran manusia, Teja telah jatuh hati pada seorang penumpang tren yang mereka naiki bersama setiap pagi. Sebagai seorang yang kerap naik LRT (dan kerap juga jatuh hati pada orang di dalam LRT), tanpa fikir panjang saya capai buku Jika Aku dan terus bayar di kaunter.
Tapi, Jika Aku bukan sahaja cerita cinta biasa. Perasaan Teja tidak habis di dalam tren saja, tapi berterusan sehingga ke KL Sentral bila Teja terdengar fikiran lelaki misteri itu yang berniat untuk melakukan jenayah. Kalau nak tahu jenayah apa tu, kenalah baca buku Kak Anna Lee ni ya. Sebab ni review spoiler free hehe.
Ulasan
Bagi saya, jalan cerita secara menyeluruh agak mengecewakan sebab idea dah gempak, tapi cara pelaksanaan hambar. Terlalu banyak plot holes yang saya rasa buat jalan cerita ni sukar untuk dipercayai walaupun saya tahu buku ini hanya fiksyen dan rekaan semata-mata, tapi saya tak boleh terima.
Tentang kuasa yang dimiliki Teja yang boleh membaca fikiran, saya rasa macam boleh elaborate lagi. Misalnya, kenapa Teja boleh membaca fikiran? Adakah itu suatu variant semula jadi atau disebabkan gene mutation seperti albinism? Sejauh manakah radius orang yang berdekatan Teja yang boleh fikirannya dibaca?
Nak cuba selamatkan buku ni daripada plot yang menghampakan, tapi barisan karakternya pun tak berjaya memikat hati saya. Teja dilihat seperti perempuan yang terlalu naif. Dalam satu scene pada awal-awal penceritaan, Teja melepas geram pada pakcik pengawal yang jawab soalan Teja dengan baik, semuanya sebab pakcik tu mengutuk Teja dalam hati. Saya rasa pelik dengan Teja sebab setahu saya dia sudah bertahun boleh baca fikiran orang, jadi bagi saya sepatutnya dia sudah lali dengan kepura-puraan manusia. Bagi saya semua tu lumrah kehidupan.
Banyak kali jugaklah Teja buat saya rasa nak campak buku ni ke dinding disebabkan fikiran dia yang dangkal tu. Lagi-lagi sebagai penggemar cerita thriller, ada satu kali ni Teja bercakap tentang dia tak suka ada adegan karakter terbunuh (saya terlupa kenapa dia tak suka). Walaupun statement dia tu tak provokatif mana pun, tapi saya terpaksa gulingkan biji mata.
Selain Teja, watak yang lain pun macam 2 dimensi. Perbualan antara watak sangat kekok, saya kurang minat. Pergaduhan ala-ala comel antara Teja dan Malik buat saya rasa nak give up baca buku ni. Antara contoh benda cringe yang ada dalam fikiran Teja, dia percaya Malik tu ialah jodohnya sebab Teja tak boleh baca fikiran Malik. Kenapa Teja ada kepercayaan macam tu? Sebab dulu-dulu mak dia pernah cakap macam tu.
Saya rasa macam... WHAT? Apa bingai sangat si minah Teja ni? Mak kau cakap macam tu sebab nak pujuk kau je, tak payahlah take it literally lol. Yang tak boleh blah, Teja percaya sangat dengan kata-kata mak dia tu (dah macam prophecy pulak) sampaikan dia cakap kat orang. Aduhai minah ni. Saya tak boleh terima perangai dia sebab saya dengan Teja sebaya, tapi perangai Teja ni macam budak sekolah rendah. Pergi main cop tiang jela sana.
Ending Jika Aku pun agak terburu-buru. Terlampau banyak info yang terkelepuk dalam satu masa. Banyak sangat benda sampai saya rasa 'eh, macam tak logik je ni. Tadi kata lain, ni lain pulak' gitu. Saya jadi keliru.
Tapi itulah, ini hanya ulasan jujur saya saja. Lain orang lain taste dia. Ramai yang suka dengan buku ni, tapi saya rasa sebaliknya. Kebanyakan peminat Anna Lee yang baca buku ni kata buku beliau bertajuk Mesej lebih menarik. Jadi, kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia penulisan Anna Lee macam saya, bolehlah cuba baca Mesej dulu. Untuk saya, saya tak pasti sama ada nak teruskan baca karya beliau yang lain atau pun tidak.
2 Comments
ala.. baca aje dah kuciwa.. huhu sebab tu mama selalu beli novel yg betul2 mama suka aje
ReplyDeletetapi ramai je suka baca buku ni, cuma saya je yang mengada-ngada >.< okay je buku ni, saya kurang gemar mungkin sebab saya tak biasa lagi dengan gaya penulisan penulis :)
Delete