Review Buku Cinta, Untuk Sekali Lagi karya Lila Vee

Setelah lama tak mencuba novel cinta Bahasa Melayu, saya terasa tak sabar nak baca Cinta, Untuk Sekali Lagi yang dibeli kat PBAKL. Lebih-lebih lagi saya memang lemah betul kalau baca tentang second chance romance trope. Tak pernah gagal untuk buat hati saya berbunga-bunga.

Cinta, Untuk Sekali Lagi berkisarkan tentang Alan dan Anne yang sudah bertaut kasih separuh abad yang lalu. Hubungan mereka tak berkekalan lama apabila takdir memisahkan mereka. Bilamana mereka bertemu semula, hidup Anne Dahlia terus porak peranda. Jiwanya bertarung dengan kehendak manusia. Dia takut kalau penerimaan Alan dalam hidupnya semula takkan kekal lama. Anne Dahlia tak mahu ulang masa silam yang terlalu pahit yang diharunginya seorang diri. Mampukah Alan memenangi hati Anne Dahlia semula? Sanggupkah Alan melepaskan Anne pergi, Anne Dahlia satu-satunya cinta yang bertakhta di hati? Mampukah Alan melindungi Anne Dahlia dari hasad dengki? Inilah antara soalan-soalan yang buat saya terus menyelak satu demi satu muka surat sampai tahu-tahu saja sudah berjam berlalu.

Bagi saya, kalau ikutkan watak Alan dan Anne, memang sangat tipikal dengan protagonis cerita cinta Melayu yang lain. Rupa paras yang too good to be true. Semestinya Alan ada killer lesung pipit dan Anne pula bermuka putih bersih. 

Pada awalnya agak cringe juga saya baca gaya Gen X menulis. Bukanlah nak kata saya ni terlalu muda, tapi saya lebih gemar consume buku yang kurang buat lawak syok sendiri. 

Tapi setelah baca 1/3 daripada buku, saya mula terbiasa dan boleh terima watak dan gaya penulisan. Saya dah kurang menggulung mata ke atas. 

Surprisingly, saya sangat enjoy baca Cinta, Untuk Sekali Lagi. Mungkin sebab saya memang ada soft spot untuk buku berunsurkan peluang kedua sebab selalu buat saya tertarik untuk tahu macam mana cara si pasangan untuk bersatu semula. 

Dari segi plot buku ni boleh dikatakan agak slow dan tak ada apa yang berlaku sangat. Sepanjang cerita lebih banyak mengetengahkan permainan tarik tali antara Alan dan Anne. Selalunya saya akan menyampah dengan tarik tali, lagi-lagi kalau watak perempuan benci watak lelaki atas sebab tak matang. Tapi dalam buku ni, Alan dan Anne masih bersikap matang dan permainan tarik tali mereka dirasakan munasabah. 

Tapi buat pembaca yang kurang kesabaran baca pasal tarik tali saja, mungkin akan spoil reading experience. Agak mengelirukan jugak bila Alan dan Anne dah mula berbaik, tapi tiba-tiba salah seorang daripada mereka akan berjauh hati semula.

Cuma ada sesuatu yang berlaku dalam 3/4 buku macam tu. Bagi saya plot tu lebih menarik dan kalau dikembangkan dengan lebih teratur, mungkin impak akan lebih terkesan. Tapi memandangkan plot tu cuma berlaku pada watak sampingan, jadi rasa macam tiba-tiba sangat. Mungkin penulis terlalu fokus pada watak utama sampaikan side plot yang menarik disia-siakan.

Apa-apa pun, saya rasa seronok dengan pembacaan. Saya tak sangka buku ni dari Wattpad. Sebagai seorang penulis di Wattpad juga dulu, saya tahu penulisan saya sangat teruk kalau nak dibandingkan dengan buku ni haha. 

Kalau pembaca suka baca cerita cinta yang lebih quiet dan perlahan, buku Cinta, Untuk Sekali Lagi sangat sesuai!

Rate: ★★★★

0 Comments