Pada bulan Julai yang lepas, saya terpengaruh dengan pakej beli 3 = RM50 yang ditawarkan oleh booth FIXI di PBAKL yang berlangsung di PWTC. Setelah 3 tahun tak pergi ke PBAKL, maka saya pun lepas gian belanja lebih RM100 ke atas buku.
Antara dua buah buku yang saya beli, semestinya Kelabu dan Kelabu 2. Walaupun Kelabu dah dikeluarkan lebih sedekad yang lalu, tapi ia memang antara buku FIXI yang laku keras. Tak kalah jugak dengan sekuelnya.
Book review: Kelabu
Saya antara orang yang lambat join bandwagon pembaca Kelabu, tapi akhirnya saya join jugak. Dan nampaknya saya agak... kecewa. Bukanlah sebab saya bandingkan cerita Kelabu dengan Gantung (antara top 5 FIXI kegemaran saya), tapi sebab saya rasa cerita Kelabu banyak sangat drama yang saya tak kisah untuk ambil tahu. Tambahan pulak saya dah tahu plot twist yang dikatakan gempak tu sebelum baca, jadi kurang sikit enjoyment di situ.
Ceritanya macam ni, Kelabu berkisarkan tentang Amir dan drama hidupnya. Dia diupah untuk menjadi teman lelaki palsu bagi Jun, tapi macam biasalah dalam fake dating trope, lama-lama mesti tangkap cintan betul-betul. Dan dari pura-pura jadi teman lelaki, banyak masalah mengejar Amir. Bekas kekasih datang baliklah, ibu Amir tiba-tiba muncullah, ayah Amir jatuh sakitlah. Dalam keserabutan ni, Amir makin keliru dengan diri sendiri. Berbagai konflik dalam kepala dia yang sebenarnya simple, tapi complicated untuk Amir. Basically buku ni macam takdelah struktur plot yang konkrit, dia lebih kepada go with the flow dengan jalan hidup Amir. It's a very heavy character-driven book. Jadi, kalau pembaca yang nakkan jalan cerita penuh aksi, buku ni bukan pilihan yang terbaik.
Tapi walaupun cerita dia macam tak ada apa yang berlaku, pembacaan sangat laju. Tak rasa pun 400 helai tu sebagai satu beban. Tahu-tahu je dah habis separuh. Cumanya, disebabkan saya bukan jenis yang suka drama, saya rasa 400 helai tu boleh disunting lagi dan dipendekkan. Ada sesetengah topik perbualan kosong dan lawak yang saya malas nak baca.
Walaupun saya kurang berminat dengan gaya penulisan Nadia Khan yang terlalu santai, tak dinafikan beliau memang mahir dalam menulis karakter. Semua karakter rasa macam real. Macam dorang betul-betul hidup somewhere kat KL tu. Friendship dan family relationship antara karakter pun sangat natural. Perbualan antara karakter tak janggal. Ada sesetengah buku yang saya baca, karakter tu dah berumur 20-an tapi perbualan mereka kedengaran macam budak-budak, tak matang langsung. Tapi dalam buku Nadia Khan, percayalah karakter semua sangat believable.
Book Review: Kelabu 2 (TW: self-harm, abuse)
Dari segi gaya penulisan dan karakter, tak banyak beza antara Kelabu dan Kelabu 2 walaupun sekuel ni diterbitkan 10 tahun kemudian. Saya ingatkan ada perubahan sikit dari gaya penulisan, tapi bagi saya lebih kurang je. Masih kekal dengan gaya sempoi dan santai.
Cumanya, Kelabu 2 ditulis dari POV Shah, kawan rapat kepada Amir. Kalau Shah dalam buku pertama digambarkan sebagai seorang yang sentiasa bertindak mengikut akal fikirannya, sangat praktikal dan realistik. Tapi dalam buku kedua, kita dapat selami fikiran Shah yang sebenar. Macam mana satu tragedi buat kehidupan Shah berubah 180 darjah (bukan 360 darjah ya, sebab kalau 360 darjah maksudnya mula dari tempat sama balik).
Bagi saya, terlalu banyak masa yang diambil untuk merungkai misteri hidup Shah. Lebih kurang dalam 50 muka surat terakhir baru kita dapat tahu. Tapi disebabkan banyak hint yang diberikan, sebagai pembaca kita dapat agak apa yang telah berlaku.
Dalam Kelabu 2, Shah cuba bangkit dan lari dari tragedi yang memakan diri dia. Shah mula bertindak tak waras, dia melukakan diri sendiri untuk mengusir suara-suara jahat dalam kepala dia. Agak terkejut bila saya baca scene yang sensitif macam ni sebab saya tak tahu pada awalnya. Jadi, kepada pembaca yang berminat untuk baca buku ni, sila ambil maklum.
Selain daripada tragedi tu, Shah cuba untuk memahami perasaan baru yang dia taruhkan sejak rapat dengan seorang wanita merangkap boss di kolej dia mengajar. Bagi saya, saya tak gemar sangat hubungan antara Shah dan Sharoz sebab saya ship Shah dengan orang lain...
Hubungan yang saya ambil peduli dalam Kelabu 2 ni cuma hubungan antara Shah dan Amir je. Bila baca buku ni dan setiap kali Amir muncul, saya rasa happy. Buat saya sedar selama ni saya dah jatuh hati kat dia sebab dia nampak macam orang yang selesa untuk didampingi. Like a good friend.
Saya suka jugak kematangan Shah dan Amir dalam persahabatan mereka. Amir dah tak banyak mengadu masalah dia macam dulu. Amir lebih banyak memahami, Shah pun terkejut dengan kematangan Amir. Saya suka tengok sisi hubungan mereka dalam versi 10 tahun kemudian ni.
Secara menyeluruh, bagi saya Kelabu duology ni suam-suam kuku je. Tapi tak bermaksud cerita ni tak berbaloi untuk dibaca. Saya seronok berkenalan dengan watak-watak dalam universe Kelabu.
Rating: ⭐⭐⭐
0 Comments