PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2020 ATAS TALIAN


#DudukRumahBacaBuku

Hello guys! Bangun pagi tadi rasa semangat sikit la, tapi sebab apa ya? Oh, baru teringat! Hari ni PBAKL bermula!

Untuk pembaca buku tegar, apa perasaan korang bila dapat tahu pesta buku kena cancel bulan 3 haritu? Kai sedih gila sebab tak dapat pergi 😭 Kai dah buat plan dengan kawan-kawan nak pergi pesta buku sama-sama tahun ni tapi  apakan daya, tiba-tiba PKP diumumkan.

Untuk korang yang belum tahu tentang isu PBAKL ni, sepatutnya pesta buku berlangsung 27 Mac 2020 haritu kat PWTC, seminggu sebelum PKP bermula. Tapi, disebabkan pandemik COVID-19, pesta buku terpaksa ditangguhkan last minute bagi mengelakkan lagi kenaikan kes. 

Kemudian, beberapa bulan lepas tu barulah diumumkan PBAKL akan diadakan atas talian untuk pertama kali menggunakan Shopee sebagai platform. So, basically kita shopping buku-buku online je kat Shopee. Tak perlu keluar rumah dan berkumpul ramai-ramai.  


Berdasarkan apa yang Kai baca daripada petikan artikel, ada 140 penjual buku yang terlibat dan sebanyak 30,000 tajuk buku yang dijual! Banyak kan? 😱 Ada koleksi fiksyen, non-fiksyen, buku latihan, bahan bacaan kanak-kanak dan macam-macam lagi. Bukan setakat tu je, tapi ada banyak baucar lumayan yang menanti! 



Nak tahu apa yang lagi menarik? Kalau korang beli buku banyak-banyak boleh dapat free shipping! Lagi jimat daripada kalau kita pergi pesta buku kat PWTC.


Kai dah tengok kat Shopee tadi, memang banyak buku yang Kai nak beli, tapi duit je tak banyak kahkah. Tapi Kai dah add dua tiga buku dalam cart, so nanti bolehlah Kai buat PBAKL Book Haul (tapi takdelah haul sangat) gitu. 

Details:
  • Tempoh: 25 Jun - 8 Julai 2020
  • Tempat: Shopee
Tunggu apa lagi? Jom kita ke PBAKL sekarang!


0 Comments