Disebabkan washing machine kat rumah sewa Kai rosak, pagi ni Kai pergi ke Aladin Dobi untuk basuh baju. Sebenarnya Kai jarang pergi dobi (okay jangan judge) and Kai pun pernah google cara nak gunakan dobi, so harini Kai decide untuk tulis tutorial cara cuci baju kat dobi layan diri.
Lokasi:
NO.25, JALAN BUKIT 1 1/2, SEKSYEN 11, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR
Waktu operasi:
8:00am - 8:00pm
1. Pilih Washer
Kat Aladin Dobi ada banyak washer, dalam 6 macam tu. So, korang pilih la mana-mana yang suka. Dah pilih washer, boleh masukkan baju. Pastikan baju tak lebih garis warna ungu kat pintu kaca tu. Then, tutup pintu. Pastikan pintu ditutup betul-betul rapat. Biar rapat bagai isi dengan kuku gitu.
Sabun diberi percuma tapi Kai saje letak sikit downy before tutup pintu washer tu. Nak kasi baju wangi sikit. Tapi kalau korang tertinggal softener pun takpe.
2. Pilih suhu
Untuk pilih suhu boleh tekan kat skrin sebelah tempat paywave tu. Nanti ada tiga option suhu; hot, warm and cold. Untuk baju bersih yang tak banyak kotoran, pilih cold. Untuk baju yang ada kotoran tapi tak banyak, pilih warm. Untuk baju yang ada kotoran banyak, pilih hot. Harga untuk setiap suhu berbeza-beza.
3. Buat pembayaran
1) Tunai
2) Visa
Nak lagi berjaga-jaga, lebih baik guna Visa untuk elakkan sentuh permukaan. Maklumlah, musim COVID-19 ni kan.
Untuk gunakan duit syiling, korang boleh tukar kat mesin ni.
Macam biasa, pastikan duit kertas yang korang nak masukkan tu tak renyuk. Kalau tak nanti kena reject.
4. Tekan start
5. Selesai!
Nanti korang boleh tunggu kat dalam dobi tu sementara menunggu baju siap. Kai tunggu dalam 40 minit jugak. Kai jalan-jalan singgah 99 Speedmart dengan KK Mart sederet dengan dobi tu sekali hehe. Nak tunggu bakery kat sebelah dobi ni bukak tapi lambat sangat pulak hm tak dapat lah makan kek :(
Oh ya, lepas basuh baju korang boleh masukkan dalam dryer. Tapi Kai tak guna dryer tadi sebab nak sidai kat rumah je. Lagi jimat duit xD #studentlife
10 Comments
wah, best la dah boleh guna card jer, dekat area tempat tinggal kaella still guna syiling tu, kalau guna card belum ada lagi rasanya.
ReplyDeletetapi kadang2 tempat card tu pun boleh rosak xD
DeleteNak pergi dobi tapi tak berani waktu macam ni.
ReplyDeletebetul tu, kat dobi takut jugak sebab terpaksa sentuh permukaan yang orang lain sentuh jugak
DeleteComel lah kai, tutup bagaikan isi dan kuku
ReplyDeletehehe nampak la effort nak buat lawak di situ xD
DeleteTiba-tiba terkenang zaman study. Ahh rasa tua! T___T
ReplyDeletehahaha xD jangan begituuu. bukan tua, cuma lebih berpengalaman gituu
DeleteDah lain dah sistem dobi sekarang. siap ada suhu dan boleh guna kad dah. Bagus betul :)
ReplyDeletebetul tu, semoga makin canggil pada masa akan datang :)
Delete