readwithkai
  • Home
  • Review
    • Book
    • Anime
    • Movie
    • Food
    • Music
  • Tutorial
  • Lifestyle
    • Shopping
    • Beauty
    • Education
    • Recipe
    • Personal
  • Artwork
    • Writing
    • Digital
  • Contact Us
  • Disclaimer
    • Privacy Policy

Baru-baru ini Midnight Fusic ada menerbitkan satu EP yang baru setelah empat tahun menunggu! 

Serba sedikit latar belakang tentang kumpulan indie tanah air ini, mereka sudah mula berjinak dalam industri muzik tempatan sejak tahun 2013 (sumber: Wikipedia). Tapi saya mula menjadi peminat tegar sejak tahun 2018. Kalau nak tahu, gig pertama yang saya pergi adalah untuk berjumpa Midnight Fusic! Masih segar lagi di ingatan sampai sekarang gig percuma saya hadiri di Taylor's University. Oleh sebab mereka masih kumpulan kecil-kecilan pada masa tu, jadi dapatlah saya bergambar secara personal dengan ahli Midnight Fusic hehe. 

EP Modus Operandi menampilkan empat buah lagu baru dengan lagu Residue sebagai pembuka EP manakala title track — Modus Operandi menjadi penutupnya. 

Sebagai peminat setia Midnight Fusic, sudah tentu EP kali ini sangat memuaskan hati saya. Suara lunak Arif dan Adrian berjaya mengubat rindu yang sekian lama dipendam menanti karya baru dari kumpulan anak muda ini. 

EP Modus Operandi berkisarkan tentang point of view seseorang yang hilang arah dalam kehidupan dan tentang perhubungan yang berada di ambang penghujung. Walaupun melodi lagu-lagu ini kedengaran upbeat, tetapi jika diamati liriknya, sungguh menyentuh jiwa. Unsur muzik kali ini mengingatkan saya pada The Strokes. Jadi, kepada peminat The Strokes, sila cuba dengar EP ini dan komen pendapat anda!

Untuk EP kali ini, guitar riff pembukaan Residue serta-merta menarik saya untuk kekal mendengar dan mengamati lirik dan muzik kesemua lagu. Bagi saya, Midnight Fusic sangat genius dalam menggubah lagu. Kalau dengar betul-betul, ada macam-macam bunyi di latar yang diselitkan secara halus. Dan yang paling saya suka, semestinya suara serak Arif dalam lagu Modus Operandi. Mungkin saya bias, tapi suara Arif ialah suara lelaki Melayu paling sedap saya pernah dengar. Kalau tak percaya, cuba try dengar. 

Secara keseluruhan, saya bagi 8/10 untuk EP Modus Operandi. So, bila Midnight Fusic nak keluarkan lagu ballad pula? 👀

(Disclaimer: saya bukan profesional dalam bidang muzik jadi saya bagi review ikut sedap rasa saja. Kalau ada salah penggunaan terma, sila abaikan saja. Saya cuma nak promote muzik tempatan kegemaran saya)

Assalamualaikum semua! Dah lama tak berborak di blog hehe. Rasa cliche tapi dah berhabuk blog ni ya. Kali terakhir saya upload satu post, saya masih lagi dalam tahun terakhir ijazah. Sekarang sudah dua tahun berlalu sejak konvokesyen. Tak sangka begitu lama saya tak singgah ke sini. 

Jadi, hari ni tiba-tiba jejari rasa rajin nak menulis. Atau mungkin saya sudah bosan sebab terlalu kerap bercakap seorang diri di rumah. Lebih baik saya mengomel di sini. 

Sekarang saya sedang menjalankan khidmat kontrak di klinik pergigian kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk pengetahuan semua, doktor gigi baru perlu menjalani khidmat wajib setahun di klinik kerajaan sebelum boleh bertukar bidang sama ada mahu kekal dalam kerajaan atau keluar ke bidang swasta. Namun, untuk orang yang berhutang dengan JPA macam saya *sobs sobs*, kami perlu habiskan kontrak selama 3 tahun untuk melangsaikan semua hutang yang tertunggak. 

Selepas konvokesyen, doktor gigi akan menerima sijil ijazah yang mana sijil ini digunakan untuk mendaftar lesen sebagai doktor gigi yang sah. Haa, nak tunggu sijil ini keluar yang memakan masa. Saya menghabiskan 9 bulan bekerja sebagai Dental Surgery Assistant (DSA) untuk mencari duit sementara menunggu e-Dentist dibuka. 

Apa pula e-Dentist ini? e-Dentist ialah satu sistem yang memberi peluang doktor gigi baru untuk memilih penempatan bagi khidmat kontrak. Akan ada satu tarikh khas permohonan e-Dentisit akan dibuka. Haa, pada hari e-Dentist itulah doktor gigi baru akan memenuhi ruang cyber cafe untuk mengejar internet paling laju.

Pengalaman e-Dentist saya agak menghampakan tapi mungkin saya akan ceritakan pada post yang berbeza. Saya tak mahu membebel terlalu panjang dalam post yang sama. 

Nak dipendekkan cerita, saya dapat klinik di Tangkak. Dua jam dari rumah saya. Sejujurnya saya memang tak mahu tinggal di rumah keluarga. Ramai kawan-kawan yang sengaja memilih klinik yang berdekatan dengan rumah. Saya agak cemburu sebab dapat jimat duit gaji tapi tinggal berjauhan dengan keluarga bagi saya merasa manis dalam kebebasan. 

Tak sangka kontrak khidmat wajib setahun saya bakal tiba ke penghujungnya. Betullah cakap bos klinik lama saya bekerja dulu. Bila sudah bekerja masa berasa terlalu pantas sebab kita hanya menunggu gaji. Lepas gaji masuk, bayar semua komitmen dan akhirnya gaji habis. Maka tunggulah untuk gaji seterusnya. Dan kitaran itu tak berputus. 

Mungkin juga saya mula menulis di sini semula kerana saya berasa kosong. Atau mungkin juga sekadar menangguh kerja yang sepatutnya disiapkan. Apa-apa pun, semoga saya terus rajin menulis dan berkongsi tentang pengalaman dari pelajar pergigian bertukar ke doktor gigi. 

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

A dental student who spends more time traveling to fictional world than studying.
For inquiries: amirah.pj@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST READ

  • REVIEW BUKU | DHEO’S BY ANJELL (SPOILER FREE)
  • ANIME REVIEW | ONE PIECE: WATER 7 SAGA EPS. 207-325 (SPOILER FREE)
  • BOOK REVIEW | EIGHT PERFECT MURDERS BY PETER SWANSON (SPOILER FREE)
  • Anxiety Attack
  • Dia Tetap Sempurna karya Anjell

Kyratulamira's books

Shadow and Bone
Nana, Vol. 21
Opposite of Always
You Deserve Each Other
Summer of Salt
The Happy Ever After Playlist
Her Every Fear
All the Beautiful Lies
Radio Silence
How to Make Friends with the Dark
Every Other Weekend
やがて君になる 1 [Yagate kimi ni naru 1]
The Original
Maybe You Should Talk to Someone: A Therapist, Her Therapist, and Our Lives Revealed
Undercover Bromance
The Emperor's Soul
Anxious People
Britt-Marie Was Here
Clockwork Princess
Clockwork Prince


Kyratulamira's favorite books »

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © 2020 kyratulamira. Powered by Blogger.

Followers

Timeline

  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2020 (58)
    • ►  June (6)
    • ►  July (11)
    • ►  August (12)
    • ►  September (15)
    • ►  October (4)
    • ►  November (8)
    • ►  December (2)
  • ►  2021 (62)
    • ►  January (7)
    • ►  February (5)
    • ►  March (4)
    • ►  May (3)
    • ►  June (3)
    • ►  July (8)
    • ►  August (13)
    • ►  September (11)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2022 (10)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  August (3)
    • ►  September (3)
    • ►  December (1)
  • ►  2023 (11)
    • ►  January (4)
    • ►  February (1)
    • ►  May (3)
    • ►  June (2)
    • ►  July (1)
  • ▼  2025 (2)
    • ▼  May (2)
      • Working Life Updates!
      • EP Baru Midnight Fusic: Modus Operandi

Visit

  • Tiara Saphire
    Hilang by Mia Azwari | Review Novel
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • Sarah's Beauty & Lifestyle Blog
    Incorporating Hyaluronic Acid Serum Into Your Skincare Routine
  • TiaraNovella
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
Copyrighted.com Registered & Protected

Labels

Anime Book Digital Education Food Movie Music Netflix Personal Recipe Segment shopping Tips Tutorial Writing

Popular Posts

  • Review Buku Cinta, Untuk Sekali Lagi karya Lila Vee
  • POETRY #2: TAKE A DEEP BREATH BY KYRATULAMIRA
  • REVIEW BUKU | DHEO’S BY ANJELL (SPOILER FREE)
  • EP Baru Midnight Fusic: Modus Operandi
  • KOREAN MUKBANGERS ARE CANCELLED?! (Let's Spill Some Tea ☕)

Chat Box

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template