5 CARA MUDAH UNTUK GIGI KEKAL PUTIH DAN SIHAT

Sejak musim COVID-19 mula berleluasa ni, kebanyakan klinik kesihatan dah limit intake pesakit. Kalau boleh, cuma kes kecemasan je yang akan dilayan. Kalau klinik masih terima pesakit pun, mungkin tak sebanyak dulu. Bila dah jarang pergi klinik untuk buat check up, kita pun mula risau macam mana kalau gigi berlubang? Jangan risau! Harini Kai nak kongsi serba sedikit tips macam mana nak pastikan gigi sihat.


1. Gunakan ubat gigi berflorida

Perhatian! Ion florida sangat penting dalam mengelakkan gigi reput. Berdasarkan kajian, kalau kita gosok gigi tapi tak guna ubat gigi yang mengandungi ion florida, efek untuk elakkan gigi reput tu kurang berkesan melainkan cara kita gosok gigi tu betul. Tapi susah nak pastikan kita gosok gigi dengan cara yang betul melainkan kita dipantau oleh doktor gigi. 

Macam mana nak tahu ubat gigi kita ada florida ke tak? Korang boleh tengok kat packaging kotak ubat gigi tu, kat bahagian ingredients. 


2. Gosok gigi dua kali sehari

Selalunya korang gosok gigi berapa kali sehari? Sebenarnya, kita dinasihatkan untuk gosok gigi dua kali; pagi masa bangun tidur dan malam sebelum tidur.

Kenapa pentingnya kita kena gosok gigi? Bila kita gosok gigi, plak gigi yang melekat pada gigi akan hilang. Selain daripada tu, dalam ubat gigi kita mengandungi florida. Jadi bila kita gosok gigi, gigi kita sentiasa terdedah dengan ion florida. Macam Kai cakap tadi, ion florida ni sangat sangat penting!

Walaupun tak mandi sebab PKP ni ada yang duduk rumah je, jangan lupa gosok gigi masa bangun tidur tau!


3. Floss setiap malam sebelum tidur

Apa itu flossing? Flossing ialah perbuatan bersihkan celah-celah gigi guna benang tu. Floss ni boleh dijumpai kat drugstore seperti Watsons dan farmasi. Kalau floss colgate tu murah je. Dalam RM6 lebih.

Masa kita gosok gigi, celah-celah gigi kita tak dibersihkan secara menyeluruh. Sebab tulah pentingnya flossing. Seeloknya, kita floss sebelum gosok gigi. Ideanya, kita nak ion florida dalam ubat gigi tu boleh masuk ke dalam gigi bila kita dah bersihkan kekotoran kat celah gigi.

Ada orang pernah tanya Kai, nanti gigi tak jarak ke bila kita floss? Jawapannya tak kalau kita floss dengan betul. Kalau kita floss sampai terkena gusi sebab tekan kuat sangat, lama-lama gigi kita boleh jarak.


4. Kurangkan pengambilan gula

Gula merupakan punca kenapa gigi kita reput. Bila kita makan gula (karbohidrat), bakteria yang ada dalam mulut kita akan 'makan' gula tu dan menghasilkan asid. Asid ni yang akan menghakis gigi kita sampai berlubang.

Mengikut BASCD, 2007 dan WHO, 2015, kita dinasihatkan untuk makan gula hanya pada waktu makan utama; sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Kuantiti gula yang disyorkan bagi orang dewasa ialah <60g atau 12tsp dan bagi kanak-kanak pula <33g atau 6tsp. Akhir sekali, make sure kita tak makan benda manis satu jam sebelum kita tidur!


5. Gosok gigi selama 2 minit

Kenapa pentingnya kita gosok gigi selama 2 minit adalah untuk pastikan kita dah betul-betul buang sisa makanan dan plak gigi yang melekat. Kalau kita tak buang, maka akan jadilah proses yang Kai explain dalam point nombor 4. Bakteria akan proses gula dalam makanan kita dan hasilkan asid. 

Macam mana nak tahu kita gosok gigi 2 minit? Hehe senang je. Korang cubalah nyanyi lagu favourite dalam hati masa gosok gigi tu. Cari lagu yang panjangnya 2 minit. 

Lepas baca post ni, cuba korang kira berapa lama korang gosok gigi. Lagi-lagi masa waktu pagi. Selalunya kita cuma gosok dalam 30 saat je.

16 Comments

  1. bagus tip tips ni.. kite pun amalkan hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau gosok lelama nanti gusi berdarah, bulan lepas dh gi klinik gigi tapi kena buat appointment dlu,, dia bagi tarikh plk time cuti sem mmg takdan nak gi cuci gigi smpai skrang.. Tapi skang dh biasakan lepas makan gosok gigi dgn sbelum tidur,,bolehhlahh kurangkan gusi berdarah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh, boleh Kai tahu guna berus gigi soft atau yg lain? selalunya gusi berdarah sebab kena cuci gigi, tapi tulah sekarang PKP susah sikit nak buat appointment 😅

      Delete
    2. Yg biasa, tak soft sngat tk keras sangat, tapi sejak akhir2 ni gusi selalu berlaku,, eii asyik terasa darah je.. Itulh penggunaan mesin tu terhad skrang ni

      Delete
    3. i hope you'll get better! susah jugak kalau selalu berdarah kan huhu

      Delete
  3. hai khai! sy pulak even dah gosok gigi dua kali sehari, mesti nak guna mouthwash pulak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! guna mouthwash guna time selain waktu gosok gigi is even better!

      Delete
  4. Wow 2 minit. Tidak semak berapa lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itulah, selalunya kita tak sedar pun dah berapa lama gosok xD

      Delete
  5. lenguh tangan nak gosok 2min .. Allahhhh huhuhu

    ReplyDelete
  6. Ouh kena yang berflorida ye , flossing . Ada dengar tapi tktau , kai sharelah tips flossing pula hehe

    ReplyDelete
  7. wah terima kasih untuk tips! :D menarik2

    ReplyDelete