Sunday, December 20, 2020

LEARNING HIRAGANA IN LESS THAN ONE HOUR

Hello guys! Dah lama rasanya tak tulis blog huhu. Sejak klinikal and lab session dah start, Kai tak larat nak menulis lagi. Bayangkan keluar rumah sewa pukul 7;30 pagi, balik pulak 7:30 malam 😔 Maka, terbengkalai lah blog ini huhu.

Hari ni, Kai nak share video YouTube yang berkesan untuk korang belajar Hiragana. Hiragana ni adalah salah satu tulisan Jepun. Dalam erti kata lain, it's a simplified version of Kanji. Tulisan Hiragana digunakan untuk menulis perkataan dalam Bahasa Jepun. 

Nak belajar Hiragana taklah sesusah yang disangkakan. Lagi-lagi sekarang ada kemudahan YouTube. Kita boleh belajar secara percuma dan tak perlu keluarkan duit pun. Yang penting, motivasi dan kesungguhan untuk belajar tu ada.

Video yang Kai kongsikan ni cuma 38 minit je. Korang tak perlu spend banyak masa pun untuk belajar. Walaupun busy, korang still boleh selitkan masa sekejap untuk belajar Hiragana. Lagi satu, apa yang Kai suka pasal video ni, dia ada provide gambar untuk senang ingat tulisan Hiragana. Kai ada fotografik memori (kot), so Kai rasa gambar tu sangat-sangat membantu.

Kai dah habis belajar Hiragana, korang pun bolehlah mula! Lepasni, bolehlah baca sikit-sikit tulisan Jepun yang ada kat poster Anime kan hehe. 

InshaAllah dalam post akan datang Kai share tips untuk belajar yang berkesan pulak. Stay tuned!



6 comments:

  1. boleh belajar tulis saja.. nak hafal tu... a month belum tentu!! good luck pada yg tgh process learning :) thankfully i dah lepas fasa ni ! now struggle hafal kanji yang tak penah habis pula haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kai baca pun tergagap lagi xD wahhh kanji susah sangattt

      Delete
  2. thank you for sharing the video Kai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sama2! kalau berminat nak belajar boleh guna video tu ya

      Delete
  3. wahh busynya kai. keluar awal balik malam. btw Happy 2021 kai 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu tula penat sampai tak sempat nak update blog 😭 happy new year jugak!

      Delete

Popular Posts