readwithkai
  • Home
  • Review
    • Book
    • Anime
    • Movie
    • Food
    • Music
  • Tutorial
  • Lifestyle
    • Shopping
    • Beauty
    • Education
    • Recipe
    • Personal
  • Artwork
    • Writing
    • Digital
  • Contact Us
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
 

Dia Tetap Sempurna karya Anjell | 

Penulis: Anjell

Bilangan muka surat: 702

Penerbit: Karya Seni 

Tahun terbit: Mei 2020

Genre: Romance




Karya Anjell kedua yang saya baca. Sebelum ni saya baca Dheo’s dan kurang gemar dengan pembacaan, tapi Dia Tetap Sempurna buat saya sengih sorang-sorang.


Buku ini berkisarkan Dara Nailufar, seorang pelajar Master di sebuah institusi swasta yang diundang ke Majlis Reunion sekolah menengah di atas kapal. Demi membalas dendam kepada pembuli di sekolah dulu, Dara telah melaksanakan kerja gila. Dia ‘menyewa’ teman lelaki selama tiga hari sepanjang di atas kapal. Siapa lagi yang muncul sebagai teman lelaki palsu kalau bukan Eskandar Arasyah, seorang pereka perabot yang datang dari keturunan bukan sembarangan. Lama-kelamaan, perasaan Dara terhadap Eskandar mula berputik dan lebih bercambah apabila perasaannya terbalas. Namun, Eskandar punya masa silam yang hitam, masa silam yang tak dikongsi bersama Dara, masa silam yang mencacatkan kesempurnaan lelaki bernama Eskandar yang serba lengkap. Apakah masa silam yang menghantui Eskandar sehingga dia mengunci mulut dengan kemas? Mampukah Dara menerima masa silam Eskandar dengan hati terbuka? 




Tak dinafikan, gaya penulisan Anjell masih sempoi dan kebudak-budakan. Tapi saya suka cara beliau masukkan terma saintifik ke dalam penceritaan. Sambil menyelam, minum air buat para pembaca. 


The best revenge is to make yourself better.


Perwatakan Dara menarik dan kelakar. Kurang sedikit lawak hambar yang dibuat, jadi tak terasa try hard. Saya suka Dara sebab dia seorang yang happy go lucky, tahu harga diri dan tak buat keputusan bodoh. Cuma pada masa lalunya, Dara ada melarikan diri daripada teman lelakinya sebab tak sengaja tangkap dia curang. Disebabkan Dara yang lari tu, masalah timbul balik setelah setahun berjaya meloloskan diri. Tapi dalam novel ni Dara dah selesaikan masalah tu dengan baik dan dia pun dah sedar akan kesilapannya yang tak berani nak berdepan dengan masalah. Saya suka character development Dara dan cara masalah tu diselesaikan. Boleh dijadikan pengajaran untuk pembaca.


Eskandar Arasyah ialah seseorang yang nampak garang dan berhati batu tapi sebenarnya dalam hati ada taman. Walaupun dia ditulis seperti hot and cold guy macam Dheo, saya rasakan Eskandar lagi real. Perwatakan garang dia tu takdelah selalu. Dan dia pun banyak bergurau kasar dengan Dara buatkan saya rasa dia comel. Walaupun ‘masa silam’ Es tu dikatakan buat Es tak sempurna, tapi bagi saya tak mencacatkan pun. Kalau anda dah baca, faham-fahamlah. Kalau belum, sila beli buku ni sekarang di Shopee karyaseni kahkah. 


We all have poems inside of us that paper cannot handle.


Hubungan antara Dara dan Eskandar SANGAT-SANGAT COMEL. Saya dapat rasakan perasaan sayang dorang terhadap satu sama lain. Dari sebelum berkahwin lagi, Dara dan Es selalu bertekak. Saya tak suka enemies to lovers, tapi dalam buku ni saya rasa hubungan dorang natural. Dorang takdelah benci gila-gila pun, cuma disebabkan pertemuan pertama yang memalukan, Es selalu usik Dara. Usikan dia pun takdelah menyakitkan hati sampai rasa nak tumbuk tu. Ala usik-usik manja macam nak main tarik tali. 


Romantik scene dalam buku ni memang romantik betul. Bukan cringey, tapi sangat kreatif. Saya pulak rasa nak menangis kalau jadi Dara. Buatkan saya rasa nak tengok cerita romance sebab seronok. 


Cuma lepas Dara dan Es berkahwin, saya rasa dorang banyak sangat gaduh. Kejap berbaik, kejap bergaduh. Macam toxic. Tapi sekurang-kurangnya saya bangga dengan Dara sebab dia dah berani berdepan dengan Es untuk berbincang masalah rumah tangga. Dan Dara selalu bagi masa dan peluang pada Es untuk bercerita tentang masa silamnya. Dara bukan jenis yang memaksa. Ada orang komen kat Goodreads, dia kata Dara makin manja lepas kahwin sampai mengada. Betul jugak tu, tapi saya okey je dengan perangai Dara tu.


When you fell, sunlight was facing you. I felt like looking at a fallen angel.  


Jalan penceritaan pun menarik. Kurang unsur saspens daripada Dheo’s tapi lebih kemas dan logik. Kalau buku ni  ada warna, bila baca tu saya rasa macam mandi pelangi, berwarna-warni. Sebab tone buku ni yang ceria dan ada juga diselitkan sedih. Cumanya, pada awal penceritaan, untuk memulakan cerita bagi saya agak kebudak-budakan keputusan yang dibuat oleh Dara. Dan musuh dia pada sekolah menengah yang diperkenalkan semata-mata untuk memulakan cerita buat saya rasa watak-watak tu hanya satu dimensi. 


Saya kurang baca buku Melayu jadi saya tak tahu ada buku yang lagi menarik atau tak, tapi bagi saya Dia Tetap Sempurna ni keseronokan dia macam baca novel romance inggeris. Memang best! 


Rate: ⭐️⭐️⭐️⭐️


 

McDonald Rockin BBQ Burger rock sangat ke? | Pada bulan August, McDonald telah keluarkan burger terbaru mereka iaitu Rockin Burger ayam dan daging. 


Kebetulan pula saya baru mencecah 100 followers, jadi saya belilah satu set ayam. Adik saya tumpang beli Cookies and Cream Pie. Kalau bila sama-sama dapatlah jimat caj penghantaran dari Grab Food. Dalam zaman ni, kita kenalah sentiasa berjimat, betul tak? 


Saya tengok review Syedot ASMR kata bun burger ni tebal, tak hidup segan dan mati tak mahu macam selalu. Tu yang buat saya tertarik nak cuba burger ni. Pulak tu dengan nama Rockin, buat saya terfikir kalau kita makan burger ni boleh buat saya transform kepada rambut panjang dan seluar kembang macam Queens ke? 



Bila buka bungkusan burger, wah nampak lah improvement berbanding barisan burger yang lebih murah harganya. 



Bun lembut macam roti Subway. Patty pun sedap, macam makan nugget ayam tapi versi besar. Patty ayam tebal dan ada rasa pedas2 sikit, ditambah pulak dengan sos BBQ buatkan pengalaman makan tu hmph. Tak dinafikan dapat makan tu salah satu nikmat Allah beri, tapi bila makan burger Rockin BBQ ni nikmat dia naik beberapa level. 


Saya sangat syorkan anda untuk cuba burger Rockin BBQ. Sangat berbaloi dan pasti tak menyesal. 



Untuk Cookies and Cream pie, rasa cookies and cream dia tak jumpa pulak. Sebab rasa tepung je. Mungkin sebab inti dia tak banyak. Memang saya takkan beli untuk kali kedua. 


Alang-alang semalam payday, bolehlah beli Rockin BBQ Burger sebagai self-reward 😃



DINDING GERENTI BERSIH DENGAN CARA INI | Baru-baru ni saya telah bersihkan dinding bilik yang ada banyak kesan contengan hasil tangan adik-adik saya semasa kecik dulu. Setelah sekian lama ada niat untuk bersihkan, akhirnya terlaksana jugak. Saya tak pernah pindah rumah. Dah menghuni rumah ni sejak memori zaman kanak-kanak pertama yang saya masih ingat. Sekarang umur saya pun dah cecah dua dekad, jadi boleh bayangkan lah macam mana keadaan rumah ni 😂

Dulu masa kecik-kecik conteng dinding tak ingat dunia, sekarang dah besar baru menyesal. Kat tepi dinding katil saya, siap ada tulis ‘Sifir’ lagi sebab kononnya dulu senang nak ingat 😂 Tapi saya pun tak faham kenapa dulu tak terfikir nak tulis pada kertas kemudian tampal.

Disebabkan dinding comot, nak buat video TikTok pun malu sebab dalam kamera nampak kesan contengan. Tapi, dengan adanya tips untuk bersihkan contengan dan kotoran dinding ni, sekarang dinding bilik saya dah bersih macam baru (hiperbola je ni). 

Bahan-bahan diperlukan untuk bersihkan dinding:

1. Soda bikarbonat
2. Air paip
3. Kain buruk/tuala kecil

Cara untuk membersihkan dinding: 

1. Basahkan sedikit sahaja kain buruk, tak perlu rendam semua ke dalam air. 

2. Taburkan soda bikarbonat pada kain yang telah dibasahkan. Pastikan serbuk soda bikarbonat turut dibasahkan untuk mengelakkan serbuk berterabur. 

3. Gonyoh kain buruk pada kotoran di dinding. Anda akan dapat lihat perbezaannya. 

Sebelum

Selepas

Kalau perasan, kesan pensil tu dah hilang. Abaikan je kesan pelekat dan dinding yang terkopek tu 🤣 Agak lenguh jugak tangan kena sental dinding. Lagi-lagi nak bersihkan seluruh dinding dalam bilik. Saya ambil masa dalam satu jam lebih jugak, itu pun baru separuh saja.


Tips: 

1. Tak perlu sental terlalu kuat, nanti dengan warna catnya sekali pudar (bercakap dari pengalaman) 
2. Lebihkan penggunaan soda bikarbonat. Semakin banyak soda bikarbonat, semakin mudah kesan contengan hilang.

 
Title: Eight Perfect Murders
Author: Peter Swanson
Pages: 270
Publisher: William Morrow
Published date: 3 March 2020
Kinokuniya | Book Depository


Years ago, bookseller and mystery aficionado Malcolm Kershaw compiled a list of the genre’s most unsolvable murders, those that are almost impossible to crack—which he titled “Eight Perfect Murders”—chosen from among the best of the best including Agatha Christie’s A. B. C. Murders, Patricia Highsmith’s Strangers on a Train, Ira Levin’s Death Trap, A. A. Milne's Red House Mystery, Anthony Berkeley Cox's Malice Aforethought, James M. Cain's Double Indemnity, John D. Macdonald's The Drowner, and Donna Tartt's A Secret History.

But no one is more surprised than Mal, now the owner of the Old Devils Bookstore in Boston, when an FBI agent comes knocking on his door one snowy day in February. She’s looking for information about a series of unsolved murders that look eerily similar to the killings on Mal’s old list. And the FBI agent isn’t the only one interested in this bookseller who spends almost every night at home reading. The killer is out there, watching his every move—a diabolical threat who knows way too much about Mal’s personal history, especially the secrets he’s never told anyone, even his recently deceased wife.

To protect himself, Mal begins looking into possible suspects . . . and sees a killer in everyone around him. But Mal doesn’t count on the investigation leaving a trail of death in its wake. Suddenly, a series of shocking twists leaves more victims dead—and the noose around Mal’s neck grows so tight he might never escape. (Source: Goodreads)




At this point, after reading 5 of his books, I’m confident to say Peter Swanson is my comfort author. His writing style is definitely flawed, but the way he gripped my attention since page 1 makes him in my top favourite authors. 


Eight Perfect Murders is about a series of murders based off of a list on a bookstore blog written by the narrator, Malcolm Kershaw. At the beginning of the story, Malcolm was questioned by the FBI regarding his list of perfect murders he curated years ago from his most favourite thriller books. A blog post meant for entertainment ended up as a trigger behind murder cases. 


I wouldn’t say this is Peter Swanson’s strongest suit, but the more I read, the more I was intrigued. In the early chapters, it felt kinda boring to me. I was afraid I had to DNF (do not finish) the book because I would hate that. Malcolm, the main character felt hollow and emotionless. But as the information about his wife and past were revealed little by little, Malcom took his form. 


In this book, we got to see Malcolm working with a FBI agent named Gwen to find out if the murders were really connected to the blog post written by Malcolm. Just when they figured it out, Gwen was put on hold from the case as she was breaking the rules. This left Malcolm to investigate on his own. At the same time, Malcolm felt like his life was in danger. Was he imagining things or was he followed to his house? 


About halfway through into the book, we realized maybe Malcolm wasn’t as innocent as he claimed to be at the start of the book. I love how Malcolm isn’t those psychotic narrator with creepy thoughts. He is just a normal commoner living his life as a bookstore keeper. There are a few thoughts and opinions Malcolm made that resonate with me which made me biased about him.


In Eight Perfect Murders, Malcolm is an avid thriller reader ever since he was a kid. There were a lot of thriller classics being mentioned; Agatha Christie’s best books—The Murder of Roger Ackroyd and ABC Murders. If you plan on reading those classics, I suggest you to avoid this book like a plague. It spoils a lot, especially The Murder of Roger Ackroyd. It feels like I’ve already read the book because even the plot twist was disclosed. 


As I kept reading until almost the end of Eight Perfect Murders, I was left wondering as to who was the actual murderer. I had a hunch on this person, but even so, with Peter Swanson there could be a possible twist. Even the good guy could be the villain. I would say the plot twist isn’t that impressive, but it was still shocking to know the truth behind his reasoning. 


Personally, I love the ending. I love when characters are vulnerable but courageous at the same time. If you read the book, you’d understand what I mean by this. 


Rate: ⭐️⭐️⭐️.5 


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

A dental student who spends more time traveling to fictional world than studying.
For inquiries: amirah.pj@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST READ

  • REVIEW BUKU | DHEO’S BY ANJELL (SPOILER FREE)
  • ANIME REVIEW | ONE PIECE: WATER 7 SAGA EPS. 207-325 (SPOILER FREE)
  • BOOK REVIEW | EIGHT PERFECT MURDERS BY PETER SWANSON (SPOILER FREE)
  • Anxiety Attack
  • TOP 5 LIFE LESSONS I LEARNED IN 2020

Kyratulamira's books

Shadow and Bone
Nana, Vol. 21
Opposite of Always
You Deserve Each Other
Summer of Salt
The Happy Ever After Playlist
Her Every Fear
All the Beautiful Lies
Radio Silence
How to Make Friends with the Dark
Every Other Weekend
やがて君になる 1 [Yagate kimi ni naru 1]
The Original
Maybe You Should Talk to Someone: A Therapist, Her Therapist, and Our Lives Revealed
Undercover Bromance
The Emperor's Soul
Anxious People
Britt-Marie Was Here
Clockwork Princess
Clockwork Prince


Kyratulamira's favorite books »

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © 2020 kyratulamira. Powered by Blogger.

Followers

Timeline

  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2020 (58)
    • ►  June (6)
    • ►  July (11)
    • ►  August (12)
    • ►  September (15)
    • ►  October (4)
    • ►  November (8)
    • ►  December (2)
  • ►  2021 (62)
    • ►  January (7)
    • ►  February (5)
    • ►  March (4)
    • ►  May (3)
    • ►  June (3)
    • ►  July (8)
    • ►  August (13)
    • ►  September (11)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2022 (10)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  August (3)
    • ►  September (3)
    • ►  December (1)
  • ►  2023 (11)
    • ►  January (4)
    • ►  February (1)
    • ►  May (3)
    • ►  June (2)
    • ►  July (1)
  • ▼  2025 (2)
    • ▼  May (2)
      • Working Life Updates!
      • EP Baru Midnight Fusic: Modus Operandi

Visit

  • Tiara Saphire
    Pursuit of Jade (2026) | Review Drama
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat Pool
  • Sarah's Beauty & Lifestyle Blog
    My Favourite Way to Take a Break (Without Social Media)
  • TiaraNovella
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
Copyrighted.com Registered & Protected

Labels

Anime Book Digital Education Food Movie Music Netflix Personal Recipe Segment shopping Tips Tutorial Writing

Popular Posts

  • TOP 5 LIFE LESSONS I LEARNED IN 2020
  • EP Baru Midnight Fusic: Modus Operandi
  • POETRY #2: TAKE A DEEP BREATH BY KYRATULAMIRA
  • REVIEW BUKU | DHEO’S BY ANJELL (SPOILER FREE)
  • AFFORDABLE ROOM DECORATION IDEA FROM SHOPEE TO BUY DURING 8.8 DEALS

Chat Box

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template