readwithkai
  • Home
  • Review
    • Book
    • Anime
    • Movie
    • Food
    • Music
  • Tutorial
  • Lifestyle
    • Shopping
    • Beauty
    • Education
    • Recipe
    • Personal
  • Artwork
    • Writing
    • Digital
  • Contact Us
  • Disclaimer
    • Privacy Policy


Hola! Dah lama rasanya tak menulis kat blog. I have officially passed my fourth year of dental school! Alhamdulillah. Walaupun belum dapat result lagi, tapi risau jugak kalau overall performance dapat gred C. Doa-doakan saya dapat sekurang-kurangnya gred B ya, terima kasih. 

Anyway, let's talk about Texadilla by Texas Chicken. Saya pelik kenapa tak ramai yang cakap pasal menu baru dari Texas Chicken ni. Takdelah baru sangat, tapi kira baru jugaklah. Bila saya post kat IG story, ada a few kawan-kawan yang tanya saya beli kat mana. Nasib baiklah ada satu pagi tu saya terbangun pukul 4:30 pagi, lepastu tak boleh tidur balik. Jadi, saya pun pergi tengok Syedot review pasal menu ni. Dahlah masa tu tengah tidur sorang-sorang kat kolej yang dah kosong sebab cuti sem. Sebab tu tak boleh tidur.

Disebabkan rasa lapar, saya pun decide untuk order Texadilla kat Shopee Food. Kalau ala carte, harga dia RM21.50. Kalau beli set, RM26.50. Dalam satu set, dapat air dan fries. First time saya makan fries dari Texas Chicken, tak sangka sedap gila. Sangat gebu dan masin macam saya suka. 

Texadilla ni macam foldover. Dalam dia ada dua ketul ayam dada yang dah dipotong nipis macam patty lepastu digorengkan dengan rasa spicy. Ditambah pulak dengan sos berwarna kuning tu (saya tak pasti tu sos apa). Sos tu sedap sangat-sangat. Menambahkan rasa berempah tu. 

Selain daripada patty ayam, saya tak pasti apa nama empat ketul ball tu (tu dikira ball ke? Bola rugby lah kot sebab bentuk lonjong). Dalam dia ada macam sos warna kuning tu jugak. Sedap gila bila makan waktu panas. Nasib baik kat kolej saya ada microwave. Bila gigit dan tengok sos tu cair, peh memang puas. 

Tak lupa jugak saiz Texadilla ni yang sangat besar. Saya tak habis sekali makan sebab dah kenyang habiskan fries, jadi saya simpan lagi separuh untuk dinner. Memang puas gila beli dan tak menyesal. Walaupun besar, tak rasa muak langsung. Saya tak habis pun bukan sebab muak, tapi sebab saya kena jaga makan dan nak jimat duit sebab tak nak beli dinner haha. 

Walaupun saya mengaku harga dia agak mahal untuk student macam saya, tapi bila tengok saiz dia, memang padanlah dengan harga. Kalau ikutkan, Texadilla ni memang bukan dalam bajet saya. Tapi sebab dah teringin nak makan bila tengok video Syedot, maka saya pun nekad untuk beli. Lantaklah pasal harga tu haha. 

Tapi kalau beli set dari Shopee food, agak berbaloi sebab dapat RM4.00 off dan RM2.00 off delivery fee. Kesimpulannya, saya tak menyesal belanja RM25.50 untuk makanan sesedap ni. Kalau ada rezeki, saya akan repeat order. So, kalau korang nak rasa, jangan tunggu-tunggu sebab takut nanti taken down daripada menu Texas Chicken pulak! 

Source: Pinterest

I’ve been feeling so empty, 
I thought, maybe if I had more friend,
Maybe if I had more money,
Maybe if I spent some time bathed in sunlight, 
Maybe if I was less stuck in my head,
Maybe then I’d be better, 
Seeing things clearer, 
So now who’s going to tell me why,
Why are my legs still swimming against the tides? 
Why is this emptiness still reeks with blood?
Why do I still want to die? 

Lately I’ve become certain,
There is no more curtain,
I can’t be fixed,
I’m just a burden,
Nothing to offer,
Only a station,
Never a permanent. 

Written by: kyratulamira

 “Who are you thinking about?”

Startled out of my reverie, I shifted my gaze from the couple under the same umbrella outside the cafe, to Samantha. She eyed me suspiciously, her eyes filled with curiosity. 

I shook my head lightly. “Why did you assume it was someone?” 

“Because you had that foolish grin on your lips.” Samantha smirked.

Agape, I covered my mouth with my right hand, not realising my face had been an open book.

“You don’t have to hide it, you know? I know you love him, right?” 

I braced myself and intertwined our gazes. I could see my flushed cheeks reflected in Samantha’s eyes. I stared out at the rain again. The couple with the umbrella was nowhere to be found. They must have headed to their cozy home, I thought. 

“I don’t think I love him, but,” I took a deep breath and put my hand beneath my chin. “Whenever he’s around, it’s not like I’m having a bad day, but with him, my chest feels so much full, my steps light as a feather. Whenever he talks to me, time is just a concept and unrealistic. All that is real is God put us at the same place to have this conversation. I thought, I want to make him laugh, I don’t want him to go, I don’t want this to end.” I looked at Samantha right in the eye, letting my guard down. “Even when I’m not talking to him, just seeing him with his friends, watching him talk to his patients, watching his back towards me, all these simplest things filled my heart with indescribable joy, an otherworldly feeling. It’s not just those butterflies taking flight in the stomach kind of thing, I feel that calmness wash over me, the constant pulse that’s been with me through it all. And when I go to the supermarket, I picture us grocery shopping together. When I’m enjoying a view, I want him to see it too. When I’m home, I want him to walk around in the house and still look familiar. I want to see him awkward in front of my parents, not understanding our inside jokes so then later I have to explain it to him. I want to explain it to him because I want to feel needed. And I just-,” my voice stuck in my throat, my breath hitched. Samantha reached over and touched my hand, giving me an encouraging smile. 

“It’s calm, isn’t it? A real love,” asked Samantha.

I realised there were tears in my eyes when Samantha looked blurry across from me. “Yes.” I nodded several times. “I’m falling so fast and I can’t stop. It’s like I’m on a rocket going to outer space.” I wiped my tears with my other hand before I said, “We’ve known each other for so long and it’s like one day, when we were talking as usual, everything just makes sense. My heart started to flutter. I noticed too much of him that I’ve never before. It made me reminisce every moment we shared in the past. I tried to analyze my feelings back then and wish I’d cherish them more.” 

“You could still cherish the future,” said Samantha, reassuringly.

I smiled, thinking time was on my side. “I will definitely cherish the present.”  


Written by: kyratulamira
Art source: Pinterest

Setelah lama menyepi di ruangan blog ini, saya rasa janggal nak mulakan topik perbualan baharu. Ibarat macam berjumpa semula dengan kawan lama setelah berpisah. 

Hari ni saya nak ceritakan tentang kepentingan menghantar anak-anak ke klinik pergigian. Berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa kecil dan pengalaman merawat pesakit kanak-kanak, kita seringkali memandang remeh tentang kesihatan mulut. Buktinya, berapa ramaikah di kalangan pembaca yang menghantar anak untuk rutin pemeriksaan gigi? Kalau saya bukan pelajar pergigian pun saya tak sedar akan kepentingan pemeriksaan gigi. 

Secara lazimnya, kanak-kanak dibesarkan di bawah penjagaan ibu bapa. Mereka belum mampu berfikir untuk menjaga diri sendiri dan membezakan antara perkara yang baik dan buruk untuk mereka. Apatah lagi kanak-kanak yang ligat bermain dan hyperaktif.


1. Membawa risiko pada keadaan gigi kekal 

Banyak kes kanak-kanak yang patah gigi disebabkan jatuh. Mungkin bagi sesetengah kita, gigi patah tu takkan menyebabkan apa-apa. Cukup sekadar kita pantau sakit tu hingga surut. Tapi sebenarnya bila gigi susu mengalami trauma, boleh membawa padah pada gigi kekal di bawahnya. 

Seperti yang kita maklum, gigi kekal akan menyebabkan akar gigi susu terhakis hingga lama-kelamaan gigi susu akan goyang dan tercabut. Apabila gigi susu mengalami trauma, berkemungkinan gigi kekal di bawahnya akan bergerak dari landasan yang sepatutnya menyebabkan akar gigi susu tidak reput. 

Apakah bahaya sekiranya akar gigi susu tidak reput? Ini akan menyebabkan gigi kekal tumbuh di luar susunan gigi. Bila jadi macam ni, gigi kekal kita tak cantik. Lebih-lebih lagi gigi yang selalu terkesan disebabkan trauma ini ialah gigi depan dan memainkan peranan yang besar dalam paras rupa. Kita perlu ingat, gigi kekal kita akan kekal selamanya (kalau tak reput dan sebagainya). Bermaksud, kalau kita nak ubah keadaan gigi tu, kita perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk memakai braces (sebagai contoh). Jadi, bukankah lebih baik sekiranya kita ke klinik gigi sebelum terlambat?


2. Gigi susu tidak mahu goyang

Antara perkara yang lebih kurang sama dengan kesan di atas, ada sesetengah kanak-kanak yang gigi susu mereka tidak goyang hingga gigi kekal dah tumbuh di belakang gigi susu. Kadang-kala perkara ini tak boleh dikawal. Bila perkara ini terjadi, gigi kekal akan tak sekata. Jadi, bagi mengelakkan gigi kekal tidak tersusun cantik, ibu bapa sepatutnya menghantar anak-anak ke klinik gigi untuk cabutan gigi susu walaupun gigi susu tersebut belum betul-betul goyang.

Umur untuk gigi kekal bahagian hadapan untuk tumbuh adalah pada umur 7-8 tahun. Sekiranya anak-anak sudah meningkat umur tersebut tetapi gigi susu masih kuat, ibu bapa amat digalakkan untuk membuat pemeriksaan gigi anak-anak. 

Mungkin sesetengah dari kita tak kisah akan susunan gigi, tapi bila gigi kita tak sekata, akan menyebabkan kesukaran membersihkan celah-celah gigi. Apatah lagi gigi bawah di bahagian hadapan sering menjadi tempat pembentukan karang gigi. Boleh baca keburukan karang gigi di sini.


3. Gigi kekal lebih kuning berbanding gigi susu

Perasan tak gigi kekal anak-anak lebih kuning berbanding gigi susu? Perbezaan ini akan nampak lebih ketara bila gigi kekal duduk bersebelahan gigi susu. Gigi kekal yang kuning bukanlah suatu perkara yang merisaukan. Warna putih tidak semestinya perkara yang paling baik. 

Sebenarnya, secara semula jadi memang gigi kekal lebih kuning. Hal ini adalah disebabkan lapisan luar gigi yang dipanggil enamel adalah lebih tebal pada gigi kekal. Lapisan enamel yang lebih tebal ini adalah satu ciri-ciri yang bagus untuk melindungi daripada reput dengan cepat. 

Oleh sebab itu, pentingnya ibu-bapa untuk membuat pemeriksaan gigi anak-anak bagi memastikan sekiranya warna kuning gigi kekal itu adalah normal atau ada masalah yang lain.

4. Gigi susu lebih mudah reput 

Seperti yang dinyatakan di atas, gigi susu lebih mudah reput disebabkan lapisan enamel yang nipis. Apakah kepentingan menjaga gigi daripada reput? Ini adalah penting bagi mengelakkan reputan gigi semakin besar hingga ke akar gigi. Apabila reputan sudah mencecah akar, jika gigi itu masih boleh diselamatkan berdasarkan struktur gigi yang tinggal dan berapa banyak akar yang sudah reput, doktor gigi akan buat rawatan akar pada gigi susu. 

Kenapa nak buat rawatan akar? Kenapa tak cabut saja? Sekiranya gigi tu masih belum goyang dan akar belum reput hingga separuh daripada panjang akar, pilihan yang terbaik adalah untuk simpan gigi tersebut.

Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan gigi sebelah daripada masuk ke ruangan gigi yang dicabut. Kita tak nak gigi susu di sebelah masuk ke ruangan tu dan memakan ruang untuk gigi kekal daripada tumbuh. Ini akan menyebabkan gigi kekal tumbuh luar daripada susunan gigi.

Tambahan pula, gigi yang reput boleh menjadi sumber jangkitan kuman. Anak-anak akan mengalami kesakitan hingga sukar tidur. Sebagai ibu bapa, sudah tentunya kita kasihan akan anak-anak, betul tak? Oleh itu, pemeriksaan gigi berkala amat penting untuk memastikan gigi dirawat dengan cepat. 

Buat masa sekarang, sampai sini saja coretan perkongsian tentang kesihatan gigi kanak-kanak. Sesiapa yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor yang berminat untuk menghantar anak-anak bagi pemeriksaan gigi boleh hubungi saya di sini. Saya merupakan pelajar pergigian Tahun 4 yang sedang mencari pesakit kanak-kanak. Jasa baik anda untuk menyebarkan berita ini amat dihargai, terima kasih :)

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

A dental student who spends more time traveling to fictional world than studying.
For inquiries: amirah.pj@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST READ

  • REVIEW BUKU | DHEO’S BY ANJELL (SPOILER FREE)
  • ANIME REVIEW | ONE PIECE: WATER 7 SAGA EPS. 207-325 (SPOILER FREE)
  • BOOK REVIEW | EIGHT PERFECT MURDERS BY PETER SWANSON (SPOILER FREE)
  • Anxiety Attack
  • TOP 5 LIFE LESSONS I LEARNED IN 2020

Kyratulamira's books

Shadow and Bone
Nana, Vol. 21
Opposite of Always
You Deserve Each Other
Summer of Salt
The Happy Ever After Playlist
Her Every Fear
All the Beautiful Lies
Radio Silence
How to Make Friends with the Dark
Every Other Weekend
やがて君になる 1 [Yagate kimi ni naru 1]
The Original
Maybe You Should Talk to Someone: A Therapist, Her Therapist, and Our Lives Revealed
Undercover Bromance
The Emperor's Soul
Anxious People
Britt-Marie Was Here
Clockwork Princess
Clockwork Prince


Kyratulamira's favorite books »

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © 2020 kyratulamira. Powered by Blogger.

Followers

Timeline

  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2020 (58)
    • ►  June (6)
    • ►  July (11)
    • ►  August (12)
    • ►  September (15)
    • ►  October (4)
    • ►  November (8)
    • ►  December (2)
  • ►  2021 (62)
    • ►  January (7)
    • ►  February (5)
    • ►  March (4)
    • ►  May (3)
    • ►  June (3)
    • ►  July (8)
    • ►  August (13)
    • ►  September (11)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2022 (10)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  August (3)
    • ►  September (3)
    • ►  December (1)
  • ►  2023 (11)
    • ►  January (4)
    • ►  February (1)
    • ►  May (3)
    • ►  June (2)
    • ►  July (1)
  • ▼  2025 (2)
    • ▼  May (2)
      • Working Life Updates!
      • EP Baru Midnight Fusic: Modus Operandi

Visit

  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Takwim Persekolahan Sesi 2027 (Jan-Dec 2027)
  • Tiara Saphire
    Leftenan Sirena by Rey Amane | Review Novel
  • Sarah's Beauty & Lifestyle Blog
    My Favourite Way to Take a Break (Without Social Media)
  • TiaraNovella
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
Copyrighted.com Registered & Protected

Labels

Anime Book Digital Education Food Movie Music Netflix Personal Recipe Segment shopping Tips Tutorial Writing

Popular Posts

  • TOP 5 LIFE LESSONS I LEARNED IN 2020
  • EP Baru Midnight Fusic: Modus Operandi
  • AFFORDABLE ROOM DECORATION IDEA FROM SHOPEE TO BUY DURING 8.8 DEALS
  • POETRY #2: TAKE A DEEP BREATH BY KYRATULAMIRA
  • Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100

Chat Box

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template