Working Life Updates!

Assalamualaikum semua! Dah lama tak berborak di blog hehe. Rasa cliche tapi dah berhabuk blog ni ya. Kali terakhir saya upload satu post, saya masih lagi dalam tahun terakhir ijazah. Sekarang sudah dua tahun berlalu sejak konvokesyen. Tak sangka begitu lama saya tak singgah ke sini. 

Jadi, hari ni tiba-tiba jejari rasa rajin nak menulis. Atau mungkin saya sudah bosan sebab terlalu kerap bercakap seorang diri di rumah. Lebih baik saya mengomel di sini. 

Sekarang saya sedang menjalankan khidmat kontrak di klinik pergigian kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk pengetahuan semua, doktor gigi baru perlu menjalani khidmat wajib setahun di klinik kerajaan sebelum boleh bertukar bidang sama ada mahu kekal dalam kerajaan atau keluar ke bidang swasta. Namun, untuk orang yang berhutang dengan JPA macam saya *sobs sobs*, kami perlu habiskan kontrak selama 3 tahun untuk melangsaikan semua hutang yang tertunggak. 

Selepas konvokesyen, doktor gigi akan menerima sijil ijazah yang mana sijil ini digunakan untuk mendaftar lesen sebagai doktor gigi yang sah. Haa, nak tunggu sijil ini keluar yang memakan masa. Saya menghabiskan 9 bulan bekerja sebagai Dental Surgery Assistant (DSA) untuk mencari duit sementara menunggu e-Dentist dibuka. 

Apa pula e-Dentist ini? e-Dentist ialah satu sistem yang memberi peluang doktor gigi baru untuk memilih penempatan bagi khidmat kontrak. Akan ada satu tarikh khas permohonan e-Dentisit akan dibuka. Haa, pada hari e-Dentist itulah doktor gigi baru akan memenuhi ruang cyber cafe untuk mengejar internet paling laju.

Pengalaman e-Dentist saya agak menghampakan tapi mungkin saya akan ceritakan pada post yang berbeza. Saya tak mahu membebel terlalu panjang dalam post yang sama. 

Nak dipendekkan cerita, saya dapat klinik di Tangkak. Dua jam dari rumah saya. Sejujurnya saya memang tak mahu tinggal di rumah keluarga. Ramai kawan-kawan yang sengaja memilih klinik yang berdekatan dengan rumah. Saya agak cemburu sebab dapat jimat duit gaji tapi tinggal berjauhan dengan keluarga bagi saya merasa manis dalam kebebasan. 

Tak sangka kontrak khidmat wajib setahun saya bakal tiba ke penghujungnya. Betullah cakap bos klinik lama saya bekerja dulu. Bila sudah bekerja masa berasa terlalu pantas sebab kita hanya menunggu gaji. Lepas gaji masuk, bayar semua komitmen dan akhirnya gaji habis. Maka tunggulah untuk gaji seterusnya. Dan kitaran itu tak berputus. 

Mungkin juga saya mula menulis di sini semula kerana saya berasa kosong. Atau mungkin juga sekadar menangguh kerja yang sepatutnya disiapkan. Apa-apa pun, semoga saya terus rajin menulis dan berkongsi tentang pengalaman dari pelajar pergigian bertukar ke doktor gigi. 

2 Comments

  1. Welcome back kai. Wahh dah jadi doktor gigi dah. Alhamdulillah syukur dah berjaya. Rajin2 la kongsi cerita lagi.

    Moga sentiasa dlam lindungan Allah dan dimewahkan rezeki seperti hujan yang turun dengan lebat , sungai yang mengalir dengan deras dan sebanyak buih di lautan. Aamin ya rabb

    ReplyDelete
  2. same.. after 10 tahun kerja ..rs kosong.sy ambik keputusan jadi sahm.. now tunggu notice period habis..lepas ni mb akan makin aktif dalam dunia blog..hehehe

    ReplyDelete