readwithkai
  • Home
  • Review
    • Book
    • Anime
    • Movie
    • Food
    • Music
  • Tutorial
  • Lifestyle
    • Shopping
    • Beauty
    • Education
    • Recipe
    • Personal
  • Artwork
    • Writing
    • Digital
  • Contact Us
  • Disclaimer
    • Privacy Policy

Seminggu telah berlalu sejak Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) tempoh hari. Saya telah membeli 3 buah buku dan salah satunya ialah Sempurna yang ditulis oleh Aiman Hazziq. Karya Sempurna ialah karya kedua penulis yang telah saya baca. Karya pertama beliau ialah Permainan yang saya baca pada zaman bangku sekolah menengah dulu. Saya tak berapa ingat jalan cerita Permainan secara terperinci, tapi yang saya ingat, saya kurang gemar dengan cerita tu. 

Jadi, macam mana pula dengan Sempurna?

Bukanlah saya nak bandingkan dua buah buku yang berlainan, tapi agak sukar untuk tidak dibandingkan sebab Sempurna diterbit 5 tahun selepas Permainan. Semestinya ada pembaikan. 

Tapi sayang sekali...

Bukanlah saya kecewa kerana cerita Sempurna ini mengarut atau ditulis dengan acuh tak acuh. Saya mengaku, idea dan konsep sangat menarik, lebih-lebih lagi apabila tema persahabatan diketengahkan. Tapi saya rasa semua yang berlaku dalam buku terlalu cetek.

Mari kita rungkai satu persatu aspek.

1. Sinopsis

Mereka berlima mempunyai satu tradisi. Dua tahun sekali, mereka akan berkumpul untuk sebuah weekend reunion. Dua tahun sekali tanpa gagal. Sehinggalah reunion mereka yang keempat, salah seorang daripada mereka memecahkan berita bahawa dia punya kanser paru-paru yang fatal.

Berita itu mengubah landskap grup mereka, walau seketat mana pun mereka cuba berpegang sesama sendiri. Reunion kelima membawa mereka menyusuri satu perjalanan yang diatur si penghidap kanser. Setiap daripada mereka diberi klu, untuk mencari sesuatu yang ditinggalkan sahabat mereka yang sudah pergi.

Ini kisah perjalanan lima sahabat rapat, yang kini tinggal empat. (Sumber: goodreads)

2. Plot & Jalan Cerita

Pada awal satu per-empat buku, saya sangat teruja untuk meneruskan pembacaan. Permulaan dengan pertemuan Kurt dan Emir di stesen bas untuk memulakan reunion mereka 5 sekawan, berborak mesra jelas menunjukkan keakraban mereka. Jalan cerita semakin menarik apabila Kurt memaklumkan dia tidak punya jangka hayat yang panjang lagi.

Air mata saya menitis dan tanpa sengaja buku Sempurna membuat saya teresak dengan pemergian Kurt. Penulis sememangnya pandai menulis untuk bermain dengan perasaan pembaca. Setiap bait memberi impak yang realistik. 

Tapi semuanya hanya sementara. Bila Emir, Sid, Liz dan Aria memulakan perjalanan untuk memenuhi permintaan Kurt pada reunion terakhir mereka, saya sudah mula bosan. 

Saya rasa unsur saspens yang bertandang lesap begitu saja sebab terlalu banyak flashback kisah silam mereka pada zaman persekolahan yang buat cerita terasa lambat. Saya faham flashback tu penting untuk tunjukkan keakraban 5 sekawan sewaktu Kurt masih hidup, tapi bagi saya ada sesetengah flashback yang saya tak ambil peduli. Lebih-lebih lagi bila saya tak cukup invested dengan watak-watak.

Sudahlah flashback ada banyak, bila mereka mulakan perjalanan pun saya rasa semua mission dicapai dengan terlalu mudah. Tak ada unsur usaha atau saspen. Atau mungkin saya yang mengharapkan pada sesuatu yang tak mungkin berlaku. 

Semua benda yang patut dicari berjaya ditemui dengan kebetulan. Bagi saya agak sedikit tidak realistik. Tapi saya faham, kalau nak ada unsur mencari harta benda tersembunyi, panjang berjelalah jadi ceritanya. 

Penghujung cerita lagilah tak mampu selamatkan jalan cerita yang macam kapal hampir karam. Saya ada idea apa yang penulis cuba sampaikan, tapi saya lebih suka kalau penulis boleh tamatkan dengan kemas. Atau ending begitu disengajakan?

3. Pengajaran

Saya suka bila penulis ada selitkan bermacam lagi topik tentang kehidupan seharian dalam cerita. Penulis cuba kaitkan apa yang watak lalui dengan apa yang berlaku dalam hidup seseorang. Dari isu persahabatan, seksualiti, kesusahan hidup keluarga, domestic abuse dan child grooming. 

Walaupun saya puji penulis sebab cuba memasukkan macam-macam isu untuk menjentik kesedaran dalam pembaca, tapi semuanya diceritakan secara ringan. Kalau penulis fokus pada satu topik dan ambil masa untuk huraikan dengan lebih mendalam, saya pasti penceritaan jadi lebih menarik dan teratur.

4. Penambahbaikan

Bagi saya, kalau buku ini diceritakan dari first POV oleh Emir, pasti lebih emosi. Pembaca dapat menghayati perasaan Emir atas pemergian Kurt. 

Mungkin boleh juga selitkan lebih banyak tentang masa silam Kurt. Bukan sekadar beritahu, tapi tunjuk dan ajak pembaca lalui kehidupan Kurt bersama supaya kita dapat kenal Kurt dengan lebih dalam. Oleh sebab saya tak kenal Kurt, jadi saya tak rasa kosong dengan pemergiannya. Saya tak dapat rasa macam saya yang baru kehilangan sahabat. 

Saya rasa penulis terlalu fokus pada jalan cerita hingga aspek emosi agak terabai.

Tapi semua ini hanya pendapat saya semata-mata. Mungkin bagi orang lain cerita ini menarik, tapi lain pula bagi saya. Yang pasti, cerita Sempurna lebih menarik daripada Permainan. 

Ratings: ★★★

Sebagai pengguna kita dihadiahkan sale bulanan bersempena bulan Mei yang baru saja berkunjung. Sebagai seorang yang kedekut (dan pelajar yang perlu mengikat perut untuk berjimat), saya hanya beli barang keperluan pada waktu sale saja. Bila tengok harga barang turun dan ditambah lagi dengan baucar diskaun 95%, semestinya saya jadi rambang mata. 

Tapi rupa-rupanya semua itu scam saja. Harga barang turun sebab penjual jual barang rosak. 

Baru-baru ini pada 5.5 saya ada beli jam tangan di Shopee (tak perlulah disclose kedai apa tu). Bila baca review produk, kebanyakan pembeli berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan kedai. Tapi bila parcel saya sampai semalam, saya begitu kecewa bila tengok jam tangan tu tak berfungsi. Saya rasa bateri mati atau tiada bateri, tak pasti. 

Bila saya contact penjual, saya tak dapat respon sampai sekarang. Kalau tengok last seen, penjual aktif beberapa minit selepas saya hantar mesej. Bukannya saya nak marah, tapi sekurang-kurangnya minta maaf atas kecuaian. 

Untuk penjual, saya rasa lepas ni perlu lebih berhati-hati. Saya faham mungkin ada banyak order, jadi sesetengah order terlepas pandang semasa quality check. Bila terpilih sebagai pembeli yang bernasib malang, rasa sedih jugaklah. Lebih-lebih lagi bila saya nak gunakan sesuatu barang dengan segera. 

Masalahnya, ini bukan kali pertama saya beli barang semasa sale dan menerima barang defect. Sebelum ni saya ada beli beg tangan (kedai murah-murah je) dan saya dapat beg dengan label jenama yang terbalik. Maka terpaksalah saya return dan beli semula. 

Untung saja shipping untuk return tak perlu bayar, kalau kena bayar sakit jugaklah sebab bukan salah kita pun dapat barang rosak. Lepas return, kena beli semula barang dengan harga asal sebelum diskaun. Sekali lagi kena tunggu delivery yang makan masa. Kalau tahu macam ni, lebih baik tak perlu tunggu sale lagi.

Pengajarannya, mungkin saya tak patut kedekut sangat.   

Sempena pertengahan tahun 2023, aku rasa nak mulakan benda baru dalam blog readwithkai. Walaupun tak nampak, tapi aku dapat rasa blog ni dah penuh dengan sarang lelabah. Aku cuba untuk set satu niche untuk tampak lebih profesional dengan harapan aku boleh bawa blog ni ke persada yang lebih luas. Tapi macam biasa, apa aku buat selalu kecundang. Memang salah aku juga sebab tak konsisten. Jadi aku fikir, pergi matilah nak bunyi macam robot. Kononnya profesional tapi aku tak rasa asli dengan diri sendiri. Niat aku buat blog suatu ketika dulu pun sebab aku suka menulis dan aku dapat ketenangan bila bermandikan perkataan. Akhirnya aku ambil keputusan untuk mula berjurnal. 

Maka lahirlah siri It Gets Personal ini. Aku tak tahu sama ada aku akan konsisten atau tak tapi aku akan cuba. Oleh sebab aku banyak meluangkan masa sendirian, tanpa teman atau telinga yang ditadah untuk mendengar kegusaran, aku rasa platform inilah yang sebaiknya untuk aku simpan kewarasan. Terlalu bingit dalam kepala aku sampai aku boleh hidup tanpa bercakap dalam sehari sebab aku dah pun kepenatan. Hanya dengan konversasi di latar minda dah cukup buat aku tercungap. 

Jurnal ini tak akan ada format. Aku akan biarkan jari-jemari aku menari tak ikut rentak. Biarkan hati aku yang tunjukkan arah sebelum sampai ke otak. Mungkin aku panggil apa yang aku buat ini sebagai berjurnal untuk tutup kebenaran yang aku kesunyian dan aku mencari alasan untuk berborak dengan rakan imaginasi aku. 

Tanpa buang masa, hari ni aku nak bincangkan tentang topik Friends with Benefits. Aku rasa, kita semua familiar dengan label yang aku maksudkan. Aku rasa, spesies ini semakin meliar di persekitaran. Tapi bukan friends with benefits yang kita selalu gunakan. Maksud aku, sejenis manusia yang licik mengambil kesempatan atau digelar juga opportunist. Kebiasaannya opportunis ni hidup sendirian sampailah dia perlukan seseorang, nanti dia akan muncul dan gunakan orang yang lemah untuk kepentingan sendiri. Bila fikir balik, selfish bunyinya, bukan?

Sejak kecil lagi aku memang senang dipergunakan. Lebih-lebih lagi sebab aku tak ada ramai kawan jadi aku sangat hargai sedikit mana kawan yang aku ada. Walaupun sebenarnya perangai kawan yang sedikit aku ada tu tak boleh dikira sebagai kawan. Aku rela dipergunakan dan dilayan macam kelapa yang dah tak ada isi, bila dah siap meratah, kulit aku dibuang. 

Mungkin orang yang buat aku macam tu tak sedar apa dia buat tu sebab aku nampak okey saja sendirian. Mungkin dia nampak tapi dia tak peduli asalkan hidup dia terisi penuh. Mungkin dia nampak tapi dia abaikan sebab perasaan aku tak layak dijaga. Mungkin dia nampak tapi dia sangka orang tak nampak taktik dia. Mungkin dia tak nampak sebab dia dah terbiasa. 

Disebabkan aku selalu ditinggalkan seorang diri, aku terfikir, mana yang lebih baik? Meninggalkan atau ditinggalkan? Aku terfikir kata-kata daripada Osamu Dazai yang berbunyi lebih kurang, adakah lebih baik kita menunggu atau buat orang tertunggu? 

Sebagai orang yang selalu ditinggalkan, aku tak tahu apa perasaan meninggalkan jadi aku tak pasti. Tak ada pendapat yang aku boleh kongsi. Aku terfikir, orang yang meninggalkan sedar tak kesunyian yang aku tempuhi hari demi hari? Sedar tak banyak tempat aku tak dapat pergi sebab tiada teman? Sedar tak aku tak ada sesiapa untuk cerita tentang masalah dan minat aku? Tak rasa bersalah ke biar aku dengar masalah dia tapi tak nak labur masa untuk aku? Tak rasa bersalah ke tepis penderitaan aku sebelum aku sempat sampai ke penghujung? Pernah terfikir tak, mungkin aku nak tangan aku dipegang sedang aku diseksa?

Kalau hubungan cuma beroperasi secara satu arah, sebelah pihak terus menerima dan sebelah lagi terus memberi, aku rasa cukuplah. Aku tak patut biarkan diri diperah dan terus diperah, sedangkan air kat lautan pun boleh kering, apatah lagi hati manusia. Teruskan jaga kepentingan diri bagai takhta sang puteri. Teruskan jadi duri yang sentiasa menyakiti. Teruskan bila diminta tolong sentiasa berlari. 

Aku akan terus menggunakan karya fiksi untuk mengisi hati. 

Aku menghempas pintu dorm sekuat hati. Kasut kulit aku dicampak ke dinding, meninggalkan kesan hitam. Sama hitam macam apa yang mula melingkar dalam hati aku. 

"Arghhh!" Aku menumbuk dinding. Tapi akibatnya tangan aku yang sakit, memarakkan lagi amarah bagai disimbah gasoline.

Aku berjalan ke hulu, ke hilir. Aku longgarkan tali leher tapi sia-sia sebab aku masih rasa lemas. Terperangkap. Apa yang aku rasakan ini? Apa maksud perasaan aku ini?

Aku pejam mata. Adegan yang aku nampak tadi diulang tayang tanpa paksa. Aku sedang mencari Naim di merata tempat bila batang hidung dia tak muncul-muncul waktu prep petang. Gusar, aku pun ambil keputusan untuk meronda kawasan sekolah. Setahu aku, Naim tak pernah ponteng. Rekod kehadiran dia sentiasa penuh. Senang cerita, dia bukan budak bermasalah.

Sedang aku berjalan di Dewan Makan, aku terdengar ilaian ketawa yang cukup familiar di telingaku. Sangat familiar sebab tawa itulah yang selamatkan aku 3 tahun lepas bila aku nak tamatkan nyawa aku. Tawa itulah yang aku sentiasa kejar untuk mengisi kekosongan di hati aku. Tanpa tawa tu, memori aku bawa aku ke stor di aras dua asrama. Walaupun hati aku kosong, tapi aku pelik, memori aku sentiasa penuh. 

Langkah aku terhenti dengan apa yang aku nampak. Pada awalnya aku nampak Naim dari tepi sedang menghisap rokok sambil tersengih. Sengihannya tersebar ke bibir aku sekali. Tapi bila aku nampak punca sengihan dia, senyuman aku mati macam ada suis yang baru ditutup. 

Tak mungkin... takkanlah Naim ada sesuatu dengan anak tauke kafeteria. Aku menggeleng perlahan. Tak mungkin. Aku sangka Naim sama macam aku. Rasa perasaan sama yang aku rasa. 2 tahun kita sama bilik, kenapa kau tiba-tiba tinggalkan aku?

Rasa dikhianati, aku terus berpatah balik menjauhi kafeteria. Aku bukanlah atlet tapi dengan hati yang pedih, adrenalin menyelusup ke dinding salur darahku, mengepam kaki aku untuk melincah laju. 

Apa yang aku rasa ni? Kenapa aku rasa macam ni? Tak mungkinlah Naim khianat aku. Tak mungkin. Selama ni aku yang ada di samping dia. Aku yang dengar keluhan dia. Aku yang sapukan ubat kat lebam dia. Aku yang nasihat dia. Takkan dia tak nampak apa yang aku cuba sampaikan selama ni? Aku ingatkan kita sama, Naim. Kenapa kau buat aku macam ni?

Aku membuka mata bila tiba-tiba pintu dikuak. Secara refleks, aku menoleh ke belakang. 

"Eh, Amir! Awal kau balik dorm harini?" Aku perhati kau berjalan ke katil sambil tersengih sendiri. Rantai yang bergantung di leher kau menarik perhatianku. Sekali lagi, aku rasa nak tumbuk dinding.

"Apesal kau tak datang prep tadi?" Aku cuba bertanya dengan kasual. Suaraku tertahan dari meninggi. 

Kau baring di katil sambil melipat lengan di belakang kepala. Aku menanti penipuan kau. " Oh, aku... aku sakit perut tadi. So aku duduk sick bay."

Aku mencemuh. "Sick bay kau cakap? Habis tu yang kat leher kau tu rantai apa tiba-tiba ada? Rantai nak hilangkan sakit perut kau ke?"

Kau bangun dari perbaringan. Dahi kau berkerut. "Eh kau ni dah kenapa? Aku cakap baik-baik kan? Kau tak puas hati dengan aku ke?"

Aku mengambil setapak mendekati kau. "Ya," aku angguk. "Ya aku memang tak puas hati dengan kau. Kau tak nampak ke siapa yang ada dengan kau selama ni? Ha?"

"Weh kau jangan mengarut doh! Kau ni dah kenapa?"

"AKU ni dah kenapa?" Jari telunjukku menuding ke dadaku. "Kau tu yang dah kenapa!" Jariku bertukar arah ke dada kau. "Apa yang kau buat dengan akak kafe tu eh?"

Kali ini kau bangun, memaksa aku untuk mendongak menentang mata. "Oh, so kau nampaklah aku dating tadi. Dah tu, kau jealous? Kau tak boleh tengok aku happy ke?" 

Aku terdiam. Aku memalingkan mata, tak sanggup untuk melihat refleksi aku pada mata kau. "Aku nak kau happy lebih dari happiness aku sendiri. Tapi..." 

"Tapi apa?" Suara kau terburu. "Cakaplah!"

"Tapi aku nak jadi punca happiness kau!" teriakku. Aku tahu, walau kuat mana aku jerit pun, belum tentu dapat mengetuk pintu hati kau. 

Hati aku remuk melihat reaksi kau yang mulai berubah daripada bengis kepada simpati. Bukan simpati kau yang aku nak, Naim.

Oleh sebab aku bukan pengemis emosi, aku berpaling dari kau dan melangkah pergi sebelum kau sempat menderma kata-kata manis. 


_________

A/N: Dah lama tulis one shot based on Projek High Council ni, tapi baru sekarang rasa nak share kat sini. Tolong jangan kecam ya, this is my blog, my safest place, and I can do anything I want with it. 

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

A dental student who spends more time traveling to fictional world than studying.
For inquiries: amirah.pj@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST READ

  • REVIEW BUKU | DHEO’S BY ANJELL (SPOILER FREE)
  • ANIME REVIEW | ONE PIECE: WATER 7 SAGA EPS. 207-325 (SPOILER FREE)
  • BOOK REVIEW | EIGHT PERFECT MURDERS BY PETER SWANSON (SPOILER FREE)
  • Anxiety Attack
  • TOP 5 LIFE LESSONS I LEARNED IN 2020

Kyratulamira's books

Shadow and Bone
Nana, Vol. 21
Opposite of Always
You Deserve Each Other
Summer of Salt
The Happy Ever After Playlist
Her Every Fear
All the Beautiful Lies
Radio Silence
How to Make Friends with the Dark
Every Other Weekend
やがて君になる 1 [Yagate kimi ni naru 1]
The Original
Maybe You Should Talk to Someone: A Therapist, Her Therapist, and Our Lives Revealed
Undercover Bromance
The Emperor's Soul
Anxious People
Britt-Marie Was Here
Clockwork Princess
Clockwork Prince


Kyratulamira's favorite books »

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © 2020 kyratulamira. Powered by Blogger.

Followers

Timeline

  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2020 (58)
    • ►  June (6)
    • ►  July (11)
    • ►  August (12)
    • ►  September (15)
    • ►  October (4)
    • ►  November (8)
    • ►  December (2)
  • ►  2021 (62)
    • ►  January (7)
    • ►  February (5)
    • ►  March (4)
    • ►  May (3)
    • ►  June (3)
    • ►  July (8)
    • ►  August (13)
    • ►  September (11)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2022 (10)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  August (3)
    • ►  September (3)
    • ►  December (1)
  • ►  2023 (11)
    • ►  January (4)
    • ►  February (1)
    • ►  May (3)
    • ►  June (2)
    • ►  July (1)
  • ▼  2025 (2)
    • ▼  May (2)
      • Working Life Updates!
      • EP Baru Midnight Fusic: Modus Operandi

Visit

  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Takwim Persekolahan Sesi 2027 (Jan-Dec 2027)
  • Tiara Saphire
    Leftenan Sirena by Rey Amane | Review Novel
  • Sarah's Beauty & Lifestyle Blog
    My Favourite Way to Take a Break (Without Social Media)
  • TiaraNovella
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
Copyrighted.com Registered & Protected

Labels

Anime Book Digital Education Food Movie Music Netflix Personal Recipe Segment shopping Tips Tutorial Writing

Popular Posts

  • TOP 5 LIFE LESSONS I LEARNED IN 2020
  • EP Baru Midnight Fusic: Modus Operandi
  • AFFORDABLE ROOM DECORATION IDEA FROM SHOPEE TO BUY DURING 8.8 DEALS
  • POETRY #2: TAKE A DEEP BREATH BY KYRATULAMIRA
  • Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100

Chat Box

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template