CARA MEMASAK LEMANG CAWAN DENGAN MUDAH

Assalamualaikum semua! Selamat Hari Raya Aidil Adha :D Bersempena hari raya korban, mak Kai cuba buat lemang cawan. Kenapa nama dia lemang cawan? Basically, lemang ni kita buat menggunakan cawan kertas untuk dapatkan bentuk bulat tu. Nak buat lemang cawan ni senang saja. Tak perlukan modal yang banyak pun. Kalau korang rajin dan ada masa lebih kat rumah, boleh cuba buat lemang cawan!


BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

1. Daun pisang secukupnya
2. Cawan kertas 5-6 biji
3. 1/2 kg beras pulut 
4. 600ml santan 
5. Garam
6. Gula
7. Minyak masak



CARA MEMASAK:

1. Rendam beras pulut selama sejam. Untuk kuantiti beras pulut, bergantung pada banyak mana lemang untuk disediakan. 

2. Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas. Kalau daun pisang tu agak panjang, boleh potongkan ia supaya nampak lebih cantik dan kemas.


2. Letakkan beras pulut yang direndam dan sudah dicuci tadi sehingga 3/4 penuh cawan. Masukkan sedikit demi sedikit dan ketuk-ketukkan cawan supaya beras pulut mampat dan tidak berongga. 


3. Campurkan santan dengan garam, gula dan minyak masak. Lebihkan sedikit garam supaya lemang rasa berlemak dan lebih enak dimakan. 


4. Setelah santan siap digaul, masukkan ke dalam cawan yang berisi beras pulut tadi hingga sama paras dengan beras pulut atau lebih sedikit bergantung pada citarasa masing-masing. Jika suka makanan berlemak, boleh lebihkan santan. 


5. Kukuskan beras pulut selama 1 jam.


Okay itu saja! Senang kan? Jadi, kalau pada hari biasa teringin nak makan lemang tapi tak ada sesiapa yang jual, bolehlah buat lemang cawan sendiri. 

8 Comments

  1. omaiii tak tahu pulak boleh buat mcm ni..wahhhh nk terai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe senang je so boleh cuba!! harini pun kai buat lagi sebab sedapp

      Delete
  2. Omg baru tau boleh masak gitu hahaha nampak sedap lemang tu. Btw selamat hari raya adiladhaa sis ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yup sedap!! tapi tak setanding lemang buluh tu xD selamat hari raya jugakkk :)))

      Delete
  3. Senang ada cara yang lebih mudah buat lemang. Boleh makan anytime tak payah tunggu raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulll. selalunya kena tunggu berbulan baru dapat makan lemang. time raya rasa tak nak makan, time hari biasa pulak craving xD

      Delete