PENGALAMAN DI PASUM SESI 17/18


Hello guys! Kepada students yang dapat sambung kat PASUM tu apa khabar? Bila korang mula daftar? Yang tak dapat pulak, jangan sedih! Masih berpeluang untuk sambung degree kat UM nanti, yang penting jangan putus asa 😀

Harini Kai nak cerita sikit pengalaman sebagai Pasumian tiga tahun lepas. Tak sangka, tahu-tahu je dah bertahun tinggalkan PASUM. Kai batch 17/18 PASUM dulu. First time tahu dapat PASUM, mula-mula takut jugaklah tapi lepas dapat tahu high school crush dapat PASUM jugak terus excited 😆

So untuk korang yang bakal bergelar Pasumian tak lama lagi, hari ni Kai nak share serba sedikit tentang PASUM so nanti korang tak berapa blur, okay? 😉 Kai akan bahagikan this post to 4 parts:
  • Study
  • Kolej
  • Tempat menarik
  • Study tips
STUDY

First things first, tempoh belajar kat PASUM adalah selama 10 bulan, dua sem. So each sem lima bulan. Setiap sem ada midsem and hujung sem pulak nanti ada final. Banyak exam kan? Huhu. Macam yang korang tahu, PASUM ada dua aliran je; sains hayat and sains fizikal. Macam biasalah, sains hayat ramai budak perempuan and sains fizikal ramai budak lelaki (hensem pulak tu ehem). 

For the first week, macam biasalah ada orientation. Korang akan dibahagikan kepada beberapa cell, student hayat and fizikal campur. Tapi sebab masa Kai dulu student hayat daftar dulu, then esoknya baru student fizikal masuk. So untuk first day kat PASUM, mostly kitorang gerak ikut cellmates yang ada student hayat je. Nanti kat mana-mana pun korang akan stick dengan cellmates, so make sure korang make good friends yeah? 🙆

Nanti before class betul-betul start, in the early two weeks, korang akan dibahagikan ikut nama so ada hayat A and B. Lepas nama ikut birthday dah keluar, korang akan berpecah ikut kelas pulak. Best gila divide kelas ikut birthday sebab nanti boleh buat secret santa and celebrate sama-sama 😊 Untuk hayat, kelas consist of HA1, HA2, HA3, HB1, HB2, HB3 and so on. Kalau kelas fizikal pulak start dengan FA1, FA2, FA3 and etc. Cuba teka Kai kelas apa dulu? 😜

Then, sampai HD3 (kot) assigned as hayat 1. Kiranya satu lecture kat audi tu ada semua kelas dalam hayat 1 je. Kalau crush korang hayat 2 sedih sikit la sebab tak dapat sama lecture hm. Untuk aliran fizikal pun sama macam tu. Kalau crush korang aliran fizikal tapi korang aliran hayat lagilah sedih sebab bukan lecture je tak sama tapi bangunan pun lain 😭

Auditorium
Masa Kai dulu, sem 1 budak hayat belajar kat bangunan PASUM yang baru tu, budak fizikal pulak belajar kat AAJ. Then, masuk sem 2 korang akan switch, budak hayat kat AAJ and budak fizikal pulak kat bangunan PASUM. Tapi lab semua still kat bangunan PASUM jugak. 

Pusat Asasi Sains UM

Ambang Asuhan Jepun
Speaking of lab, korang pernah dengar tak orang cakap jadual PASUM ni packed, kelas from 8 to 5, every week ada presentation? Well, semua tu betul! Tapi, walau macam mana packed pun jadual PASUM, still tak sepenat jadual time degree. Kai ambik course dentistry kat UM, and kelas still 8 to 5 tak macam course lain. And serious, memang penat gila. Kalau korang interested nak tahu lebih lanjut tentang dental, don't forget to follow me! Hehe. Kai akan post about dental one day, so make sure to wait for it 😉

Untuk student hayat, jadual lagi packed compared dengan student fizikal sebab kitorang ada tiga lab seminggu; lab chemist, lab physics and lab bio. Dalam lab chemist korang kena beware dengan Puan Norhidayah 😂 Dalam satu lab ada tiga kelas, and each kelas ada assigned sorang demo. So, kelas Kai dapat Puan Norhidayah untuk sem 1. Kalau korang dapat dia jugak, get ready lah untuk berlari ke bilik lecturers untuk hantar lab report ya 😅 Untuk lab physics dengan lab bio chill-chill je. Lab bio ada bedah tikus sekali and katak sekali. At the end of the sem nanti ada Viva. Viva ni kira macam praktikal exam la. Untuk Viva physics, korang akan dibahagikan ikut kumpulan randomly, kiranya korang takkan dapat sama group dengan classmates je then nanti duduk kat meja and buat experiment and jawab soalan from demo. Masa Kai Viva dulu kebetulan dapat demo baik (muka dia garang, badan dia sado tapi dia serious baik), so Kai tak dapat jawab sangat pun dia tolong. Untuk chemist individual je, soalan yang korang dapat tu either boleh jawab ke tak jela. Untuk bio takde Viva, tapi each lab session korang kena lukis cell, pokok or apape jela tu and lukisan tu akan diberi markah. Yang lukis ni boleh tiru-tiru kawan, so having a friend yang pandai lukis is really important! #studytips101

Kafe PASUM

Untuk tutorial pulak, nanti korang ada tutorial each subjek every week. Korang akan diberi latihan untuk buat time weekend, then discuss sama-sama dalam kelas. Untuk bio pulak, korang kena buat presentation. Dulu Kai buat kat atas mahjong paper je, tapi sekarang maybe dah upgrade ke powerpoint kot. Nanti english pun kena buat presentation to be graded. Kelas english la yang paling boring 😪

KOLEJ

Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ)

Next, Kai akan cerita pasal kolej yang korang akan duduk. Untuk student PASUM, korang semua akan ditempatkan kat kolej 11. Tapi rasanya start batch lepas Kai ada sikit kat kolej 12. Maybe sebab ramai sangat kot. Basically, time Kai ada budak aliran hayat, fizikal and pengajian islam. KUAZ ada empat blok; A, B, C and D. Dulu, perempuan kat blok A and C, lelaki pulak kat B and D. Tak tahu kenapa blok lelaki dengan perempuan sebelah-sebelah, tapi begitulah hakikatnya. Kai belajar kat SAMURA dulu, so bila daftar and dapat tahu lelaki dengan perempuan blok sebelah-sebelah, Kai culture shock sikit la. Tapi okey je, tak effect apa-apa pun.

Blok A

Gambar kat atas tu blok Kai dulu! Rindu gila time kat KUAZ sebab mostly student memang rapat la sebab sebaya kan. Bila dah masuk degree ni, ada campur senior so macam takut sikit huhu. Kai jela yang takut, orang lain okey je 😆 Dalam satu bilik ada empat orang; dua student hayat and dua student fizikal. Kai suka dapat bercampur dengan course lain macam ni sebab kita boleh study sama-sama. Selalunya budak fizikal ni memang terer bab math la. Kai lembab sikit so selalu tanya roommate fizikal. And seronok sebenarnya tengok roommate fizikal ni terseksa buat coding. Plus, nanti korang boleh tahu macam-macam gossip 🙊

Even sekarang dah second year pun, Kai still datang KUAZ occasionally. Bila lalu KUAZ ke still rasa macam nostalgic gitu. Sebab kat KUAZ memang best. Ada banyak aktiviti korang boleh join. Siap dapat merit pulak tu! Memang korang tak payah berebut merit sebab bukannya boleh stay kolej lagi kan, tapi korang join la banyak-banyak aktiviti, either jadi AJK or datang je pun okey sebab kenangan tu yang penting! Kalau korang jadi JTK lagi padu. Jangan jadi macam Kai sebab pemalu kahkah.

Dari KUAZ nak ke PASUM, selalunya student jalan kaki je sebab tak jauh sangat and jalan rata. It takes about 10 minutes jugak. Ada je bas UM laluan B lalu, nanti dia stop kat bus stop kolej 12. Tapi better tak payah naik sebab nanti budak degree pandang slack je kat korang 😂 Dulu Kai naik bas kadang-kadang, pastu geram kat budak degree kenapa nak jeling camtu tapi bila Kai dah degree baru rasa macam oh patutlah hahaha. Nak jalan sampai nampak PASUM tu je 10 minit, tapi nanti korang kena naik tangga kejayaan ni. Lepas naik tangga ni je, rasa macam baru lepas marathon. Mengah dia tak boleh bawak bincang.

Tangga kejayaan

TEMPAT MENARIK

Macam yang korang tahu, kat KL mestilah banyak tempat boleh pergi kan. So, in case korang tak tahu macam mana nak pergi ke tempat-tempat menarik tu, Kai akan listkan route LRT/MRT yang korang boleh ambik untuk jimatkan kos pengangkutan.

1. Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Untuk korang yang duduk jauh macam Kai and nak naik bas, korang akan naik bas kat TBS. Dulu, Kai tak tahu macam mana nak pergi TBS sendiri tapi atas bantuan roommate Kai yang baik hati, Kai selamat tiba di TBS sendirian. 

LRT route:
Naik Grab ke LRT Universiti → Naik Kelana Jaya Line menuju ke Gombak → Turun di Masjid Jamek → Naik Sri Petaling Line menuju ke Putra Heights → Turun di Bandar Tasik Selatan 

KTM route:
Naik Grab ke LRT Universiti → Naik bas 788 ke Mid Valley → Naik KTM 

2. Mid Valley

Bus route:
Naik Grab ke LRT Universiti → Naik bas 788 ke Mid Valley 

LRT route:
Naik Grab ke LRT Universiti → Naik Kelana Jaya Line menuju ke Gombak → Turun di Abdullah Hukum → Jalan ke Mid Valley 

3. NU Sentral/KLCC 

Naik Grab ke LRT Universiti → Naik Kelana Jaya Line menuju ke Gombak → Turun di KL Sentral/KLCC

4. One Utama (OU)

Naik bas MRT T815 kat bus stop KUAZ → Turun di Bandar Utama → Jalan ke OU

Tapi, selain daripada mall-mall kat luar UM, korang boleh jugak riadah dalam UM. Boleh panjat Bukit Simen, berkayak kat Tasik Universiti, and dulu ada maze tapi dah roboh hm. 

RIP Maze

Bukit Simen View

STUDY TIPS

Okay kita dah sampai ke part yang terakhir! Kai nak bagi study tips sikit ni hehe. Nanti masa hujung sem 2, ada anugerah emas. Siapa yang dapat top 20 dalam aliran, boleh naik pentas kat DTC. Dulu Kai dapat naik pentas, bukan setakat dapat naik pentas je tapi dapat duit RM50 dengan pendrive 16gb sekali 😍 So, korang jangan lepaskan peluang! Kita boleh je nak main-main, nak jalan-jalan kat KL, tapi study tetap tak boleh lupa. Kita kena ingat kenapa kita datang PASUM, okey? Eh, dah macam motivational talk yang tutup-tutup lampu tu pulak. So, ni Kai nak bagi sikit study tips supaya korang boleh manage time well. Tips:
  • Siapkan semua tutorial/presentation before the new week starts 
  • Kalau tak tahu apa-apa topik, terus tanya lepas lecturer. Kalau susah, boleh jumpa lecturers personally kat bangunan PASUM. Kai selalu tanya pasal physics dulu. Kalau nak jumpa, make sure Whatsapp/email to make an appointment dulu. And don't forget to use formality! Nanti lecturer kecik hati pulak.
  • Study group dengan roommates, jangan malu untuk bertanya
  • Buat notes especially for bio, formula physics, math
  • Tampal sticky notes kat dinding
  • Jangan tidur dalam LECTURE!
  • Masa study week, buat jadual study. Make sure baca all topics
  • Buat past year. Boleh beli kat kedai fotokopi sebelah kafe KUAZ
  • Baca lecture notes
And that's it! Now, korang dah bersedia untuk belajar kat PASUM. Make the most of it yeah? Kalau boleh undur masa, Kai nak belajar kat PASUM balik. Tak tipu bila orang cakap PASUM best. Good luck! Lastly, Kai nak share lah satu gambar lepas anugerah emas dulu hehe. Nampak muda pulak kitorang 😙




2 Comments

  1. Alaaaa rindunya UM! Kita ada gambar yang sama 2018 jugak. Hee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh! mungkin kita pernah terserempak? ahahah >.<

      Delete