readwithkai
  • Home
  • Review
    • Book
    • Anime
    • Movie
    • Food
    • Music
  • Tutorial
  • Lifestyle
    • Shopping
    • Beauty
    • Education
    • Recipe
    • Personal
  • Artwork
    • Writing
    • Digital
  • Contact Us
  • Disclaimer
    • Privacy Policy

Setelah lama menyepi di ruangan blog ini, saya rasa janggal nak mulakan topik perbualan baharu. Ibarat macam berjumpa semula dengan kawan lama setelah berpisah. 

Hari ni saya nak ceritakan tentang kepentingan menghantar anak-anak ke klinik pergigian. Berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa kecil dan pengalaman merawat pesakit kanak-kanak, kita seringkali memandang remeh tentang kesihatan mulut. Buktinya, berapa ramaikah di kalangan pembaca yang menghantar anak untuk rutin pemeriksaan gigi? Kalau saya bukan pelajar pergigian pun saya tak sedar akan kepentingan pemeriksaan gigi. 

Secara lazimnya, kanak-kanak dibesarkan di bawah penjagaan ibu bapa. Mereka belum mampu berfikir untuk menjaga diri sendiri dan membezakan antara perkara yang baik dan buruk untuk mereka. Apatah lagi kanak-kanak yang ligat bermain dan hyperaktif.


1. Membawa risiko pada keadaan gigi kekal 

Banyak kes kanak-kanak yang patah gigi disebabkan jatuh. Mungkin bagi sesetengah kita, gigi patah tu takkan menyebabkan apa-apa. Cukup sekadar kita pantau sakit tu hingga surut. Tapi sebenarnya bila gigi susu mengalami trauma, boleh membawa padah pada gigi kekal di bawahnya. 

Seperti yang kita maklum, gigi kekal akan menyebabkan akar gigi susu terhakis hingga lama-kelamaan gigi susu akan goyang dan tercabut. Apabila gigi susu mengalami trauma, berkemungkinan gigi kekal di bawahnya akan bergerak dari landasan yang sepatutnya menyebabkan akar gigi susu tidak reput. 

Apakah bahaya sekiranya akar gigi susu tidak reput? Ini akan menyebabkan gigi kekal tumbuh di luar susunan gigi. Bila jadi macam ni, gigi kekal kita tak cantik. Lebih-lebih lagi gigi yang selalu terkesan disebabkan trauma ini ialah gigi depan dan memainkan peranan yang besar dalam paras rupa. Kita perlu ingat, gigi kekal kita akan kekal selamanya (kalau tak reput dan sebagainya). Bermaksud, kalau kita nak ubah keadaan gigi tu, kita perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk memakai braces (sebagai contoh). Jadi, bukankah lebih baik sekiranya kita ke klinik gigi sebelum terlambat?


2. Gigi susu tidak mahu goyang

Antara perkara yang lebih kurang sama dengan kesan di atas, ada sesetengah kanak-kanak yang gigi susu mereka tidak goyang hingga gigi kekal dah tumbuh di belakang gigi susu. Kadang-kala perkara ini tak boleh dikawal. Bila perkara ini terjadi, gigi kekal akan tak sekata. Jadi, bagi mengelakkan gigi kekal tidak tersusun cantik, ibu bapa sepatutnya menghantar anak-anak ke klinik gigi untuk cabutan gigi susu walaupun gigi susu tersebut belum betul-betul goyang.

Umur untuk gigi kekal bahagian hadapan untuk tumbuh adalah pada umur 7-8 tahun. Sekiranya anak-anak sudah meningkat umur tersebut tetapi gigi susu masih kuat, ibu bapa amat digalakkan untuk membuat pemeriksaan gigi anak-anak. 

Mungkin sesetengah dari kita tak kisah akan susunan gigi, tapi bila gigi kita tak sekata, akan menyebabkan kesukaran membersihkan celah-celah gigi. Apatah lagi gigi bawah di bahagian hadapan sering menjadi tempat pembentukan karang gigi. Boleh baca keburukan karang gigi di sini.


3. Gigi kekal lebih kuning berbanding gigi susu

Perasan tak gigi kekal anak-anak lebih kuning berbanding gigi susu? Perbezaan ini akan nampak lebih ketara bila gigi kekal duduk bersebelahan gigi susu. Gigi kekal yang kuning bukanlah suatu perkara yang merisaukan. Warna putih tidak semestinya perkara yang paling baik. 

Sebenarnya, secara semula jadi memang gigi kekal lebih kuning. Hal ini adalah disebabkan lapisan luar gigi yang dipanggil enamel adalah lebih tebal pada gigi kekal. Lapisan enamel yang lebih tebal ini adalah satu ciri-ciri yang bagus untuk melindungi daripada reput dengan cepat. 

Oleh sebab itu, pentingnya ibu-bapa untuk membuat pemeriksaan gigi anak-anak bagi memastikan sekiranya warna kuning gigi kekal itu adalah normal atau ada masalah yang lain.

4. Gigi susu lebih mudah reput 

Seperti yang dinyatakan di atas, gigi susu lebih mudah reput disebabkan lapisan enamel yang nipis. Apakah kepentingan menjaga gigi daripada reput? Ini adalah penting bagi mengelakkan reputan gigi semakin besar hingga ke akar gigi. Apabila reputan sudah mencecah akar, jika gigi itu masih boleh diselamatkan berdasarkan struktur gigi yang tinggal dan berapa banyak akar yang sudah reput, doktor gigi akan buat rawatan akar pada gigi susu. 

Kenapa nak buat rawatan akar? Kenapa tak cabut saja? Sekiranya gigi tu masih belum goyang dan akar belum reput hingga separuh daripada panjang akar, pilihan yang terbaik adalah untuk simpan gigi tersebut.

Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan gigi sebelah daripada masuk ke ruangan gigi yang dicabut. Kita tak nak gigi susu di sebelah masuk ke ruangan tu dan memakan ruang untuk gigi kekal daripada tumbuh. Ini akan menyebabkan gigi kekal tumbuh luar daripada susunan gigi.

Tambahan pula, gigi yang reput boleh menjadi sumber jangkitan kuman. Anak-anak akan mengalami kesakitan hingga sukar tidur. Sebagai ibu bapa, sudah tentunya kita kasihan akan anak-anak, betul tak? Oleh itu, pemeriksaan gigi berkala amat penting untuk memastikan gigi dirawat dengan cepat. 

Buat masa sekarang, sampai sini saja coretan perkongsian tentang kesihatan gigi kanak-kanak. Sesiapa yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor yang berminat untuk menghantar anak-anak bagi pemeriksaan gigi boleh hubungi saya di sini. Saya merupakan pelajar pergigian Tahun 4 yang sedang mencari pesakit kanak-kanak. Jasa baik anda untuk menyebarkan berita ini amat dihargai, terima kasih :)

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

A dental student who spends more time traveling to fictional world than studying.
For inquiries: amirah.pj@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST READ

  • REVIEW BUKU | DHEO’S BY ANJELL (SPOILER FREE)
  • ANIME REVIEW | ONE PIECE: WATER 7 SAGA EPS. 207-325 (SPOILER FREE)
  • BOOK REVIEW | EIGHT PERFECT MURDERS BY PETER SWANSON (SPOILER FREE)
  • Anxiety Attack
  • Dia Tetap Sempurna karya Anjell

Kyratulamira's books

Shadow and Bone
Nana, Vol. 21
Opposite of Always
You Deserve Each Other
Summer of Salt
The Happy Ever After Playlist
Her Every Fear
All the Beautiful Lies
Radio Silence
How to Make Friends with the Dark
Every Other Weekend
やがて君になる 1 [Yagate kimi ni naru 1]
The Original
Maybe You Should Talk to Someone: A Therapist, Her Therapist, and Our Lives Revealed
Undercover Bromance
The Emperor's Soul
Anxious People
Britt-Marie Was Here
Clockwork Princess
Clockwork Prince


Kyratulamira's favorite books »

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © 2020 kyratulamira. Powered by Blogger.

Followers

Timeline

  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2020 (58)
    • ►  June (6)
    • ►  July (11)
    • ►  August (12)
    • ►  September (15)
    • ►  October (4)
    • ►  November (8)
    • ►  December (2)
  • ►  2021 (62)
    • ►  January (7)
    • ►  February (5)
    • ►  March (4)
    • ►  May (3)
    • ►  June (3)
    • ►  July (8)
    • ►  August (13)
    • ►  September (11)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2022 (10)
    • ▼  February (1)
      • Kepentingan Menghantar Anak-anak ke Pemeriksaan Gigi
    • ►  March (2)
    • ►  August (3)
    • ►  September (3)
    • ►  December (1)
  • ►  2023 (11)
    • ►  January (4)
    • ►  February (1)
    • ►  May (3)
    • ►  June (2)
    • ►  July (1)
  • ►  2025 (2)
    • ►  May (2)

Visit

  • Tiara Saphire
    Hilang by Mia Azwari | Review Novel
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • Sarah's Beauty & Lifestyle Blog
    Incorporating Hyaluronic Acid Serum Into Your Skincare Routine
  • TiaraNovella
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
Copyrighted.com Registered & Protected

Labels

Anime Book Digital Education Food Movie Music Netflix Personal Recipe Segment shopping Tips Tutorial Writing

Popular Posts

  • Review Buku Cinta, Untuk Sekali Lagi karya Lila Vee
  • POETRY #2: TAKE A DEEP BREATH BY KYRATULAMIRA
  • REVIEW BUKU | DHEO’S BY ANJELL (SPOILER FREE)
  • EP Baru Midnight Fusic: Modus Operandi
  • KOREAN MUKBANGERS ARE CANCELLED?! (Let's Spill Some Tea ☕)

Chat Box

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template