Hey guys! Harini Kai nak cerita my experience and opinion about online exam. Kai still ada satu paper Jumaat pagi ni. So far, Kai memang against online exam 😅
Why am i against it? Simple. Sebab kurang efficient. Exam Kai bukan open book, unlike most courses at my uni. Lecturers officially announced kitorang ada exam lebih kurang dua minggu before exam tu. And bagi Kai lecturer cakap last minute sangat sebab before tu lecturers bagitau kalau PKP habis, nanti nak buat exam satu paper setiap minggu. Tapi sebab PKP extend, so lecturer pun decide nak buat exam online.
Nak study kena baca and hafal dalam 50+ lecture notes, and satu lecture note average 40+ slides. Kai dahlah jenis cepat lupa, kena selalu baca and ulang balik banyak kali, buat past years etc. So Kai tak sempat nak habiskan study. Dengan condition kat rumah tak condusive. Kai suka belajar sorang-sorang sebab nak privacy tapi Kai share bilik dengan adik. And Kai ada dua orang adik yang selalu lepak kat bilik, buat bising masa study so susah nak fokus.
Kalau duduk rumah pun Kai selalu risau macam mana nak cari duit sebab family Kai bukan orang senang sangat. So Kai lebih sibuk fikir nak siapkan novel untuk hantar kat pertandingan penulisan sebab nak try menang duit tu. Kai pun masuk pertandingan menulis esei COVID and tulis poem untuk pertandingan kecil-kecilan. Kai bukan nak merungut tapi kadang geram sebab lecturer suruh study study study tapi dia tak tahu condition orang kat rumah macam mana. Kai kena tolong buat kerja rumah jugak sebab takkan lah nak duduk rumah study je? Kai bukan student je, ada tanggungjawab sebagai anak jugak. Kat rumah pun selalu distracted sebab tak nampak orang lain study. So, even dah less than a week nak exam pun Kai still design blog la, tengok anime la. Hmm.
Masa jawab exam, alhamdulillah line okey je. Tapi, first paper punya first soalan je Kai blank. Kai tak boleh fikir apa-apa. Mata asyik tengok jam je sebab risau masa tinggal berapa. Pastu distracted dengan info orang cakap kat group Whatsapp pasal exam. Susah gila nak ingat balik apa yang dah study. Kai tak tahu macam mana nak tulis jawapan properly. Pastu lepas submit barulah dapat ilham nak tulis apa. And ada satu paper tu, tak tahu macam mana Kai boleh terskip dua soalan lol. Nasib baik dalam 35 minit before habis tu check baru perasan. Maybe Kai nervous sangat time tu.
Cakap pasal menjaga integrity peperiksaan pulak. Jawab exam kat rumah ni, bila blur tangan ni geram je nak google or capai notes. Kadang dah baca pasal soalan yang keluar tu tapi terlupa. Kat dalam notes dah tulis cantik-cantik jawapan so rasa macam nak ambikkkk je nota kat tepi. Syaitan menghasut-hasut suruh ambik 🌚
Untuk empat paper pertama, Kai memang tak boleh control anxiety time jawab exam langsung. Maybe kalau kat exam hall tak blur sebab before masuk tu dah tenangkan diri, borak dengan kawan-kawan and tengok orang tenang pun dah cukup nak relax sikit. Kat rumah ni seminit before exam start pun nota still kat tangan sebab risau.
Ada sekali tu, beberapa saat before exam tutup baru Kai submit jawapan sebab Kai memang jenis yang jawab lama-lama and hantar betul-betul time dah nak masa tamat. Kai dah provide lima minit last tu memang untuk submit jawapan tapi tak expect pulak ambik masa lama sangat. Time tu jantung Kai memang dah nak terkeluar. Kalau buat face-to-face exam tak payah risau sangat pasal masa habis ni.
And masa exam online ni, lepas exam je terus dapat result untuk paper objective. Kai banyak gila salah. Ada satu paper tu sampai separuh salah sebab Kai memang tak pandai sangat subjek lab ni lol padahal nak jadi dentist dalam lab/klinik tulah yang kena master. So, bila dapat result tu terus down. Nak study pun takde semangat. Dahlah teringat ada soalan senang tapi tersalah jawab sebab tak baca soalan betul-betul. Kai selalu garis keyword kat kertas soalan, tapi sebab jawab online ni Kai susah nak fokus soalan tu mintak apa.
So bagi Kai, kalau nak buat exam better buat open book kot. Sebab tak semua student boleh study properly. Lagi-lagi Kai memang susah gila nak fokus study. Dah lama dah Kai tak boleh fokus ni tapi macam makin severe and uncontrollable. Kai try search ADHD symptoms, takut jugak kalau Kai ada ADHD sebenarnya sebab memang tak boleh fokus ni dah disrupt hidup Kai. Tapi... tak tahulah.
Untuk paper hari ni Kai dah okey sikit. Setelah menangis and termenung lama-lama, Kai dah boleh accept kalau Kai fail subjek. Alhamdulillah walaupun ada yang tak confident jawab hari ni, Kai tenang. Tapi masa jawab exam tu tiba-tiba pulak Kai nak pergi toilet 😅
Okey, so jom compare face-to-face exam and online exam before kita wrap up!
Face-to-face exam:
Advantages | Disadvantages |
|
|
Online exam:
Advantages | Disadvantages |
|
|
So, in conclusion Kai harap final nanti Kai dah boleh jawab betul-betul kalau still online exam. Mental koyak teruk jugak masa jawab exam. Kai tak sabar nak habiskan paper hari jumaat ni. Minggu ni kitorang baru start online learning. Sebelum ni kitorang just self-learning je. So hari jumaat ni ada exam pukul 8 sampai 9 then nanti sambung kelas online. Huhu gg lah ye. Good luck to everyone yang ada exam jugak! 🙆
BYE ✌
2 Comments
Mesti sempat update blog sebab pkp lama pastu teringat blog aq dah berhabuk
ReplyDeleteahahah boleh bersihkan habuk tu 😌
Delete